Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Sunday, March 10, 2013

Kekejian Faqeh

Setakat ni benda paling keji Faqeh pernah buat ialah menyuruh aku membelek seketul kasut di Topshop petang tadi, konon nak suruh aku teka harga yang tertampal di tapak kasut.

Bila aku dah belek, dia, Fara dan Zoull ketawa. Dia suruh aku baca label dalam kasut tu.

Masa tu aku cuma rasa nak tumbuk sepasang spek tebalnya itu. Bila aku tanya : "Yang kau keji sangat suruh aku pegang tu, kenapa haaa??"

Dia jawab selamba : "Mana boleh aku sorang je terpegang, kau pun kenalah jugak."

Fara ternyata selamat, mungkin sebab dia girlfriend Faqeh, dan dia lebih mengetahui perangai bongok boyfriendnya itu.

Nasib baik depan Topshop tu ada sebiji pasu bersaiz super besar, dan ada tanah di dalamnya. Maka terhegeh-hegehlah aku, Faqeh dan Zoull menyelet-nyelet tanah ke tangan masing-masing.

Dah tentulah aku tak berhenti mengeji dia. "Kau, lepas setel urusan menyamak dan menyertu ni, memang aku nak pecahkan spek kau."

Dia dan Zoull ketawa meninggalkan aku untuk ke tandas, demi membasuh tangan dengan air suci pula.

Kalau tak sebab Fara ada, memang aku tumbuk dah perut si Faqeh tu. Nasib baik henpon aku tak kena. Kalau tak, jadi banyak kerja nak selet tanah kat henpon pulak.

Tapi lepas tu sedih, sebab dua ekor ni dah nak gerak balik. Gambar diambil setelah selesai urusan menyelet tanah.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.