Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Tuesday, July 23, 2013

Efek antamin jam 3.25 pagi

Sama ada aku yang terlalu demam, atau memang hal yang satu itu tak pernah hilang dari kepala.

Macam terbaca-baca lagi mesej yang mak balas pada satu petang tahun 2008 dulu.

"Awak kena redha. Selagi awak tak redha, selagi tu Tuhan akan uji awak."

Efek antamin jam 3.25 pagi tadi masih ada. Mendadah dalam kepala.







Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, July 19, 2013

Soalan 10 Ramadhan, lewat malam ketika gelas bekas minum koko panas belum pun aku basuh

Untuk entah keberapa kalinya, Yogi bertanya.

"Hari ni ada rindu-rindu aku tak?"

Soalannya itu aku jawab dengan soalan kembali, sambil ketawa.

"Kenapa asyik aku yang kena jawab soalan tu?"

Dia kemudiannya membalas dengan satu nada yang aku rasa aku tau apa nada itu.

Rajuk.

Bukan aku tak nak jawab, tapi aku takut kalau tercampak lagi ke tempat bermalapetaka itu. Nanti yang susahnya aku.

Kerana selalu kesudahannya begitu. Kerana selalu yang tidak adil itu terjadi kepada aku.

Banyak yang kau tak tau tentang aku.

Aku ni ada sumpahan, tau?






Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, July 18, 2013

Mmuuuaaahhh sangat!

Tengok orang bergaduh pasal politik ni buat gua rasa nak pergi makan nasik goreng USA je pada waktu tengah hari macam ni.







Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, July 15, 2013

Panggilan berpakej tangisan mereka

Aku tak ingat bila kali terakhir orang call aku, bercerita tentang konflik, dengan pakej air mata sekali.

Dah lama tak dapat panggilan-panggilan telefon sebegitu.

Mereka dah bahagia. Dah tak ada konflik nak ditangiskan, mungkin sebab tu aku dah tak lagi dapat panggilan daripada mereka.

Mungkin juga.






Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, July 13, 2013

Apa yang specialnya...

Nak tau apa yang specialnya tentang ibadat kita ni?

Special apabila dirahsiakan.

Ada beza antara memberitahu (kemudian perli-perli orang) dan mengajak berbuat kebaikan.

Entah-entah orang tu buat ibadat lagi banyak daripada kau. Tapi sebab dia bukan macam kau yang pergi tungtangtungtang bercerita, jadi kau pun manalah nak tau pasal ibadat dia kan?

Benda special kan kita simpan dalam hati.






Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, July 2, 2013

Ada satu peribahasa Melayu mengatakan bahawa "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya."

Dan orang Melayu bermuka Jawa yang perasan omputeh macam gua ni cuma nak kata :

Please live with the consequences.







Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone