Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Wednesday, May 2, 2012

Antara redha dan pasrah, kata ustazah itu.

Beberapa minggu lalu, bermesej dengan seorang kawan rapat yang di kejauhan. Bertanya khabar dan bercerita sedikit-sedikit apa yang sedang berlaku dalam hidup aku. Ya, setahun lebih tak jumpa. 

Cuma secara jujurnya, cerita aku banyak tak clear. Aku memilih sebegitu kerana aku tak mahu dia risau.

Dia : Banyak benda kau tak cerita dengan aku, Ngah. Kenapa tak cerita? Sedih aku.

Aku : Aku banyak kekangan sekarang, bukan aku tak nak cita. Takpa, nanti aku pi Shah Alam, aku cita semua kat kau, tak tinggal satu pun. Biaq kau sendiri menangis dengaq cita aku. Haaaa....

Dia : Nanti datang sini cerita semua kat aku tau.

Aku : Ya, aku cita nanti. Takpa, memang hidup aku tengah susah la ni, tapi aku bahagia ja. Ujian datang macam-macam, tapi aku tetap rasa bahagia. 

Seminggu kemudian, aku sarapan pagi seorang diri di meja makan, sambil menekan-nekan button pada remote control tv.

Sebenarnya masa tu ada drama kat TV3, ada Remy Ishak pulak tu. Mana lah patut tukar channel lain kan? Tapi tiba-tiba ja entah kenapa, aku rasa nak tukar TV9.

Seorang ustazah tengah bagi tazkirah. Aku baca tajuk dia : Antara Redha dan Pasrah.

Paling aku ingat ustazah tu kata :

"Pernah tak kita ni bila Allah bagi ujian, kita rasa bahagia? Ya Allah, aku sedang diuji oleh Allah ni, bahagianya aku rasa. Ni Allah tengah uji ni, tapi bahagianya kita rasa."

Aku sumbat makanan ke dalam mulut.

Bersama senyuman.






Kuasa Tuhan, ada ka tandingan?



4 comments:

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.