Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Monday, October 29, 2012

Tentang kali ini

Sejak beberapa malam sebelum raya haji, sehinggalah waktu aku taip entry ni, macam-macam benda rare terjadi.

Raya haji kali ni lain macam...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, October 28, 2012

Siang tadi dan malamnya

Tuhan dah kata, semua ni pinjaman saja.

Dia bagi pinjam, lepas tu Dia ambil semula. Atau Dia gantikan dengan benda lain.

Yang digantikan itu pun sudah tentunya pinjaman juga.

Putaran berulang. Ulangan berputar.

Siang tadi, aku dapat bertentang muka dan bersalam dengan kawan lama. Yang pernah menjadi sebahagian dendam dan amarah selama bertahun-tahun. Mungkin Tuhan jadikan siang tadi agar dendam terhapus.

Dan malamnya pula, aku hanya mampu memandang sesuatu yang lain, dari kejauhan. Sesuatu yang pernah berada dekat. Rambutnya, baju putihnya, begnya, pergerakannya.

Tidak ada pisau yang mampu menghunus setajam itu.

Tapi aku kuat. Tak elok melapah hati sendiri.

Lalu aku terus berlalu pergi.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, October 26, 2012

Kesan

Kelmarin aku tengok satu telemovie Filipina di tv. Cerita tu serius kelakar ya ampun. Tengok pada jam 3 pagi, dengan mak yang tidur di hall, aku terpaksa gelak berdekah-dekah sambil tutup mulut dengan baju.

Serius kelakar.

Tapi, cerita tu sebenarnya nak cerita tentang betapa buruknya kesan akibat salah paham. Apabila semua orang salah paham dan salah anggap yang buruk-buruk terhadap si A, tapi si A ni jenis tak explain kat orang.

Kesannya amat berat.






*Selamat hari raya qorban. Walau apa pun yang kita korbankan dalam hidup, semogalah nanti terheret ke syurga.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, October 23, 2012

Luarnya jantan, hatinya gadis. Bahaha.

Ayah : Nanti Fafa masuk kat tempat teksi-teksi tu pun boleh. Parking je sekejap di situ.

Aku : Boleh ke, yah?

Ayah : Boleeehh. Cakap je nak hantar kakak naik bas sekejap. Bolehnya. Kalau perempuan lagilah diorang bagi.

Kak Linn : Masalahnya, ayah, orang-orang teksi tu pun pening tak tau laki ke pempuan ni.

Aku : Kak Linn jahaaatttt.

Kak Linn : Hahahahahahahaha.

Dan ayah pun ketawa sekali...



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, October 18, 2012

Tidur dan bangkitnya

Setiap hari bila bangun dari tidur, sebenarnya aku lebih berharap aku boleh sambung tidur, tak perlu bangun.

Bukan rasa nak mati, cuma rasa malas nak bangun. Rasa macam : "Aduhai, kenapa aku bangun ni?"

Aku tak ingat macam mana rasanya rasa gembira bangun dari tidur.

Dah tak ingat macam mana.

Yang ada pun cuma rasa bangun tidur sebagai seorang yang gagal. Gagal dalam setiap aspek.

Yang mana rasa itu tak menggembirakan langsung.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, October 12, 2012

Hujan petang di bandar Kuantan

Hari ini, aku jengah beberapa kedai bundle.

Bukan kerana bosan.

Tapi kerana aku sedih.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, October 9, 2012

Soalan orang besar

Konsep konversasi blekberi mesenjer.



Kasim : Beb
            Awkward tu apa?

Aku    : Janggal

Kasim : Ohh okay
             Tak pernah guna
             Tak tau
             Hehe


Beberapa saat kemudian...

Kasim : Dildo tu apa?

Aku    : Hooiii, kau tengah borak dengan sapa tuu haaaa???
            Pergi download dictionary nuuuuu!
            Aku tendang satgi




Bukan soalan daripada budak kecik je yang susah nak dijawab. Soalan orang besar pun sama.

Monday, October 8, 2012

SMS daripada bini orang

Lain macam juga bila tengah makan nasik, dapat SMS daripada bini orang, mengatakan dia rindukan aku.

Tambah-tambah lagi bila bini orang tu sedang dalam edahnya.

