Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Friday, June 29, 2012

Kereta bukanlah meja makan.

Apa yang aku belajar hari ni ialah macam mana sedap sekali pun karipap yang dijual oleh makcik di tepi jalan, bagaimana kebulur sekalipun anda, jangan makan sambil drive kereta.


Berlemir-lemir steering kereta.


Dalam kereta bukannya ada button boleh keluarkan sink siap sabun sekali.

Thursday, June 28, 2012

Antara gig dan akad nikah.

Lega yang amat apabila adik aku tangguhkan tarikh akad nikah dia.

Maka dapatlah aku pergi gig Sabtu tu.

Wakaka.

Wednesday, June 27, 2012

Kembang tekak, tak siapa peduli. Gituuu kan.

Aku dalam bilik datin. Menerai baju. Saja-saja takdak kerja kan. Sebabnya, bilik datin ada cermin besar.

Aku dengar henpon siapa entah, membising di hall. Lagu omputeh.

Aku bukan boleh bising-bising ni. Aku keluar dan mencari.

Henpon adik aku. Mesej gamaknya. Dia entah ke mana.

Aku cuba tekan keypad henpon tersebut, tapi lagu omputeh itu tetap ada.

Ohh, Nokia. 

Nak kena unlock keypad dulu.

Aku pun try la unlock kan.

Lalu, henpon diam.

Di skrin terpampang.

Text message from : Baby Mucuk

Adik aku keluar dari biliknya.

Aku cepat-cepat pusingkan badan dan melangkah. 

Konon-konon aku sekadar lalu-lalang di situ secara normal.

Baby Mucuk?

Okay.

Baby Mucuk??

Okay.

Tak okay.

Kembang tekak.



Tuesday, June 26, 2012

Matinya satu kesayangan Nabi

25 Jun 2012
12.30 pm

Aku ambil masa sejam
Meraung-raung panggil nama dia
Pegang tangan dia
Pegang kaki dia
Bertanya kenapa dia mesti mati
Menyuruh dia bangun
Mengharap dia tidak mati

Kalau
Bagaimana lambat sekalipun
Aku dihantar ke syurga
Kerana terhukum lama di neraka
Aku berharap
Sesampai saja di syurga nanti
Dia menunggu di situ
Penuh setia
Kerana aku yakin
Tuhan tentu memahami.


Thursday, June 21, 2012

Disuntik rasa, disengat kasih.

Apabila
Dua pahlawan kental
Berdarah Jawa
Makan durian di tepi lebuh raya
Berkongsi rasa
Tentang bezanya durian-durian tertentu

Tapi Tuhan tentu lebih tahu
Bukan saja perihal durian yang dikongsi rasa
Tapi juga
Tentang hidup
Yang durinya
Sudah tentu lebih tajam

Namun apabila
Disuntik rasa
Disengat kasih
Dos dan bisanya itu
Menjadikan aku
Tidak takut
Berdepan dunia.







Kadang-kadang, nak tak nak kita kena akui, ada betulnya apa yang Anuar Zain nyanyikan tentang "Sedetik Lebih" tu.


Wednesday, June 20, 2012

Hamba

Hidup ni patutnya jadi hamba Tuhan
Tapi silapnya apabila
Terpaksa jadi hamba orang juga.

Friday, June 15, 2012

Kalau nak bercakap tentang harapan...

14 Jun 2012
2:37 pm
Di hadapan lobi bangunan KOMTUR, Kuantan


Kalau nak bercakap tentang harapan
Kita tersedak di situ
Menyedari betapa 
Kabutnya masa depan

Kalau nak bercakap tentang harapan
Diam-diam kita tertunduk lesu
Menyedari betapa
Kejamnya dunia yang meminta-minta

Kalau nak bercakap tentang harapan
Jauh, jauh, jauh dalam hati
Kita akui
Itu yang kita mahukan

Namun
Tak salah kita berharap
Bersama kepilan doa
Kerana aku yakin Tuhan tentu faham
Bahawa kita
Bagai ternampak-nampak
Jaluran cahaya di hujung jalan...


Wednesday, June 13, 2012

Kalau nak cerita tentang hidup...

Kalau nak cerita tentang hidup
Hidup ini memang sentiasanya kejam
Menghenyak perasaan
Merapuhkan kekuatan
Dan ada kalanya
Membuatkan kita
Malas untuk hidup

Kalau nak cerita tentang hidup
Aku kadang-kadang tertanya
Di mana agaknya
Tuhan simpan kegembiraan
Dan kebahagiaan
Untuk marhaen seperti aku

Seperti kata datin
Kita tidak tahu
Sesetengah orang mungkin permulaan hidupnya
Tidak baik
Tetapi pengakhirannya baik
Dan mungkin sesetengah orang permulaan hidupnya
Baik
Tetapi pengakhirannya tidak baik

Mungkinkah pada umur sebegini
Pada umur hampir 27 tahun begini
Sudah terlalu lewat untuk aku
Memberontak?
Menggelicai inginkan hidup sendiri
Kerana telah tertinggal fasa
Yang mana aku seharusnya bebas
Memilih jalan dan hidup sendiri
Ya, fasa itu
Yang hilang entah ke mana
Kerana akurnya kepada yang lebih berhak

Mungkin sampai nanti suatu masa
Datin kesal punya anak seperti aku
Yang dulunya tidak pernah mengecewakan
Tetapi kini
Semakin menghampakan

Kalau nak cerita tentang hidup
Hampir setiap hari
Sejak lapan tahun yang lalu
Aku bertanya soalan yang sama
Yang jawapannya
Entahlah di mana

Kalau nak cerita tentang hidup
Hidup?
Mana?
Mana hidup aku?
Jujurnya aku tidak nampak ia
Sejak hampir sedekad lalu

Kalau nak cerita tentang hidup
Mungkin salah untuk aku
Memberontak pada usia sebegini
Tetapi
Kalau kau menjadi aku
Aku yakin
Kalian sendiri mahu mencari
Di mana kunci
Untuk pasung-pasung
Yang terikat di kaki dan tangan...

Tuesday, June 12, 2012

Keruh air di lopak...

Aku dah kata...

Keruh air di lopak,
Aku cuma ingin tahu apa di dasarnya.

Manalah tahu kalau-kalau
Tawas sakti ni mampu menjernihkan
Tak banyak pun, sikit jadilah...







Eh, eh, bermadah pulak kita ni...


Wednesday, June 6, 2012

Gurau kasar dan gurau halus

2 Jun 2012
Jasin yang panas membahang.

Aku mesej datin, memberitahu aku telah sampai ke Jasin.

"Mak, dah sampai Melaka, dah jumpa rumah Ain, tapi nak pi cari pisau pencincang dulu."

Ceritanya, itu untuk hadiah kawin Ain. Seketul parang potong ayam dan chopping board.

Setelah menjumpai bendanya, sibuk membungkus hadiah untuk Ain yang menjadi bini orang. Bungkus hadiah dalam kereta. Dengan sang dia.

Barulah datin reply mesej.

"Okay. Kenapa la tak beli kat sini?"

Aku jawab pendek ja, memandangkan bizi balut hadiah dalam kereta.

"Orang lupa la, mak. Lupa. Dah tua."

"Kalau dah tua kena la kawin cepat."








Tu gurau secar kasar ke secara halus tu?