Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Monday, July 30, 2012

Jemputan yang tak dimahukan

Memang sedih bila bukak ja facebook, notifikesyen keluar kemain banyak.

Tapi semuanya invitation main game itu ini.

Eh, kamonla. 

Gua atlet, gua tak main game-game facebook ni tawwwww.

Saturday, July 28, 2012

Cara orang tak berbini bukak posa

Online di salah satu CC di Pot Diksen ni, buat aku rasa nak makan nasik berlauk ja sambil online.

Nak log in pun macam merangkak menuju ke Parsi.

Ya, nak online sampai ke PD gua ni.

Anyways, dalam kesibukan orang Kontan bukak posa kat padang MPK depa tu, orang tak berbini macam gua bukak posa mengadap laut PD semalam.

Air bungkus sedap. Tiga bungkus RM 2.

Buat gua tak rindu Kontan langsung.

Thursday, July 26, 2012

Satu lagi perbezaan antara orang bujang dan orang dah berbini

Orang dah berbini seronoklah bini sediakan makanan kat rumah.

Orang macam aku, sejam dua sebelum waktu bukak posa, sibuk pergi usha bundle kat pasar malam.


Wednesday, July 25, 2012

Perbezaan konsep memerap dalam bilik bagi orang bujang dan orang berbini

Sedangkan orang bujang macam aku ni pun suka terperap dalam bilik

Inikan pulak orang yang dah berkahwin

Tak gitu?

Tuesday, July 24, 2012

Bini

Sedangkan isteri yang baik dan terpelihara dalam pelbagai aspek pun ada yang ditampar terajang, inikan pula isteri yang tak baik.


Dunia, dunia.

Tuesday, July 17, 2012

Seprais seprais seprais

Selama hidup, aku tak pernah suka surprise. Tak berminat.

Tapi dalam hidup kita ni, ada masa kita akan geli-geli gatal nak buat benda yang kita tak pernah suka tu.

Tak kiralah malam tu jalan congested seperti apa sekali pun, kerana dengar cerita Siti Nurhaliza juga turut serta di tengah-tengah bandar itu.



Kawan : Kau dah isyak?

Aku     : Dah
             Kau?

Kawan : Pun dah
              Blablablabla

Aku     : Blablablabla

Kawan : Okay
             Aku nak lepak dengan Hassan ni
             Nak gerak dah



Sebelah pipi sedikit terangkat, namun aku hanya mampu reply "Okay."

Aku garu-garu kepala, mengerutkan wajah, membayangkan kesedapan isi kotak merah resepi rahsia itu.

Lalu aku, membuat keputusan untuk menonton video yang tersimpan di dalam laptop sahaja.

Video Sepah Maharaja Lawak.




Memang patutlah selama ni aku tak suka surprise.


Monday, July 16, 2012

Manusia menilai

Benda ni macam sinus.

Bezanya cuma mild atau tidak.

Thursday, July 12, 2012

Benda aironik

Antaranya ialah selama aku jadi kutu rayau ni, duit pun ada tak ada je dalam wallet.

Tapi tetap juga ada yang sudi-sudi nak buat loan dari aku.

Bukan seorang dua. Malah lebih.

Mungkin juga pada setiap muka depan tshirt bundle yang aku pakai tu, ada tertulis :

Fafa ni kutu rayau kaya. Dalam setiap lima akaun banknya ada wang enam angka.

Sedang ketika aku berhari-hari tidur dalam kereta, menjadi pelarian, tak ada pula yang sudi-sudi bertanya cukup duit ke tidak aku ni.

Itulah yang aironik nya. Aironik, bukan erotik.

Kalau erotik, yang ini :



Okay?

Tuesday, July 10, 2012

Dari syurga ke neraka...

Suatu ketika dulu
Tempat itu
Pernah menjadi syurga buatku
Asal berjauhan
Aku pasti dihenyak rasa
Ingin kembali segera
Ke situ

Suatu ketika dulu
Nafas
Nadi
Jiwa
Perasaan
Kehidupan
Kukubukan di situ
Demi senyuman
Kebanggaan
Dan kelegaan kepala-kepala penghuninya
Sedang aku sendiri
Compang-camping perasaanku

Ya
Aku tau
Hukum Tuhan tetap hukum Tuhan

Namun aku
Kini diam-diam
Cuba menjengah
Neraka di sebelah sana...



Monday, July 9, 2012

Mata keranjang

7 Julai 2012
McD Kuala Terengganu

Mengecaj blekberi masing-masing. Nanti dah takda tempat nak caj.

Sekumpulan minah-minah saleh cantik nan hot sedang berkumpul di meja bertentangan, tidak jauh dari kami. Dengan backpacks di lantai. 

Traveller

Macam kami. Eh, konon.

Tau je lah aku kan. Kalau dah nampak pempuan cantik.



Dia : Mata kau tuuuu....

Aku : Apaaa?? (sambil sengih-sengih)

Dia : Macamlah aku tak tau.

Aku : Okay, okay. Lepas ni aku tak tengok pempuan cantik dah. Aku tengok lelaki je.

Dia : Eeehhhhh....







Tuesday, July 3, 2012

Ribut menggila dalam jiwa

Apabila
Ribut dunia
Mengelabui ribut jiwa
Diam-diam aku berharap
Sesampainya aku di pantai nanti
Akan ada tsunami buas
Membaham dan menelanku
Supaya aku pergi dari sini
Lalu tidak lagi
Menjadi bebanan isi dunia.