Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Thursday, February 28, 2013

Bunuh

Pernah tak dengar cerita, orang yang buat jenayah, dia akan mengaku perbuatan dia tu? Mengaku setiap kesalahan dia, mengaku setiap perbuatan dia tu, tapi dia tak mahu ke penjara.
Tidak mahu tertangkap. Bersalah dan mengakuinya, tapi tak mahu terhukum.

Pernah dengar?

Akhirnya dia tembak diri dia sendiri.









Aku baru lepas tengok Law & Order sebenarnya tadi.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, February 21, 2013

Pegang

Dalam Putra LRT
2007

Orang ramai. Sesak.


Aku : Kau pegang aku, nanti jatuh.

Kawan : Boleh ke ni? Kalau kau jatuh nanti nak pegang apa?

Aku : Pegang pada janji.

Kawan : *buatmukamenyampah*


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, February 20, 2013

Lagu kelmarin

Kelmarin ada orang bagi lagu Codex - Radiohead kat aku.

Bangun pagi tadi, aku check henpon.

Dan aku senyum.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, February 17, 2013

Aku yang asing

Aku tidak pernah menyalahkan kau, aku tidak pernah mengusul bahawa kau umbi terjadinya keadaan begini. Kerana sejahil-jahil aku tentang rasa-rasa kau berkenaan hidup, aku masih tahu apa di sebaliknya. Walau pada anggapan kau, terlalu amat sangat banyak yang aku tidak tahu-menahu.

Kalaupun bagi kau aku ini bodoh tentang rasa-rasa kau itu, terpulanglah.

Kau kata tidak membuang aku, tetapi begini sekalikah jadinya kau lupuskan aku?
Kau kata tidak mahu kita bermusuhan, tetapi begini sekalikah jadinya kau lenyapkan aku?

Adakah cakap-cakap terakhir kita pada senja itu mengundang benci dan amarah di hati kau?
Janganlah terlalu kau lumurkan hati kau dengan prasangka.
Yaa, aku lupa.
Apalah ertinya peduli dan wujudnya aku ini kalau hanya menjemput susah kau.

Ketiadaan aku lebih meringankan kau.

Namun kalau kau masih ingat dua baris ayat terakhirku, tentang lima-sepuluh tahun lagi, jika aku ini punya makna, maka kau sendiri tahu jalannya di mana.
Atau mungkin belum pun sampai ketika itu, aku telah pun menjadi debu-debu halus yang kotor dalam hidup kau.

Aku tidak pernah membenci kau.
Tidak pernah.

Atau mungkin sebenarnya aku ini hanya sekadar di hujung ekor mata mulia kau.
Siapalah aku untuk mencelah dalam hidup kau.
Aku hanya manusia lembik, sedang kau orang kuat menerajang hidup kejam.

Maafkan aku kerana menjadi sejelek itu.
Maafkan aku kerana tidak cukup baik untuk orang hebat seperti kau.
Maafkan aku kerana terlalu banyak mendatangi kau dengan bimbitan kesusahan.

Bencilah aku kalau itu membahagiakan kau.
Asingkanlah aku kalau itu melancarkan hidup kau.

Saturday, February 9, 2013

Kemampuan

Mei 2012 - Majlis Hazan dan Munirah


Pulang dari majlis, aku tunjukkan gambar ni kepada dia.

Dia : Kau kalau bab kidnap orang.....

Aku : Aku dah mintak izinlah dengan wife dia, nak ambik gambar.
         Hahahaha.








Dia tau aku master bab kidnap orang. 

Tapi hidup ini tak semudah diculik dan menculik. 

Tak semudah itu. 

Tuesday, February 5, 2013

Terpanggang dalam dekat



Aku bila diburuksangkakan, aku diam saja.

Kerana yang bertelinga selalunya mual untuk mendengar penjelasan.

Monday, February 4, 2013

Butiran gula


Kerana meyakinkan hati manusia itu sesukar mencari butiran gula di pasir.

Siapalah aku untuk meyakinkan lebih-lebih.

Terpulanglah.

Friday, February 1, 2013

Reropolan


Dalam malap, ada cahaya. Walaupun sejuta pasang mata lain tak nampak cahaya tu.

Biarlah.

Sebab kalau malap tu bukan dipinjamkan untuk mereka, memang mereka tak akan nampak cahayanya.