Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Sunday, December 30, 2012

Sunday, December 23, 2012

Pantai tembok



April 2012


Aku   : Kau rasa pantai lemah?

Dia    : Kebanyakannya lemah
           Tapi ada juga pantai
           Yang dijadikan tembok untuk berperang
           Dan pantai tembok
           Adalah kau




Friday, December 21, 2012

Niat dan genggaman

Niat dah ada.

Tahun depan, aku nak jual kereta tu.

Dan beli basikal.

Ini bukan mengarut, tapi ni niat aku.

Aku tak mahu huraikan.

Cubalah jadi aku, tentu difahami kenapa berniat sebegitu.

Tapi nak buat apa-apa kena tanya semua orang.

Kena bincang.

Dan nyatanya niat tu pasti akan dibangkang.

Kadang-kadang bila cuba genggam tapak tangan sendiri, aku tertanya-tanya.

Apa yang aku genggamkan tu?

Ahh, dan nanti sekali lagi dituduh tak bershukur.

Tuesday, December 11, 2012

Kucing kurap

Mei 2012


Aku   : Takpaa
           Aku ni ibarat
           Kucing kurap di luar sekolah
           Setiap kali kau balik dari sekolah
           Aku tunggu kau di luar pagar
           Kau akan bagi aku makan keropok
           Kau usap dan belai
           Cuma kau tak boleh nak bawa aku balik

Dia    : Kau memang ergghhh
           Kau memang faham aku

Aku   : Jangan sedih
           Jangan menangis

Dia    : Aku sayang akan kau





Lalu ujian Tuhan pun bermula.....


Saturday, December 8, 2012

Perang

Sampai satu tahap, ada dua pihak dalam diri aku.

Satu kata aku tak berguna.

Satu lagi kata aku ada berguna.

Entah mana satu yang menang.

Aku biarkan saja mereka berperang.

Sehingga aku tak boleh tidur malam.

Friday, December 7, 2012

Ulangan

Aku masih percaya, rezeki Tuhan juga ada ulangannya.



Tuesday, December 4, 2012

Mesej sesudah zohor

Sesudah zohor, aku terima mesej daripada dia. Bertanyakan sesuatu, dan memberitahu dia demam, masih tidak dapat pulang.

Aku reply apa yang patut berkaitan isu yang dibincangkan.

Mesej berlanjutan, sehinggalah...

"Bukan hal Fafa, tapi terpaksa Fafa susah payah nak kena uruskan, tu la yang buat KakLin tak sedap hati. Mudah-mudahan dengan bantuan Fafa dipermudahkan Allah urusan tu nanti."

Aku taip :

"Sebab saya sayang Kak Linn..."

Aku nak tekan send, tapi aku delete semula apa yang aku taip tu. 

Tak jadi send.

Mata mula bersinar kaca.


Monday, December 3, 2012

Drama laman soshel

Ada sesetengah orang, dia memang rasa dia sentiasa betul.

Tak boleh ditegur.

Kalau kau tegur, nanti dia salah paham, salah baca, dia sembur kau balik, dia melenting. Panggil geng. 

Kadang-kadang orang macam ni dia membagi orang melulu je. Main redah je nak cakap apa, nak buat assumption apa. Cakap sesedap cakap.

Maklumlah, dia betul. 

Maklumlah, dia suka bercakap. 

Maklumlah, apa yang dia cakap selalu betul.

Macam ada sorang kawan aku pernah kata, ada sesetengah orang memang dia rasa dia maksum.

Atau pun dia lambat matang.

Tapi, tengok gaya macam matang sangat dah.

Come on, bro, kau makan apa sampai lambat matang ni?

Kalau macam aku ni, memang tak matang. Sebab tu aku tak kawin sampai sekarang.






Dan antara benda yang boring adalah bila kita cakap pasal orang lain, orang lain pulak terasa.

Kejap lagi ada pulak orang sanggup potong punggung sambil buat hashtag bencikan aku. Lepas tu akaun dia kena hack.

Okay, byeee.