*garugarukepala*


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, October 4, 2012

Pedang dari Parsi

04102012
8:46 PM
Bilik


Dah ramai yang bertanya
Ahli politik warna garang
Dan ahli politik warna nyaman
Bila nak duduk berdebat sama?
Konon ramai rakyat nak menyaksi

Esok-esok
Ada pula yang sanggup
Menempah dua pedang tajam dari Parsi
Untuk melihat ahli politik sanjungan mereka
Sama-sama berhunusan
Nak tengok darah hanyir siapa
Yang berlumuran pekat di pedang siapa
Perut siapa yang dihunus pedang siapa

Manusia kalau nak cerita tentang tarung-bertarung
Merekalah orangnya

Eh
Manusia ke Melayu?


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Bersabarlah, kawan...

Kawan  : Aku sedih. Benda dah jadi bercabang-cabang. Bercabang lima. Hati aku dah mati, Faa...

Aku      : Macam rantai makanan?
              Aku tau. Sabar weh.

Kawan : Aku rasa nak marah, tapi taktau nak marah siapa. Kenapalah keadaan jadi macam ni.

Aku     : Tulis. Aku dari zaman kat IPBA, semua benda aku tulis dalam buku. Benda-benda yang tak terluah. Nak-nak sebab tak ada tempat mengadu. 

Kawan : Segala carut-carut pun kau tulis dalam tu?

Aku      : Aku ada dua polisi bila sedih atau marahkan orang.

Kawan : Kau kalau polisi mengarut-ngarut, aku malas nak layan.

Aku     : Haha.
             Pertama, jangan ada hina-menghina orang.
             Kedua, jangan guna kata-kata kesat.

Kawan : *tunduk*

Aku     : Kalau orang nak guna bahasa kesat terhadap kita, nak perli-perli, nak mengata kita secara terbuka dan bercerita kepada dunia seolah-olah kita yang salah, itu hak diorang. Hak kita, kita diam, jaga hati kita. Best kot diam. Serius best. Jangan balas apa pun yang orang hentam kau. Setakat cakap-cakap belakang, membahan kau depan-depan, bercerita di fesbuk dan twitter, pedang diorang tak cukup tajamlah. Hunus-hunus kau, kau tak mati pun. Perisai kena tebal. Orang yang nak ajak bergaduh memang ramai, tapi berapa ramai yang ajak kita tengok laut?

Kawan : Tapi kalau orang pijak kepala kita, takkan kita nak biar? Aku rasa konsep "biar orang buat kita, jangan kita buat orang" tu dah tak boleh guna pakai.

Aku     : Biar je. Kalau orang pijak kepala kau, kau buat tak tau saja, jalankan je hidup kau. Orang memang seronok pijak kepala kau, tapi lama-lama dia sendiri akan sakit hati. Lama-lama dia akan sedar, dia sebenarnya pijak kepala dia sendiri. Kita hidup ni kalau tak puas hati dengan hidup sendiri, marahlah diri sendiri, jangan pergi pijak-pijak kepala orang. Kenyang ke? Makan KFC lagi kenyang. Boleh jadi lagi kaya ke buat macam tu? Boleh dapat 4 flat setiap sem? Tapi mungkin juga diorang kenyang. Kenyang rasa puas. Tapi ke mana puas tu? Balik-balik ke diri diorang balik. Tuhan tak pernah mati. Dia tau cemana nak handle orang-orang macam tu. Orang-orang macam tu selalunya Tuhan jentik sikit je, melolong. Padahal dia buat kau, kemain. Kau diam je. Selebihnya serah pada Tuhan. 
            
Kawan : Kau okay?

Aku     : Ehh, aku pulak. Takkaaaaannnlah tak okay. Haha. Kau tu? Kalau kau ada benda tak terluah, tulis. Aku masa kat IPBA setiap tahun aku ada buku untuk tulis apa aku rasa sepanjang tahun. Aku tulis sebab aku rasa tak ada langsung orang paham aku masa tu. Kita tak happy tak apa, tapi kita jangan pergi pijak kepala orang, jangan cari gaduh dengan orang. Tu cara kita menangis. Bukan dengan air mata. Tapi menangis dalam buku kita tu. Tulis. Takyah lah asyik nak retweet quote A Walk To Remember apa benda tu. Jangan bagi nampak sangat. Biarlah orang taktau. Orang apa tau?

Kawan : Okay, Faa...




Monday, October 1, 2012

Antara Qhasidah dan gua...

Kawan : Sedapnya nama Qhasidah.

Gua      : Pernah dengar nama Shifa Sabarina?



Tiada jawapan.

Tiada jawapan.

Tiada jawapan.










Kenapa orang selalu tak nak kasi chan kat gua?