Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Wednesday, May 30, 2012

Isu-isu yang boleh mengundang kesenyapan ketika sesi bersidang dengan rakan-rakan

Selalunya bila melepak dengan rakan-rakan, kalau dah Mani, Soleh dan Hazan bukak cerita pasal bola, aku memang akan diam. Kalau ajak cita pasal bola 12 tahun dulu, aku boleh turut serta merespon. Kini tidak lagi. 

Aku hanya si kutu rayau yang banyak menghabiskan masa menulis di tepian pantai. Eh, eh, bermadah pulak kita ni.

Tapi, ada lagi tiga isu yang sekiranya dikeluarkan oleh rakan-rakan, maka itu akan mengundang kesenyapan di pihak aku.


  1. Politik
  2. Jodoh
  3. Travelling

Aku hanya layak membelek henpon sambil membaca tweet dan juga status BBM orang lain. 


Monday, May 28, 2012

Kau boleh jadi macam Hang Tuah?

Beberapa hari yang lalu, aku kidnap bini orang dari office dia, dan bawak dia bersiar-siar. Eh, kata orang Kuantan. Kenalah handal bab kidnap-mengkidnap ni kan?

Dalam kereta, entah macam mana, terkeluar isu kereta auto dan manual.

Bini orang : Eh, tapi orang kata, kalau perempuan bawak kereta manual, kira cool la eh?

Aku        : Memang la. Kau tengok Dila, dia dok KL, bawak kereta manual. Office pulak tengah-tengah bandar tu haa. Relax ja dia.

Bini orang : So, kira aku ni cool la eh?

Aku        : Boleh la. Sebab tu lah orang yang bawak kereta manual, tak semua la, tapi ada yang aku tau, diorang kutuk orang bawak kereta auto ni. Kira tak hebat la, tak cekap, tak cool.

Bini orang : Laa, ye ke? Ada ke yang kutuk macam tu?

Aku        : Ada, memang ada. Banyak ja aku jumpa. Tapi, bagi aku, kita bergerak ikut peredaran teknologi. Aku nak tanya, rumah kau pakai dapur arang ka dapur moden?

Bini orang  : *ketawa*

Aku           : Sebab tu kalau orang yang dok kutuk driver auto ni, aku tanya soalan tu. Kalau betul kau nak adventure, nak cekap, nak hebat, guna la dapur arang. Hebat tuuuuu. Haaaa....

Bini orang : *ketawa lagi* Kau ni kan, ada je nak jawab kan?

Aku     : Ya lah, orang yang bukan multi-tasker macam aku ni, aku mampu drive auto ja kot. Kita kemampuan mana sama. Berbeza-beza. Dah teknologi ada sediakan benda hat lagi mudah, aku redah je lah.

Bini orang : *ketawa* Tapi ye lah kan.

Aku          : Kalau nak cita pasal cool tak cool, hebat tak hebat, Hang Tuah dulu jalan kaki ja dari Melaka nak kidnap Tun Teja. Laki kau dulu masa nak minang kau, ada dia jalan kaki? Ada??

Bini orang : Yelah, Faaaaaa..... *ketawa sambil memandang ke luar tingkap kereta*






Aku rasa kalau Hang Tuah ada zaman sekarang ni pun, dia takdak hal lah nak drive kereta auto pun. 

Bukan setakat boleh kidnap Tun Teja, malah lebih senang nak kidnap Rozita Che Wan mahupun Neelofa.

Eh, takkan hilang Melayu di dunia kalau setakat drive kereta auto ni tawwwww...


Sunday, May 27, 2012

Antara blog hilangpunca dan punca ditemui...

Satu malam, aku drive kereta. Ya, kereta mak, aku pinjam. Kutu rayau macam aku ni, mana la ada kereta.

Dia di sebelah.


Dia : Aku rasa, kalau Pipiyapong punya blog tu "hilangpunca", kita ni dah boleh buat satu blog. Tajuk dia "Punca Ditemui".

Aku cuba pandang dia, walaupun tengah sibuk drive. Dan dia memang sedang memandang, sambil tersenyum-senyum simpul, penuh makna.

Aku?

Takkaaaaaaaannn la tak senyum kan.

Eh eh eh.


Monday, May 14, 2012

Resahnya seorang makhluk. Tajuk nak kena over dramatik ja kan?

Konsep konversasi blekberi mesenjer.


Seminggu yang lalu...

Dia : Aku boleh terima kau takdak breast
        Tapi aku tak bleh terima kau takdak nyawaaaa
        Aku tak bersedia
        =(

Aku : Benda tak confirm lagi la
         Takdak apanya
         Jangan risau eh eh





Seminggu kemudian...


