Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Wednesday, June 26, 2013

Resapan

Apa sebenarnya yang kau dan kau rasa apabila ternampak ombak jatuh ke pantai, dan kemudiannya perlahan-lahan meresap ke dalam pasir?

Yang kemudiannya bagai ditarik semula ke laut?

Seperti ada satu perasaan yang diam-diam meresap masuk ke dalam jiwa kau dan kau, bukan?

Atau kau dan kau tak rasa apa-apa?

Seserius itu?





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, June 16, 2013

Terima kasih kerana selalu tolong carikan chords lagu yang saya tidak mahir mencarinya

Maafkan saya kerana banyak yang saya sembunyi dan pendamkan. Bukan tak nak berkongsi hidup dengan abah, tapi saya tak nak hati abah terburai sama.

Walau bagaimana jauh dan ada tembok halimunan tak bergerudi di antara kita, percayalah, Tuhan sendiri tidak menafikan bahawa darah yang berjalan dalam daging saya ini, abah tuannya juga.

Selamat hari bapa. Doakan saya sehabis mungkin.






Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, June 15, 2013

Kemanisan

Sebungkus potongan ayam extra pedas Uncle Bob,
Memandang kosong G-Shock tiruan berbentuk segi empat berwarna hitam yang pernah diidamkan,
Milo ais seringgit,
Lagu-lagu dari CD Sweet Charity di radio kereta,
Tiada orang di rumah.

Ahh, manisnya hidup orang bujang!





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, June 11, 2013

Lagu zaman kanak-kanak

Nanti kalau aku dah tak ada, ada ke orang yang rasa shahdu dengar lagu Negeri Tercinta - Ramli Sarip sebab teringatkan aku?

Aku dah tau jawapan tu sebenarnya.







Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, June 10, 2013

Cili potong

Sejak Februari, kalau ke situ aku cuma memesan nasi goreng paprik. Bersama cili potong yang kupinta setelah kakak bertudung hitam yang matanya berlitup pembayang mata tebal itu menutup kompartmen mesin tunai.

Setelah kini Jun, aku setiap hari merenung cili potong itu kerana menyedari hidupku saling tak tumpah akannya.

Cili potong mengikut pengertian aku.

Bukan pengertian orang lain.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, June 9, 2013

Ingatan

Semalam aku di Midvalley. Masuk ke Speedy. Bergerak ke bahagian classical.

Ada seorang staff. Lelaki. Rambut panjang, tapi diikat kemas. Tshirt hitam. Perut sedikit ke depan.

Memandangnya, hanya ada seorang manusia yang aku teringat akan.

Aku mula mengira-ngira sejak tarikh kali terakhir. Lebih 30 hari.

Dan ketika itu bagai terdengar-dengar dia memanggil.

"Tolong rendam teh untuk abah?"

Dan segala suara di dalam Midvalley itu semakin lama dengarnya sayup-sayup sahaja.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, June 7, 2013

Malam dan pagi

"Kami pun sama-sama rindu kat Fafa. Itu Kak Ngah kata, Fafa ni adik perempuan kami blablabla blablabla......."




Bila bangun pagi dan dengar ayat sebegitu daripada Kak Linn, gua terdiam sekejap.

Malam tadi yang terasa seperti antara malam-malam terpanjang dan paling berduri dalam hidup, terus rasa macam tak ada apa dah. Rasa macam luka yang pedih, diletak minyak gamat.

Nak berlakon gembira ni antara benda paling susah dalam dunia, tapi gua buat juga. Demi kepentingan semua orang.

Secara tak langsung, gua gembira juga untuk mereka.

Dan juga sebab gua dah haramkan air mata daripada keluar.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone