Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Saturday, September 22, 2012

Luka di jari memang pedih rasanya, tapi.....

Jari gua ni, bila kena potong dek pisau, sakit dia tu takda lah sampai nak menangis.

Tapi petang semalam, ketika gua tengah drive melalui kawasan Permatang Badak, tetiba sebijik Ducati plat CAA potong kereta gua.

Tak gunaaaaaa...

Balik tu rasa nak menangis kunci diri dalam bilik.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, September 20, 2012

Normalnya hidup gua...

Gua sekarang setiap malam bukak youtube belajar teknik Muhammad Ali.

Setakat ni cermin keta penduduk Taman Guru dah banyak yang berderai.

*sarungboxingglovessambilangkatangkatkening*

Minggu-minggu terakhir di negeri Darul Fabulous ni, macam banyak benda tak bagi gua pergi.

Tapi gua peduli apa. Asalkan mak restu.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, September 13, 2012

Apa yang Cikgu Kamal kata pada tahun 1997

Tahun 1997
Kelas 6 Bestari
S.K. Sultan Abdullah


Dia tak mengajar kelas kami. Sekadar relief ketika itu.

Entah isu apa yang dibincangkan, aku tak ingat. Satu kelas paid attention masa dia bercakap kat depan.

Tapi yang aku ingat, bila tetiba dia kata :

"Orang kata ikut hati, mati. Tapi Shifa ni dia fikir guna hati."

Sambil pandang aku dan tersenyum.

Satu kelas tengok aku.

Ya, dia cikgu yang selalu buat aku menang tempat pertama segala pertandingan menulis puisi dan cerpen di sekolah ketika itu.

Dia cuma cikgu. Tapi daripada gaya aku menulis, dia tahu aku bagaimana.

Entah manalah dia sekarang...


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, September 12, 2012

Apabila bangun dari tidur...

Apabila bangun dari tidur
Realiti menggomol jiwa
Aku telah pun dikeluarkan
Dikeluarkan dari kotak itu
Agar beban diringankan
Ya, itu bahagian yang paling sukar...



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, September 10, 2012

Pengemis

Menjadi pengemis itu
Adalah suatu kepastian
Untuk kita semua
Malah ada sumpahannya tersendiri

Ada yang sudi membawa pulang
Dan dibiarkan tidak lagi mengemis
Dan ada pula
Setelah disambut kedatangannya
Diberi perhatian
Dilimpah kasih
Lalu disingkir pula
Apabila si pemberi tiada lagi daya untuk memberi

Lalu kembalilah
Menjadi pengemis
Sekadar memandang si pemberi
Yang terkulai layu
Tidak lagi berdaya...




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, September 7, 2012

Dia dipanggil...

Dari semalam aku tertanya-tanya, kenapa aku rasa ada sesuatu dengan tarikh hari ni?

Sampaikan aku tak boleh nak tidur. Kerana aku yakin adanya sesuatu.

Dan tadi, aku buka kembali buku-buku nota berkulit hitam yang penuh dengan isi tulisan tentang dunia dan hidup ketika zaman belajar. Aku jumpa sesuatu yang aku tulis tentang tarikh itu.

Ya, 7 September 2007, hari Jumaat. Hari terakhir praktikum. Ada camping weekend tersebut, sekolah buat. Tapi aku yakin aku tidak mau pergi. Aku hanya mahu pulang dan pulang, bagai ada benda yang mahukan kepulangan aku minggu itu.

Pihak admins sekolah terus meminta dan meminta, namun aku tolak. Aku persyaitankan saja semuanya. Beli tiket dan pulang ke Kuantan. Dengan perasaan yang lain macam.

Ternyata, memang kepulangan dituntut minggu itu.

Berita sampai ke telingaku sesudah senja.

Anuar Rashidi yang ketika itu berumur 19 tahun, dipanggil oleh Tuhan.

Accident.

Dia bukan yang pertama dalam keluarga kami yang mati pada usia muda dengan cara begitu.

Aku paling lambat bangkit setelah dia selesai dikebumikan. Merenung tanah yang membukit mengambusi tubuhnya. Tahan-tahan air mata pun tak guna, akhirnya lengan longsleeves basah juga. Itu pun aku tidak ingat entah siapa yang tepuk-tepuk bahu aku, menyuruh aku bangkit dari persilaan dan pulang.

Balik IPBA, aku tak beritahu sesiapa. Entah berapa lama terkenang-kenang. Seminggu juga terkesat-kesat air mata lepas solat setiap kali membaca Yassin.

Kata mereka, mereka menjumpai puisi hasil tulisannya di kampus.

Puisi.

Puisi.

Aku cuma harap dia tidak melalui seperti mana yang aku lalui ketika zaman belajar. Yang mengakibatkan terhasilnya pelbagai nota dan puisi seumpama. Hanya kerana tiada tempat mengadu.

