Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Wednesday, March 27, 2013

Hanya kerana breakfast

Ada sekali tu, tengah breakfast kat kedai. Dia tengok aku makan roti dengan baked beans dan telur hancur, dia bisik kat abang dia yang berumur 12 tahun :

"Mak Long perasan omputeh."




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, March 26, 2013

Untuk 365 hari

Setelah bilangan hari di mana aku diperbodohkan untuk mengisi rompong sementara dan kemudiannya terbuang, aku hanya berharap aku tidak pernah pulang.

Terima kasih.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, March 22, 2013

Ketiadaan

I wish you were still alive.

Benda baik datang berkali-kali, yang terbaik datang sekali sahaja.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, March 13, 2013

DoRemyFafaaaaa

Tahniah kerana dah lulus lesen motor.

Teh o panas gua tak nak. Gua nak peppermint choc oreo blog. Ngertik?




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, March 10, 2013

Kekejian Faqeh

Setakat ni benda paling keji Faqeh pernah buat ialah menyuruh aku membelek seketul kasut di Topshop petang tadi, konon nak suruh aku teka harga yang tertampal di tapak kasut.

Bila aku dah belek, dia, Fara dan Zoull ketawa. Dia suruh aku baca label dalam kasut tu.

Masa tu aku cuma rasa nak tumbuk sepasang spek tebalnya itu. Bila aku tanya : "Yang kau keji sangat suruh aku pegang tu, kenapa haaa??"

Dia jawab selamba : "Mana boleh aku sorang je terpegang, kau pun kenalah jugak."

Fara ternyata selamat, mungkin sebab dia girlfriend Faqeh, dan dia lebih mengetahui perangai bongok boyfriendnya itu.

Nasib baik depan Topshop tu ada sebiji pasu bersaiz super besar, dan ada tanah di dalamnya. Maka terhegeh-hegehlah aku, Faqeh dan Zoull menyelet-nyelet tanah ke tangan masing-masing.

Dah tentulah aku tak berhenti mengeji dia. "Kau, lepas setel urusan menyamak dan menyertu ni, memang aku nak pecahkan spek kau."

Dia dan Zoull ketawa meninggalkan aku untuk ke tandas, demi membasuh tangan dengan air suci pula.

Kalau tak sebab Fara ada, memang aku tumbuk dah perut si Faqeh tu. Nasib baik henpon aku tak kena. Kalau tak, jadi banyak kerja nak selet tanah kat henpon pulak.

Tapi lepas tu sedih, sebab dua ekor ni dah nak gerak balik. Gambar diambil setelah selesai urusan menyelet tanah.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, March 8, 2013

Besen dan Roy

Aku di supermarket. Ternampak sesuatu. Terus mesej datin.

Aku : Mak, Suu due bila? Dah banyak ke barang beli?

Datin : Dia due 14 apr...dah beli sikit2. Dia pon ade bawak yg kakak dia bg. mak dah beli napkin..mandian...belom beli besen utk mandi. Shame ade bawak balik katil...buaian...n tpt baring ngokngek...byk brg dah beli...pastu blom beli ubat dia. Ingat nak beli yg amway...tunggu gaji akn dtg..200 lbih gak harganya.

Aku : Ni kat supermarket. Saya tadi tengok besen mandi tu terpikir mak tak beli lagi rasanya.
Datin : Besen yg bujur tu ek?

Aku : Bujur tak bujur jugak. Tapi memang untuk baby. Untuk Tiger, Jimmy, Mary pun boleh :D

Datin : Tak yah la beli. Nanti awak tak cukup duit.

Aku : Saya nak jual kereta la, mak. Duit tu boleh beli besen mandi baby tu. Lebih dia saya nak beli scrambler macam Roy dalam Gila-Gila Remaja tu. Cash.

Datin : Apa awak mengarut ni???

Aku : *ikon sengih lebar*






Ceritanya pasal besen mandi baby je pun.
Bihihi.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, March 6, 2013

Kenangan tetap kenangan

I guess nothing beats the year of 2006.

Aku bangun pagi tadi, check henpon.

Dan aku sengih-sengih lebar.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, March 3, 2013

Nasik minyak lauk sedap

Fatin, I love the lauks and the drink.

Bihihi.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Mainan

Semalam aku dibawa berjalan-jalan ke Setia City Mall. Di situlah aku terserempak dengan budak kecik yang mengamuk meraung apabila maknya tak belikan mainan yang dia mahukan.

Budak kecik tu dah tak kira dah orang tengok dia ke tidak. Terus juga meraung mengamuk, duduk di lantai menghempas-hempas diri.

Budak kecik.

Sedangkan orang dewasa akil baligh cukup sempurna akal hati perut pun boleh mengamuk dan jadi mengarut bila tak dapat apa yang dia nak, ni kan pulak budak kecik.










Aku baru lepas makan dua mangkuk besar mi bandung ni.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone