Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Sunday, February 17, 2013

Aku yang asing

Aku tidak pernah menyalahkan kau, aku tidak pernah mengusul bahawa kau umbi terjadinya keadaan begini. Kerana sejahil-jahil aku tentang rasa-rasa kau berkenaan hidup, aku masih tahu apa di sebaliknya. Walau pada anggapan kau, terlalu amat sangat banyak yang aku tidak tahu-menahu.

Kalaupun bagi kau aku ini bodoh tentang rasa-rasa kau itu, terpulanglah.

Kau kata tidak membuang aku, tetapi begini sekalikah jadinya kau lupuskan aku?
Kau kata tidak mahu kita bermusuhan, tetapi begini sekalikah jadinya kau lenyapkan aku?

Adakah cakap-cakap terakhir kita pada senja itu mengundang benci dan amarah di hati kau?
Janganlah terlalu kau lumurkan hati kau dengan prasangka.
Yaa, aku lupa.
Apalah ertinya peduli dan wujudnya aku ini kalau hanya menjemput susah kau.

Ketiadaan aku lebih meringankan kau.

Namun kalau kau masih ingat dua baris ayat terakhirku, tentang lima-sepuluh tahun lagi, jika aku ini punya makna, maka kau sendiri tahu jalannya di mana.
Atau mungkin belum pun sampai ketika itu, aku telah pun menjadi debu-debu halus yang kotor dalam hidup kau.

Aku tidak pernah membenci kau.
Tidak pernah.

Atau mungkin sebenarnya aku ini hanya sekadar di hujung ekor mata mulia kau.
Siapalah aku untuk mencelah dalam hidup kau.
Aku hanya manusia lembik, sedang kau orang kuat menerajang hidup kejam.

Maafkan aku kerana menjadi sejelek itu.
Maafkan aku kerana tidak cukup baik untuk orang hebat seperti kau.
Maafkan aku kerana terlalu banyak mendatangi kau dengan bimbitan kesusahan.

Bencilah aku kalau itu membahagiakan kau.
Asingkanlah aku kalau itu melancarkan hidup kau.

2 comments:

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.