Dan setiap kali melalui kawasan perkuburan di bawah fly over itu, aku sayu.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, September 5, 2012

Jisibi, Zila Bakarin dan Nora Danish.

Dengan memakai tshirt ACDC kaler biru gelap, aku membawa diri yang kurus kering ini ke teluk.

Lapar.

Beratur dengan harapan demi GCB.

Tapi...

Ternyata foldover jauh lebih sedap. Bagi aku. Ya, bagi aku.

Tapi yelah, kalau dah suka Zila Bakarin, apalah sangat Nora Danish tu.

Gituuu kan?

Tuesday, September 4, 2012

Kita Di Dalamnya...

Bilik itu cuma bilik kecil
Tidak mewah
Tiada perabot IKEA
Malah tingkap pun berkarat
Dan kita di dalamnya

Tapi sekarat-karat tingkap itu
Ya, tingkap besar dan berat itu
Dalamnya dilitupi kekainan langsir
Yang memerangkap debu-debu metropolis
Malah di tingkap itu jua
Matahari tidak segan-segan
Melampiaskan cahaya garangnya
Yang berjalur-jalur cuba menerobos masuk
Cuba menyedarkan aku dari lena

Namun
Yang paling bikin rindu memberontak
Dan menghenyak-henyak
Apabila aku tersasar dalam lena
Mata terbuka dek kerana
Adanya bau dan pergerakan kau
Bersama pandangan dan senyuman...

"KakFa ada kelas tak harini?"

Hampir tiga tahun
Tuhan tarik nikmat itu dari aku
Tapi aku tau
Tuhan belum kejam
Cerita kita takkan mati
Walau kau di Tanah Inggeris
Dan aku terperosok di Tanah Melayu ini...





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Rambut aku dan rambut dia

Sampai bila-bila pun
Aku tidak mungkin mampu
Memiliki rambut cantik beralun
Melepasi bahu
Seperti Takeshi Kaneshiro

Kerana aku percaya
Dia sendiri
Tidak mahu
Memiliki rambut seperti aku..




Sebenarnya nak test update blog guna henpon ni. Ya, aku selambat itu. Terima kasih.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, September 2, 2012

Sang kuda cantik mengidam rerumput

Apabila si kuda cantik
Mengidam rerumput nan menghijau
Terintai-intai
Namun ada pagar buruk nan mereput
Menjadi penghalang

Besar kemungkinan
Akulah pagar itu

Dulu
Kau membiarkan rerumput itu
Sehingga dia rasa mual
Loya tentang sebahagian cerita hidup

Apakah kini
Setelah kau merasakan rerumput yang sedia ada itu
Tidak lagi rasi dengan tekak dan lidah kau
Maka kau harus kembali untuk rumput lama ini?
Yang pernah kau tinggalkan ini?
Kembali tagihkan kelazatan
Kembali mengulit kenangan manis
Yang pernah kau lalui dulu?

Memang aku ini
Pagar buruk
Yang semakin mereput
Tak tertanding dek kehebatan kau
Yang pernah sang rumput ceritakan pada aku
Ya, sang rumput pernah bercerita tentang kehebatan kau

Ini bukan pertandingan, wahai kuda cantik
Aku sendiri tak tersaing
Dengan kehebatan kau
Dengan keharmonian kenangan-kenangan lama kau
Ketika masih damai meragut rerumput itu

Tapi aku cuma mahu kau tau
Apa itu rasa hormat
Ya, rasa hormat, wahai kuda cantik
Sedang aku berusaha sebaik mungkin
Memagari rerumput yang menghijau itu
Melindunginya agar tidak lagi mual dan loya dengan dunia
Lalu kau kembali pula sebegini
Cuba-cuba mengintai rerumput
Yang aku lindungi itu

Jangan kerana kau terpijak dek rasa bersalah
Akan dosa tahun-tahun lalu
Lalu itu kau jadikan perisai
Untuk kembali menjengah
Terintai-intai
Sehingga menendang-nendang
Menyondol-nyondol
Sekeping hati pagar buruk ini?

Aku
Aku memang suka
Pura-pura dungu
Melihatkan kelibat kau
Aku memang gemar
Pura-pura bodoh
Konon tidak nampak
Pergerakan kau

Apakah kau lupa tentang karma?
Apa kau tidak takut dengan hentamannya?
Sedang aku percaya
Apa yang membuatkan kau kembali ini
Adalah kerana karma
Tidak serikkah kau?

Ini bukan pertandingan, wahai kuda cantik
Bukan pertandingan
Namun andai kau rela
Hidup bahagia meragut rerumput
Sedang aku ini kau robohkan
Maka teruskanlah
Teruskanlah

Sehingga karma
Sekali lagi menghentam kau...