Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Saturday, November 24, 2012

Jodoh

Aku baru balik dari melepak ni. Melepak dengan pengantin baru. Ambik seri kononnya. Bersama beberapa orang kawan lain yang masih bujang.

Balik tu masa dalam kereta, terbukak cerita pasal sorang kawan yang turut sama melepak tadi. Syed. Yang terpaksa mencari Sharifah untuk dijadikan isteri. Aku kalau dah masuk bab nak kawin kena sama keturunan dan kasta, memang payahlah nak mengulasnya.

Cerita cerita dan cerita, sorang kawan aku ni kata, benda kalau dah bukan jodoh ni, buatlah lagu mana pun, memang takkan jadi. Bercintalah lama mana sekali pun, kalau bukan jodoh, memang tak dapat. Sebab jodoh. Benda memang dah tetap. 

Kalau dah benda betul, memang nak sangkal cemana kan? 

Beberapa bulan lepas, apabila seorang kawan bercerita tentang ex-girlfriend nya yang berjaya ditemui semula setelah bertahun-tahun terpisah, aku senyum je. Cinta lama berbaja kembali kononnya. Mak kawan aku tu pun dah berkenan dengan ex-girlfriend dia tu. Memang masuk sangat. Jenis yang pandai melayan orang tua. Untung dia di situ, bila mak dah berkenan, selalunya mak akan mendoakan. Selalunya lah kan. Aku tak kata semua. Tak semua. Bila dia bawak jumpa aku pun, aku pun suka kalau diorang end up bersama. Dah la masa dia bawak kenalkan kat aku tu, perempuan tu bawak kucing dia dalam cage, sebab nak bawak balik KL. Penggemar kucing. Lagilah aku berkenan. Eh, aku pulak yang berkenan. 

Dan kemudiannya dia sampaikan berita sedih bahawa ex-girlfriend yang baru ditemui itu berkemungkinan membawa diri ke States. Kawan aku ni punya gelabah, aku rasa pundan yang kehilangan kastemer jantan pun tak gelabah lagu tu.   

Aku takdak idea nak coolkan dia, tapi aku cuma cakap satu perkara pada dia : Benda jodoh ni, cerita dia unik. Kita sembunyi tanam diri dalam kubur sekalipun, kalau dah itu orangnya, maka dia sendiri yang akan gali dan temukan kita dalam kubur tu. Masa tu lah kita akan rasa macam mati hidup semula.

Pehh, aku kalau bab bermulut manis, cotton candy pun dan-dan rasa lagi tawar. Bahahaha. Okay, lawak hambar.

Isu jodoh ni sebenarnya isu yang membosankan bagi orang macam aku. *garugarukepala*

Harini dah kira masuk Sabtu. Esok Ahad, aku dah kena gerak ke Cameron, jadi driver datin yang berkursus di sana. 

Harap-harap ada lah jodoh menunggu di sana. Boleh sama-sama lepak minum teh o panas, makan jagung sambil bersiar-siar, berbicara tentang hidup. Pehhhhhhhhh. 

Kalau tak ada, aku balik Kontan semula dengan harapan jodoh aku tu orang Kontan. 

Kalau tak ada jugak, memang aku prepare 78 jenis bunga, nak buat mandi bawah jambatan Tanjung Lumpur. Bahahaha. Okay, lawak hambar sekali lagi.

Boring, boring.


Wednesday, November 21, 2012

Dia.

Dia.

Bila dia bercerita, meluahkan perasaan, aku rasa bahagia.

Bila dia mula cerita apa yang dia rasa, tentang hidup, aku rasa bahagia.

Bila dia sudi cerita tentang apa saja denganku, aku rasa bahagia.

Asal saja dia mula bercerita, yang bukan hanya di permukaan, aku rasa bahagia.

Aku rasa makin dekat dengan dia.

Aku rasa makin sayang.

Aku sebenarnya harap dia pindah ke Kuantan. Biar dekat dengan mak dan ayahnya.

Biar tak perlu dia ulang-alik Gurun - Kuantan, Kuantan - Gurun.

Biar aku dapat peluk dia hari-hari.

Biar aku dapat cium pipi dia hari-hari.

