Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Monday, December 3, 2012

Drama laman soshel

Ada sesetengah orang, dia memang rasa dia sentiasa betul.

Tak boleh ditegur.

Kalau kau tegur, nanti dia salah paham, salah baca, dia sembur kau balik, dia melenting. Panggil geng. 

Kadang-kadang orang macam ni dia membagi orang melulu je. Main redah je nak cakap apa, nak buat assumption apa. Cakap sesedap cakap.

Maklumlah, dia betul. 

Maklumlah, dia suka bercakap. 

Maklumlah, apa yang dia cakap selalu betul.

Macam ada sorang kawan aku pernah kata, ada sesetengah orang memang dia rasa dia maksum.

Atau pun dia lambat matang.

Tapi, tengok gaya macam matang sangat dah.

Come on, bro, kau makan apa sampai lambat matang ni?

Kalau macam aku ni, memang tak matang. Sebab tu aku tak kawin sampai sekarang.






Dan antara benda yang boring adalah bila kita cakap pasal orang lain, orang lain pulak terasa.

Kejap lagi ada pulak orang sanggup potong punggung sambil buat hashtag bencikan aku. Lepas tu akaun dia kena hack.

Okay, byeee.


No comments:

Post a Comment

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.