Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Sunday, September 2, 2012

Sang kuda cantik mengidam rerumput

Apabila si kuda cantik
Mengidam rerumput nan menghijau
Terintai-intai
Namun ada pagar buruk nan mereput
Menjadi penghalang

Besar kemungkinan
Akulah pagar itu

Dulu
Kau membiarkan rerumput itu
Sehingga dia rasa mual
Loya tentang sebahagian cerita hidup

Apakah kini
Setelah kau merasakan rerumput yang sedia ada itu
Tidak lagi rasi dengan tekak dan lidah kau
Maka kau harus kembali untuk rumput lama ini?
Yang pernah kau tinggalkan ini?
Kembali tagihkan kelazatan
Kembali mengulit kenangan manis
Yang pernah kau lalui dulu?

Memang aku ini
Pagar buruk
Yang semakin mereput
Tak tertanding dek kehebatan kau
Yang pernah sang rumput ceritakan pada aku
Ya, sang rumput pernah bercerita tentang kehebatan kau

Ini bukan pertandingan, wahai kuda cantik
Aku sendiri tak tersaing
Dengan kehebatan kau
Dengan keharmonian kenangan-kenangan lama kau
Ketika masih damai meragut rerumput itu

Tapi aku cuma mahu kau tau
Apa itu rasa hormat
Ya, rasa hormat, wahai kuda cantik
Sedang aku berusaha sebaik mungkin
Memagari rerumput yang menghijau itu
Melindunginya agar tidak lagi mual dan loya dengan dunia
Lalu kau kembali pula sebegini
Cuba-cuba mengintai rerumput
Yang aku lindungi itu

Jangan kerana kau terpijak dek rasa bersalah
Akan dosa tahun-tahun lalu
Lalu itu kau jadikan perisai
Untuk kembali menjengah
Terintai-intai
Sehingga menendang-nendang
Menyondol-nyondol
Sekeping hati pagar buruk ini?

Aku
Aku memang suka
Pura-pura dungu
Melihatkan kelibat kau
Aku memang gemar
Pura-pura bodoh
Konon tidak nampak
Pergerakan kau

Apakah kau lupa tentang karma?
Apa kau tidak takut dengan hentamannya?
Sedang aku percaya
Apa yang membuatkan kau kembali ini
Adalah kerana karma
Tidak serikkah kau?

Ini bukan pertandingan, wahai kuda cantik
Bukan pertandingan
Namun andai kau rela
Hidup bahagia meragut rerumput
Sedang aku ini kau robohkan
Maka teruskanlah
Teruskanlah

Sehingga karma
Sekali lagi menghentam kau...


No comments:

Post a Comment

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.