Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Thursday, May 3, 2012

Kaya

Hari Buruh yang lalu, aku bekerja. Demi bersuap-suap nasik.

Mendapat mesej daripada seorang bini orang ni. Katanya nak jumpa masa aku break hour, dia memerlukan bahu untuk mengadu.

Ya, dia dan masalah rumah tangganya. Dengan suami yang tak bertanggungjawab dari segala aspek. Aku yakin bukan aku saja yang mahu lihat mereka bercerai. Malah kawan-kawan yang lain juga. Siapa antara kami yang tak mahu membunuh, membakar lalu menanam mayat lelaki durjana itu di ladang sawit? Yang tu nanti lain hari aku cerita.

Kuantan jammed ya ampun pada hari itu. Buruh-buruh yang bercuti keluar berjimba.

Dia bawak aku makan nasik berlauk di tepi pasar. Aku layankan saja, sambil menjadi kaunselor.

Balik malam tu aku tengok dia rupa-rupanya ada post sesuatu di wall facebook aku. Dia post sebelum kami berjumpa tengah hari itu agaknya.

"Mahu ketemu kamu. Kapan senang?"

Nyatanya, aku komen :

"Kan dah jumpa tadi. Dah terlepas rindu di dada tu? Jangan malam ni dok terkenang-kenang aku. Siapalah aku ni, bukan duda kaya pun kan."

Lalu dia komen juga :

"Kamu kaya hati. That's enough for me."






Entahlah.

Bila hidup tengah sebegini, bila dengar orang bercakap yang baik-baik tentang kita, aku akui jadi sejuk hati.

Sama ada bini orang tu sekadar bermulut manis, aku tak tau.

Tak guna pun dia bermulut manis dengan aku. Macam yang aku katakan tadi, aku bukan duda kaya pun.

Sama-sama perempuan kot.

Ha-ha-ha-ha-ha!

Okay, tak kelakar.


No comments:

Post a Comment

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.