Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Tuesday, April 23, 2013

Mencuri

Kali pertama aku ada rasa nak mencuri adalah sekitar April/Mei 2012.

Ketika kerja dengan Moshi di Heritage Hub. Break hour dan aku rasa lapar yang amat sangat.

Aku jalan di tengah-tengah lobi, ada banyak kiosk jual macam-macam benda. Masa lalu di satu kiosk jual tudung dan baju, aku nampak satu coklat Snickers yang dah suku dimakan oleh owner kiosk tu, di atas meja.

Masa tu aku terfikir, kalaulah aku dapat ambil Snickers tu dan makan, alangkah sedapnya.

Sebab aku lapar sangat.

Tapi niat tinggal niat. Aku cuma mampu pandang. Dan memikirkan mencuri tu dosa dia cemana, aku terus berlalu pergi dan lepak di taman tersembunyi di depan Megamall.

Lalu tertidur di situ selama hampir sejam.

Bila difikirkan balik, ya, bila kita lapar sangat, kita tak boleh berfikir dengan baik.

Seperti mana sekarang.







Ahh, aku nak turun buat megi kari lah cenggini.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2 comments:

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.