Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Tuesday, September 4, 2012

Kita Di Dalamnya...

Bilik itu cuma bilik kecil
Tidak mewah
Tiada perabot IKEA
Malah tingkap pun berkarat
Dan kita di dalamnya

Tapi sekarat-karat tingkap itu
Ya, tingkap besar dan berat itu
Dalamnya dilitupi kekainan langsir
Yang memerangkap debu-debu metropolis
Malah di tingkap itu jua
Matahari tidak segan-segan
Melampiaskan cahaya garangnya
Yang berjalur-jalur cuba menerobos masuk
Cuba menyedarkan aku dari lena

Namun
Yang paling bikin rindu memberontak
Dan menghenyak-henyak
Apabila aku tersasar dalam lena
Mata terbuka dek kerana
Adanya bau dan pergerakan kau
Bersama pandangan dan senyuman...

"KakFa ada kelas tak harini?"

Hampir tiga tahun
Tuhan tarik nikmat itu dari aku
Tapi aku tau
Tuhan belum kejam
Cerita kita takkan mati
Walau kau di Tanah Inggeris
Dan aku terperosok di Tanah Melayu ini...





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.