Dia : Kau dah kat mana tu?

Aku : Level 3, building baru ni

Dia : HTAA?

Aku : Ha'ah
         Aku takut

Dia : Sini aku peluk

Aku : Ada sorang makcik ni
         Dia cita
         Dia takmau buat kimo
         Dia kata dia redha ja
         Dia kata dia dah tua
         Dia takmau buat kimo

Dia : Langgar ja, k
        Kau muda lagi
        Demi kesihatan
        Nanti boleh jaga datin
        Boleh jaga jeneral
        Kita boleh pergi jalan-jalan



Dan, sudah tentu keresahan tu tak habis di situ saja.



Thursday, May 3, 2012

Kaya

Hari Buruh yang lalu, aku bekerja. Demi bersuap-suap nasik.

Mendapat mesej daripada seorang bini orang ni. Katanya nak jumpa masa aku break hour, dia memerlukan bahu untuk mengadu.

Ya, dia dan masalah rumah tangganya. Dengan suami yang tak bertanggungjawab dari segala aspek. Aku yakin bukan aku saja yang mahu lihat mereka bercerai. Malah kawan-kawan yang lain juga. Siapa antara kami yang tak mahu membunuh, membakar lalu menanam mayat lelaki durjana itu di ladang sawit? Yang tu nanti lain hari aku cerita.

Kuantan jammed ya ampun pada hari itu. Buruh-buruh yang bercuti keluar berjimba.

Dia bawak aku makan nasik berlauk di tepi pasar. Aku layankan saja, sambil menjadi kaunselor.

Balik malam tu aku tengok dia rupa-rupanya ada post sesuatu di wall facebook aku. Dia post sebelum kami berjumpa tengah hari itu agaknya.

"Mahu ketemu kamu. Kapan senang?"

Nyatanya, aku komen :

"Kan dah jumpa tadi. Dah terlepas rindu di dada tu? Jangan malam ni dok terkenang-kenang aku. Siapalah aku ni, bukan duda kaya pun kan."

Lalu dia komen juga :

"Kamu kaya hati. That's enough for me."






Entahlah.

Bila hidup tengah sebegini, bila dengar orang bercakap yang baik-baik tentang kita, aku akui jadi sejuk hati.

Sama ada bini orang tu sekadar bermulut manis, aku tak tau.

Tak guna pun dia bermulut manis dengan aku. Macam yang aku katakan tadi, aku bukan duda kaya pun.

Sama-sama perempuan kot.

Ha-ha-ha-ha-ha!

Okay, tak kelakar.


Wednesday, May 2, 2012

Antara redha dan pasrah, kata ustazah itu.

Beberapa minggu lalu, bermesej dengan seorang kawan rapat yang di kejauhan. Bertanya khabar dan bercerita sedikit-sedikit apa yang sedang berlaku dalam hidup aku. Ya, setahun lebih tak jumpa. 

Cuma secara jujurnya, cerita aku banyak tak clear. Aku memilih sebegitu kerana aku tak mahu dia risau.

Dia : Banyak benda kau tak cerita dengan aku, Ngah. Kenapa tak cerita? Sedih aku.

Aku : Aku banyak kekangan sekarang, bukan aku tak nak cita. Takpa, nanti aku pi Shah Alam, aku cita semua kat kau, tak tinggal satu pun. Biaq kau sendiri menangis dengaq cita aku. Haaaa....

Dia : Nanti datang sini cerita semua kat aku tau.

Aku : Ya, aku cita nanti. Takpa, memang hidup aku tengah susah la ni, tapi aku bahagia ja. Ujian datang macam-macam, tapi aku tetap rasa bahagia. 

Seminggu kemudian, aku sarapan pagi seorang diri di meja makan, sambil menekan-nekan button pada remote control tv.

Sebenarnya masa tu ada drama kat TV3, ada Remy Ishak pulak tu. Mana lah patut tukar channel lain kan? Tapi tiba-tiba ja entah kenapa, aku rasa nak tukar TV9.

Seorang ustazah tengah bagi tazkirah. Aku baca tajuk dia : Antara Redha dan Pasrah.

Paling aku ingat ustazah tu kata :

"Pernah tak kita ni bila Allah bagi ujian, kita rasa bahagia? Ya Allah, aku sedang diuji oleh Allah ni, bahagianya aku rasa. Ni Allah tengah uji ni, tapi bahagianya kita rasa."

Aku sumbat makanan ke dalam mulut.

Bersama senyuman.






Kuasa Tuhan, ada ka tandingan?