Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Sunday, June 9, 2013

Ingatan

Semalam aku di Midvalley. Masuk ke Speedy. Bergerak ke bahagian classical.

Ada seorang staff. Lelaki. Rambut panjang, tapi diikat kemas. Tshirt hitam. Perut sedikit ke depan.

Memandangnya, hanya ada seorang manusia yang aku teringat akan.

Aku mula mengira-ngira sejak tarikh kali terakhir. Lebih 30 hari.

Dan ketika itu bagai terdengar-dengar dia memanggil.

"Tolong rendam teh untuk abah?"

Dan segala suara di dalam Midvalley itu semakin lama dengarnya sayup-sayup sahaja.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

4 comments:

  1. saya cuma nak bagitau saya suka baca blog anda.
    kena dengan jiwa :)

    ReplyDelete
  2. Rapunzeel : Mungkin bunyinya tidak bershukur, tapi belum terubat rindu tu. Haha.

    Reena : Hey, terima kasih =)

    ReplyDelete
  3. Sebak sekejap. T.T

    Oh hai fafa!

    ReplyDelete

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.