Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Monday, May 28, 2012

Kau boleh jadi macam Hang Tuah?

Beberapa hari yang lalu, aku kidnap bini orang dari office dia, dan bawak dia bersiar-siar. Eh, kata orang Kuantan. Kenalah handal bab kidnap-mengkidnap ni kan?

Dalam kereta, entah macam mana, terkeluar isu kereta auto dan manual.

Bini orang : Eh, tapi orang kata, kalau perempuan bawak kereta manual, kira cool la eh?

Aku        : Memang la. Kau tengok Dila, dia dok KL, bawak kereta manual. Office pulak tengah-tengah bandar tu haa. Relax ja dia.

Bini orang : So, kira aku ni cool la eh?

Aku        : Boleh la. Sebab tu lah orang yang bawak kereta manual, tak semua la, tapi ada yang aku tau, diorang kutuk orang bawak kereta auto ni. Kira tak hebat la, tak cekap, tak cool.

Bini orang : Laa, ye ke? Ada ke yang kutuk macam tu?

Aku        : Ada, memang ada. Banyak ja aku jumpa. Tapi, bagi aku, kita bergerak ikut peredaran teknologi. Aku nak tanya, rumah kau pakai dapur arang ka dapur moden?

Bini orang  : *ketawa*

Aku           : Sebab tu kalau orang yang dok kutuk driver auto ni, aku tanya soalan tu. Kalau betul kau nak adventure, nak cekap, nak hebat, guna la dapur arang. Hebat tuuuuu. Haaaa....

Bini orang : *ketawa lagi* Kau ni kan, ada je nak jawab kan?

Aku     : Ya lah, orang yang bukan multi-tasker macam aku ni, aku mampu drive auto ja kot. Kita kemampuan mana sama. Berbeza-beza. Dah teknologi ada sediakan benda hat lagi mudah, aku redah je lah.

Bini orang : *ketawa* Tapi ye lah kan.

Aku          : Kalau nak cita pasal cool tak cool, hebat tak hebat, Hang Tuah dulu jalan kaki ja dari Melaka nak kidnap Tun Teja. Laki kau dulu masa nak minang kau, ada dia jalan kaki? Ada??

Bini orang : Yelah, Faaaaaa..... *ketawa sambil memandang ke luar tingkap kereta*






Aku rasa kalau Hang Tuah ada zaman sekarang ni pun, dia takdak hal lah nak drive kereta auto pun. 

Bukan setakat boleh kidnap Tun Teja, malah lebih senang nak kidnap Rozita Che Wan mahupun Neelofa.

Eh, takkan hilang Melayu di dunia kalau setakat drive kereta auto ni tawwwww...


No comments:

Post a Comment

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.