Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Monday, August 20, 2012

Kerana nama

Sedang manusia lain
Sibuk dengan derita sengsara
Dan suka bahagia mereka tentang raya
Aku setelah seminggu
Masih dihurung dugaan yang sama

Kata mereka
Sakit itu penghapus dosa kecil

Seminggu
Seminggu yang
Entahlah bagaimana untuk diceritakan

Cuma dalam konversasi-konversasi dengan Tuhan
Pada saban malam yang aku buntu
Dihenyak kerisauan dan keresahan
Buat pertama kalinya aku sekadar meminta
Agar tidak sia-sia
Nama Sabarina itu



Saturday, August 4, 2012

Koma jiwa



04082012
12:30 pm
Pantai Sepat


Di sini
Dengan t-shirt putih Nicaragua
Jeans hitam ini
Selipar ini
Bangku dan meja ini
Terkenang-kenang 16 Mei yang lalu
Yang mungkin tiada ulangannya lagi

Rindu mengheretku ke sini
Ya, aku rindu
Rindu yang dipendam-pendam
Rindu yang berat dan sarat
Sehingga ku koma jiwa

Tapi apalah maknanya
Jika rindu ini
Tiada salurannya
Tidak mampu dikhabarkan
Sekadar terpekup
Terbisu sendiri

Dimamah kesibukan duniawi...



Thursday, August 2, 2012

Persamaan bazar Ramadhan dan butik Zara untuk orang macam gua

Aku tak pernah lagi pergi mana-mana bazar kat Kuantan sejak mula puasa tahun ni. Tadi alang-alang ditugaskan membeli cendawan dalam tin di supermarket, tersinggah pula ke bazar yang setakat setapak dua tu.

Bila pergi bazar, tapi sekadar window shopping, cool jugak aku rasa. Tak payah beli apa-apa.

Sama macam korang masuk butik Zara, tapi keluar balik menelan liur tanpa membeli apa-apa.

Apalah sangat membazir masa window shoppping tu kan, kalau nak dibandingkan membazir duit beli makanan itu ini tapi tak perabih sampai sahur esok lusa.

Ke cemana?