Biar aku dapat merapu dengan dia hari-hari.

Biar aku dapat melihat anak-anaknya membesar di depan mata.

Dan dia bahagia bersama suaminya.

Sebenarnya Tuhan tak jahat bila Tuhan jadikan aku tidak berkakak.

Sebab Tuhan dah save seorang yang tidak sedarah sedaging, untuk jadi kakak aku.

Kuasa Tuhan, ada ke tandingan?




Selamat ulang tahun kelahiran, Kak Linn. 
Mekaseh untuk semuanya.
Fafa sayang KakLinn.


Wednesday, November 14, 2012

Dalam sejuta manusia...

Aku masih percaya bahawa dalam sejuta manusia yang menghentam kita, memaksa kita untuk menerima fahaman mereka, berfikir seperti mana cara mereka berfikir, pasti akan ada seorang yang akan tarik bahu kita, tepuk-tepuk bahu kita, dan tidak sama menghentam.

Dia tak perlu kata : "Aku faham kau."

Sebab kita sendiri akan tahu bahawa dalam sejuta manusia yang liat hati nak faham situasi kita, tetapi yang seorang itu memang mampu mendasari hati kita, bukan hanya melihat di permukaan.

Orang macam ni hanya akan datang sekali saja dalam hidup kita.

Macam yang selalu aku cakap, benda baik datang sekali saja.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, November 13, 2012

Dungu

Dulu masa kecik-kecik, kalau kawan yang aku agak rapat ada kawan baru, dan mula melupakan aku, perlahan-lahan aku bawa diri. Buka buku dan mula menulis. Mengeji diri sendiri.

Sekarang, bila kawan seperti mula lupakan aku kerana ada kawan baru, perlahan-lahan aku bawa diri. Ke teluk. Minum teh o panas. Merasa angin laut. Menulis yang tak terluah. Mengeji diri sendiri.

Bukan senang jadi dungu.

Macam aku.

Thursday, November 8, 2012

Ambillah


Ambillah, ambillah.

Janji senang hati kau semua.

Aku ni belakang kira.


Monday, November 5, 2012

Jika sempat...



Mungkin dilumur prasangka
Merekah jiwa kita, perit tak terkata
Cukup sudah kau derita untuk selamanya...





*Gambar last Noh garu-garu kepala tu, gua rasa macam nampak diri gua.


Sunday, November 4, 2012

Nasib seniman

Perit sebenarnya menjadi seorang seniman ni. Nak-nak kalau seni yang kau perjuangkan tu seni lukisan.

Semalam, setelah bertahun-tahun, ada orang beli painting aku.

Dan aku tak segan-segan cakap pada dia : "Dah lama pun orang tak beli painting saya. Last tahun 2008."

Kalau lukisan Syed Ahmad Jamal sekalipun diturunkan harga jadi RM 5, belum tentu ada yang nak beli.

Entah-entah Syed Ahmad Jamal pun orang tak tau siapa.

*garugarukepala*


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, November 2, 2012

27 tahun meredah gelombang

Semalam selama 24 jam, ramai yang mendoakan gua.

Semoga Tuhan makbulkan doa kalian. Terima kasih.

Terutamanya yang doakan gua jadi tokey bundle =)

Gua dah tua. Impian banyak lagi tak tercapai, tapi gua rasa kalau Tuhan tak bagi, atau lambat bagi tu, adalah sebabnya.

Kalau senang-senang dapat, nanti gua tak reti nak hargai. Makin thrill, makin besar pengertiannya.

Kepada pihak-pihak yang sentiasa ada ketika zaman gua mula tak punya apa-apa, terima kasih. Terima kasih kerana baring bersama-sama dengan gua di lantai. Dan kalau tak baring bersama pun, yang sudi bertanya keadaan gua ketika berbaring itu, terima kasih. Yang sudi mendasari hati gua ketika berbaring itu, walaupun mungkin tak faham sepenuhnya, terima kasih juga.


Akhir kata, tataplah gambar gua ni. Kot-kotla bertambah selera korang nak makan, dan rasa lebih bermotivasi untuk hidup. Bahahaha.

Okay, byeeeeeee.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone