Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Tuesday, November 13, 2012

Dungu

Dulu masa kecik-kecik, kalau kawan yang aku agak rapat ada kawan baru, dan mula melupakan aku, perlahan-lahan aku bawa diri. Buka buku dan mula menulis. Mengeji diri sendiri.

Sekarang, bila kawan seperti mula lupakan aku kerana ada kawan baru, perlahan-lahan aku bawa diri. Ke teluk. Minum teh o panas. Merasa angin laut. Menulis yang tak terluah. Mengeji diri sendiri.

Bukan senang jadi dungu.

Macam aku.

1 comment:

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.