Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Wednesday, June 13, 2012

Kalau nak cerita tentang hidup...

Kalau nak cerita tentang hidup
Hidup ini memang sentiasanya kejam
Menghenyak perasaan
Merapuhkan kekuatan
Dan ada kalanya
Membuatkan kita
Malas untuk hidup

Kalau nak cerita tentang hidup
Aku kadang-kadang tertanya
Di mana agaknya
Tuhan simpan kegembiraan
Dan kebahagiaan
Untuk marhaen seperti aku

Seperti kata datin
Kita tidak tahu
Sesetengah orang mungkin permulaan hidupnya
Tidak baik
Tetapi pengakhirannya baik
Dan mungkin sesetengah orang permulaan hidupnya
Baik
Tetapi pengakhirannya tidak baik

Mungkinkah pada umur sebegini
Pada umur hampir 27 tahun begini
Sudah terlalu lewat untuk aku
Memberontak?
Menggelicai inginkan hidup sendiri
Kerana telah tertinggal fasa
Yang mana aku seharusnya bebas
Memilih jalan dan hidup sendiri
Ya, fasa itu
Yang hilang entah ke mana
Kerana akurnya kepada yang lebih berhak

Mungkin sampai nanti suatu masa
Datin kesal punya anak seperti aku
Yang dulunya tidak pernah mengecewakan
Tetapi kini
Semakin menghampakan

Kalau nak cerita tentang hidup
Hampir setiap hari
Sejak lapan tahun yang lalu
Aku bertanya soalan yang sama
Yang jawapannya
Entahlah di mana

Kalau nak cerita tentang hidup
Hidup?
Mana?
Mana hidup aku?
Jujurnya aku tidak nampak ia
Sejak hampir sedekad lalu

Kalau nak cerita tentang hidup
Mungkin salah untuk aku
Memberontak pada usia sebegini
Tetapi
Kalau kau menjadi aku
Aku yakin
Kalian sendiri mahu mencari
Di mana kunci
Untuk pasung-pasung
Yang terikat di kaki dan tangan...

1 comment:

  1. jangan bercerita tentang hidup
    sebab kau sendiri pun tidak tahu kemana
    hala tuju,tunggang langgang hidup

    ReplyDelete

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.