Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Saturday, November 24, 2012

Jodoh

Aku baru balik dari melepak ni. Melepak dengan pengantin baru. Ambik seri kononnya. Bersama beberapa orang kawan lain yang masih bujang.

Balik tu masa dalam kereta, terbukak cerita pasal sorang kawan yang turut sama melepak tadi. Syed. Yang terpaksa mencari Sharifah untuk dijadikan isteri. Aku kalau dah masuk bab nak kawin kena sama keturunan dan kasta, memang payahlah nak mengulasnya.

Cerita cerita dan cerita, sorang kawan aku ni kata, benda kalau dah bukan jodoh ni, buatlah lagu mana pun, memang takkan jadi. Bercintalah lama mana sekali pun, kalau bukan jodoh, memang tak dapat. Sebab jodoh. Benda memang dah tetap. 

Kalau dah benda betul, memang nak sangkal cemana kan? 

Beberapa bulan lepas, apabila seorang kawan bercerita tentang ex-girlfriend nya yang berjaya ditemui semula setelah bertahun-tahun terpisah, aku senyum je. Cinta lama berbaja kembali kononnya. Mak kawan aku tu pun dah berkenan dengan ex-girlfriend dia tu. Memang masuk sangat. Jenis yang pandai melayan orang tua. Untung dia di situ, bila mak dah berkenan, selalunya mak akan mendoakan. Selalunya lah kan. Aku tak kata semua. Tak semua. Bila dia bawak jumpa aku pun, aku pun suka kalau diorang end up bersama. Dah la masa dia bawak kenalkan kat aku tu, perempuan tu bawak kucing dia dalam cage, sebab nak bawak balik KL. Penggemar kucing. Lagilah aku berkenan. Eh, aku pulak yang berkenan. 

Dan kemudiannya dia sampaikan berita sedih bahawa ex-girlfriend yang baru ditemui itu berkemungkinan membawa diri ke States. Kawan aku ni punya gelabah, aku rasa pundan yang kehilangan kastemer jantan pun tak gelabah lagu tu.   

Aku takdak idea nak coolkan dia, tapi aku cuma cakap satu perkara pada dia : Benda jodoh ni, cerita dia unik. Kita sembunyi tanam diri dalam kubur sekalipun, kalau dah itu orangnya, maka dia sendiri yang akan gali dan temukan kita dalam kubur tu. Masa tu lah kita akan rasa macam mati hidup semula.

Pehh, aku kalau bab bermulut manis, cotton candy pun dan-dan rasa lagi tawar. Bahahaha. Okay, lawak hambar.

Isu jodoh ni sebenarnya isu yang membosankan bagi orang macam aku. *garugarukepala*

Harini dah kira masuk Sabtu. Esok Ahad, aku dah kena gerak ke Cameron, jadi driver datin yang berkursus di sana. 

Harap-harap ada lah jodoh menunggu di sana. Boleh sama-sama lepak minum teh o panas, makan jagung sambil bersiar-siar, berbicara tentang hidup. Pehhhhhhhhh. 

Kalau tak ada, aku balik Kontan semula dengan harapan jodoh aku tu orang Kontan. 

Kalau tak ada jugak, memang aku prepare 78 jenis bunga, nak buat mandi bawah jambatan Tanjung Lumpur. Bahahaha. Okay, lawak hambar sekali lagi.

Boring, boring.


1 comment:

  1. :)

    i really hope that you will never stop writing.

    walau masa tu awak dah ber anak cucu, jangan stop.

    you inspire me
    you are truly talented and beautiful human being.

    Doa yang baik-baik untuk awak.

    :)

    ReplyDelete

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.