Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Sunday, April 28, 2013

Iron Man pun belum tentu boleh...

Aku rasa aku ada kemahiran yang baru sejak beberapa minggu kebelakangan ni.

Iaitu berwhatsapp dengan kawan-kawan sambil tengah mandi.

Iron Man S4 pun belum tentu boleh buat ni.






Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, April 25, 2013

Pagi di sana

Apabila hujan awal-awal pagi macam ni, ada satu benda je yang aku teringat.

Waktu-waktu ni juga dulu aku tengah menyarung baju kurung yang tak digosok, dengan rambut tak bersikat, dengan menepek bedak tabur di muka, dengan kasut flat, dengan beg gitar digalas atau kadang-kadang beg seni yang gedabak tu, dengan perasaan malas yang bukan luar biasa, menapak dan menapak ke kelas. Kalau sempat, singgah minum kopi dan makan pau di kantin.

Masa jauh berlalu, dan itu semua takkan datang balik.

Tapi kesannya ada.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, April 23, 2013

Mencuri

Kali pertama aku ada rasa nak mencuri adalah sekitar April/Mei 2012.

Ketika kerja dengan Moshi di Heritage Hub. Break hour dan aku rasa lapar yang amat sangat.

Aku jalan di tengah-tengah lobi, ada banyak kiosk jual macam-macam benda. Masa lalu di satu kiosk jual tudung dan baju, aku nampak satu coklat Snickers yang dah suku dimakan oleh owner kiosk tu, di atas meja.

Masa tu aku terfikir, kalaulah aku dapat ambil Snickers tu dan makan, alangkah sedapnya.

Sebab aku lapar sangat.

Tapi niat tinggal niat. Aku cuma mampu pandang. Dan memikirkan mencuri tu dosa dia cemana, aku terus berlalu pergi dan lepak di taman tersembunyi di depan Megamall.

Lalu tertidur di situ selama hampir sejam.

Bila difikirkan balik, ya, bila kita lapar sangat, kita tak boleh berfikir dengan baik.

Seperti mana sekarang.







Ahh, aku nak turun buat megi kari lah cenggini.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, April 22, 2013

Man Laksa dan roti sardin

Ketika orang lain sibuk bergembira dengan pesta, menonton persembahan yang dihadiri oleh D.O. , ketika Saloma sibuk menyanyi lagu "Mengapa Dirindu", ketika yang menang Ratu Kebaya mengumumkan dia terima lamaran D.O. di hadapan semua orang, Man Laksa dibasahi hujan, duduk bersedih kecewa meratap cincin setelah lamarannya ditolak.

Kalau aku jadi Man Laksa, aku pergi lepak mamak Salam, makan roti sardin banyak-banyak.

Tak payah nak pikir dah.

Malangnya, aku terpaksa tutup tivi dan pergi tutor ketika itu.







Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, April 17, 2013

.....than Jejai

Gua cuti harini dan dah disetelkan tadi.

Am far happier than Jejai.

Eh.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, April 13, 2013

11

Bukanlah sesuatu yang perit, tapi aku okay saja untuk mengakui bahawa keadaan yang awkward telah menyebabkan aku lebih selesa berada di mamak ni dan makan roti sardin. Setiap hari.

Tanpa gangguan.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone