Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Thursday, October 4, 2012

Bersabarlah, kawan...

Kawan  : Aku sedih. Benda dah jadi bercabang-cabang. Bercabang lima. Hati aku dah mati, Faa...

Aku      : Macam rantai makanan?
              Aku tau. Sabar weh.

Kawan : Aku rasa nak marah, tapi taktau nak marah siapa. Kenapalah keadaan jadi macam ni.

Aku     : Tulis. Aku dari zaman kat IPBA, semua benda aku tulis dalam buku. Benda-benda yang tak terluah. Nak-nak sebab tak ada tempat mengadu. 

Kawan : Segala carut-carut pun kau tulis dalam tu?

Aku      : Aku ada dua polisi bila sedih atau marahkan orang.

Kawan : Kau kalau polisi mengarut-ngarut, aku malas nak layan.

Aku     : Haha.
             Pertama, jangan ada hina-menghina orang.
             Kedua, jangan guna kata-kata kesat.

Kawan : *tunduk*

Aku     : Kalau orang nak guna bahasa kesat terhadap kita, nak perli-perli, nak mengata kita secara terbuka dan bercerita kepada dunia seolah-olah kita yang salah, itu hak diorang. Hak kita, kita diam, jaga hati kita. Best kot diam. Serius best. Jangan balas apa pun yang orang hentam kau. Setakat cakap-cakap belakang, membahan kau depan-depan, bercerita di fesbuk dan twitter, pedang diorang tak cukup tajamlah. Hunus-hunus kau, kau tak mati pun. Perisai kena tebal. Orang yang nak ajak bergaduh memang ramai, tapi berapa ramai yang ajak kita tengok laut?

Kawan : Tapi kalau orang pijak kepala kita, takkan kita nak biar? Aku rasa konsep "biar orang buat kita, jangan kita buat orang" tu dah tak boleh guna pakai.

Aku     : Biar je. Kalau orang pijak kepala kau, kau buat tak tau saja, jalankan je hidup kau. Orang memang seronok pijak kepala kau, tapi lama-lama dia sendiri akan sakit hati. Lama-lama dia akan sedar, dia sebenarnya pijak kepala dia sendiri. Kita hidup ni kalau tak puas hati dengan hidup sendiri, marahlah diri sendiri, jangan pergi pijak-pijak kepala orang. Kenyang ke? Makan KFC lagi kenyang. Boleh jadi lagi kaya ke buat macam tu? Boleh dapat 4 flat setiap sem? Tapi mungkin juga diorang kenyang. Kenyang rasa puas. Tapi ke mana puas tu? Balik-balik ke diri diorang balik. Tuhan tak pernah mati. Dia tau cemana nak handle orang-orang macam tu. Orang-orang macam tu selalunya Tuhan jentik sikit je, melolong. Padahal dia buat kau, kemain. Kau diam je. Selebihnya serah pada Tuhan. 
            
Kawan : Kau okay?

Aku     : Ehh, aku pulak. Takkaaaaannnlah tak okay. Haha. Kau tu? Kalau kau ada benda tak terluah, tulis. Aku masa kat IPBA setiap tahun aku ada buku untuk tulis apa aku rasa sepanjang tahun. Aku tulis sebab aku rasa tak ada langsung orang paham aku masa tu. Kita tak happy tak apa, tapi kita jangan pergi pijak kepala orang, jangan cari gaduh dengan orang. Tu cara kita menangis. Bukan dengan air mata. Tapi menangis dalam buku kita tu. Tulis. Takyah lah asyik nak retweet quote A Walk To Remember apa benda tu. Jangan bagi nampak sangat. Biarlah orang taktau. Orang apa tau?

Kawan : Okay, Faa...




No comments:

Post a Comment

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.