Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Wednesday, January 30, 2013

Penumpang


Sebetulnya, kali terakhir aku ke teluk waktu siang adalah bersama Kak Linn dan anak-anaknya. Hampir penghujung November lalu.

Sebab aku banyak ke sini waktu malam. 

Tadi, sebab rindu, aku ke sana. 

Aku rindukan Kak Linn. Setiap perbualan terakhir ketika di teluk, aku takkan lupa.

Yaa, dia bukan kakak kandung. Aku sekadar penumpang. Penumpang kasih sayang. Sebab aku takdirnya tak berkakak.

Puas tengok batuan yang berceracakan dipukul ombak, puas mengelamun, aku gerak nak balik.

Ketika menghampiri kereta, telefon berbunyi lagu Hujan band. Aku senyum melihat nama yang tertera. Tuhan tu Maha Faham orang yang tengah merindu ni.






Kita ni, kalau dikasihi yang sedarah sedaging, itu kurniaan. Tetapi kalau dikasihi yang bukan sedarah sedaging, itu bonus.

Kedua-duanya pinjaman Tuhan. Yang memungkinkan rasa bahagia. Walau cuma sebagai penumpang.

Sunday, January 27, 2013

Hasil



Jujurnya, aku dah lama tak dapat merasa makan tomyam. Seminggu yang lalu, hasil daripada jualan zine tak seberapa aku tu, dapat juga aku merasa tomyam sedap di sudut teluk.

Terima kasih kepada yang sudi membeli dan membaca puisi buruk tak seberapa aku tu. 

Kalau sempat, kita lepak sekali suatu hari nanti.

Thursday, January 24, 2013

Mimpi sangat pun tak bagus juga

"Kau nak naik motor aku ke atau nak naik asing-asing?"

Aku tengok Harley D kawan aku ni yang masih mengaum kerana tak dimatikan enjin. Aku toleh pula ke arah motor aku yang beberapa meter jaraknya dari tempat aku berdiri. Aku senyum pandang motor aku. Hitam dan kelabu. Berkilat. Ekzos terjojol. Tak sehebat Harley D kawan aku tu, tapi hasil titik peluh aku selama ni.

Perlahan aku jawab sambil senyum : "Tak apa, aku naik motor aku."

Si kawan sengih. "Aku dah agak dah tu."










Aku dengar bunyi hujan. Aku belek jam. Dah pukul 10 pagi.

Perrgghhh, mimpi ada sebijik Ducati Diavel, wa cakap luuuu!

Kahkahkah.

Saturday, January 19, 2013

Mempersembahkan zine "Kalau Sempat"...




Koleksi puisi dan ayat-ayat konon sakti yang aku tulis sejak 2006.

Tebal 102 muka surat.

RM 15 untuk Semenanjung Malaysia.
RM 20 untuk Sabah dan Sarawak.

Harga tu dah termasuk postage fee.

Kalau nak beli, boleh email aku : fafayangcool@gmail.com. Tanyalah apa saja berkenaan zine ni, cemana nak bank in dan apa saja lah, aku akan cuba jawab dengan cool.

Dah disebarkan di twitter juga : @TheFafaa






Tidak akan lengkap nikmat hidup kalau lulus mata pelajaran Bahasa Melayu, tetapi tidak membaca ayat-ayat sakti dalam "Kalau Sempat" ni. Haaa.....

Tuesday, January 15, 2013

Pakej

Dugaan datang berpakej. 

Kalaulah dunia di luar tu tak bahaya, aku sanggup jalan kaki sampai ke teluk dan kemudiannya tidur di sana, bertilamkan pasir-pasir yang entah masih mengenali aku atau tidak.

Aku harap esok dugaan-dugaan itu terhenti buat seketika.


Friday, January 11, 2013

6 Disember 2011, Stesen Putra LRT Taman Jaya





Aku rindukan dia ni. 
Ya, aku rindukan diri sendiri.
Yang jiwanya dulu bebas.

Thursday, January 10, 2013

Bacaan puisi krik kruk krak kreeeeekkkk...

Semalam sebelum masuk waktu Isyak, ada seorang kawan called. Lelaki. Antara yang agak rapat dengan aku dari zaman maktab.

Dia mula meluahkan rasa. Katanya dia mula bosan. Balik kerja, rehat, masak, makan sendiri, kalau rajin keluar ke bandar, balik ke rumah, blablabla, dan ulang benda yang sama.

