Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Friday, September 7, 2012

Dia dipanggil...

Dari semalam aku tertanya-tanya, kenapa aku rasa ada sesuatu dengan tarikh hari ni?

Sampaikan aku tak boleh nak tidur. Kerana aku yakin adanya sesuatu.

Dan tadi, aku buka kembali buku-buku nota berkulit hitam yang penuh dengan isi tulisan tentang dunia dan hidup ketika zaman belajar. Aku jumpa sesuatu yang aku tulis tentang tarikh itu.

Ya, 7 September 2007, hari Jumaat. Hari terakhir praktikum. Ada camping weekend tersebut, sekolah buat. Tapi aku yakin aku tidak mau pergi. Aku hanya mahu pulang dan pulang, bagai ada benda yang mahukan kepulangan aku minggu itu.

Pihak admins sekolah terus meminta dan meminta, namun aku tolak. Aku persyaitankan saja semuanya. Beli tiket dan pulang ke Kuantan. Dengan perasaan yang lain macam.

Ternyata, memang kepulangan dituntut minggu itu.

Berita sampai ke telingaku sesudah senja.

Anuar Rashidi yang ketika itu berumur 19 tahun, dipanggil oleh Tuhan.

Accident.

Dia bukan yang pertama dalam keluarga kami yang mati pada usia muda dengan cara begitu.

Aku paling lambat bangkit setelah dia selesai dikebumikan. Merenung tanah yang membukit mengambusi tubuhnya. Tahan-tahan air mata pun tak guna, akhirnya lengan longsleeves basah juga. Itu pun aku tidak ingat entah siapa yang tepuk-tepuk bahu aku, menyuruh aku bangkit dari persilaan dan pulang.

Balik IPBA, aku tak beritahu sesiapa. Entah berapa lama terkenang-kenang. Seminggu juga terkesat-kesat air mata lepas solat setiap kali membaca Yassin.

Kata mereka, mereka menjumpai puisi hasil tulisannya di kampus.

Puisi.

Puisi.

Aku cuma harap dia tidak melalui seperti mana yang aku lalui ketika zaman belajar. Yang mengakibatkan terhasilnya pelbagai nota dan puisi seumpama. Hanya kerana tiada tempat mengadu.

Dan setiap kali melalui kawasan perkuburan di bawah fly over itu, aku sayu.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.