Katanya bila kawan-kawan kami dah ramai yang tidak bujang, malah dah ada anak, dia mula rasa hidupnya kekurangan. Katanya dia teringin juga balik ke rumah makan masakan isterinya, lepak berdua, jalan-jalan berdua berpegangan tangan, pergi bercuti, blablablablabla.

Yaa, isu jodoh lagiiiiii. *baringdilantai*

Aku dengar saja dia tung tang tung tang bercerita.

Akhirnya aku bersuara : "Kita ni kalau stabil cemana sekali pun, kerja tetap, gaji ribu-ribu, kereta ada, rumah ada, mak ayah okay, semua dah ready, tapi kalau tak ada orang nak kawin dengan kita, tak kawin jugak kita ni. Konsepnya, kena ada orang yang nak kawin dengan kita, baru boleh kawin. Takkan nak kawin sorang-sorang?"

Dia terdiam sekejap. Aku sengih-sengih tanpa dia mengetahuinya.

"Betul, Fafa. Betul tu."

Aku masih ingat, tahun lepas, dia ada bercerita dengan aku. Tentang orang yang dia suka tu. Tapi orang tu tak ada hati pada dia, malangnya. Ada sekali tu dia call orang tu, dan orang tu tak angkat-angkat telefon. Dia terus call call call dan call. Dia mengaku, jenis dia memang begitu. Kalau dia nak, dia nak juga.

Kesudahannya dia beli tiket flight terus ke Kota Bharu, dari JB. Ya, tiket flight ya, kawan-kawan. Dan-dan tu juga. Kerana mengikut perasaan. Yelah, katanya kalau dah dia nak tu, dia nak juga. Tak kira apa dah. Aku dah cakap pada dia, dah-dah la tu. Sebab orang tu memang takdak hati dengan dia. Dah lah orang tu bakal berkahwin dalam masa terdekat.

Aku sedih. Masa dia beli tiket tu memang dia ada called aku bagitau dia memang nak main terjah je rumah orang tu yang terletak di Kota Bharu. Aku sedih sebab memikirkan kalaulah duit ratus-ratus tu dia bank in kat aku, dapat jugak aku makan KFC dan minum air cool blog. Dah la masa tu aku tak berduit. Lebih baik dia belanja aku daripada menagih kasih orang yang dah nak kawin tu kan. Kahkahkah.

Dan semalam, sebelum mengakhiri perbualan telefon, aku bacakan puisi Wani Ardy ni untuk dia :



Perbualan telefon berakhir setelah dia kata ayat tu menyentap, namun terlalu benar. Aku cakap pada dia, takyah lah sibuk-sibuk nak kawin, muda lagi koottt.

Lepas letak telefon, aku terfikir, patut aku bacakan jugak satu puisi yang aku buat tu, biar dia tahu bahawa kalau orang pergi dari hidup kita tu adalah sebabnya. Kita kena belajar membiarkan. Kalau benda tu benda baik, nanti Tuhan akan bagi semula pada kita.

Tapi tetiba aku macam..... kau ingat ni majlis bacaan puisi dalam talipon ke, Fafa?





Ohh, twisties semalam ada lagi atas almari ni. Jom makan?

Wednesday, January 9, 2013

Koyok

Badan aku sakit-sakit sejak Jumaat. Dari bahu sampailah ke pinggang. 

Sebab banyak menaip dok mengadap laptop dan setting banyak kali benda yang bodoh gila. Dengan printer yang lemau-lemau shaitan tu lagi. Aku dah sampai nak fed up. Berhari-hari pulak tu.

Tapi sebenarnya aku jumpa juga bendanya cemana. 

Semalam aku terjumpa salonpas yang aku beli masa masih kerja di Red Garage dulu. 

Masa nak tampal kat bahu tu, aku teringat, kali terakhir aku tampal koyok di belakang badan adalah sekitar April ke Mei, begitulah. Koyok yang diberi orang. Yaa, pemberian orang. Teringat aku tweet tentang keperitan nak tanggalkan koyok tu esoknya.

Dan semalam apabila herot-berot aku tampal benda tu, aku terfikir, kalaulah ada orang tolong tampalkan.....

Terus aku rasa macam.....

Padiaaaaa hang niiiii???






Entry aku ni tak membantu ke arah pembangunan langsung.

Tuesday, January 8, 2013

Track

Kita ni sampai bila-bila pun anak mak, walaupun mak kita dah tak ada.