Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Thursday, April 19, 2012

Sekali-sekala cubalah belajar masuk dalam kasut orang lain...

Bertahun-tahun dahulu. Seorang kawan perempuan. Putus cinta.

Seperti cerita-cerita kecewa biasa, dia datang kepada aku. Bersama pakej air mata.

Kebetulan seorang kawan lain turut berada bersama aku.

Aku : Sabar weh. Tuhan tau apa Dia buat ni. Dia nak kau belajar dari situ. Aku tau kau sedih, aku tau susah, tapi lama-lama kau akan move on. Walaupun nak menunggu masa kau betul-betul move on tu, aku tau payah.

Si putus cinta : Aku tak boleh, Faaa... Aku tak boleh kalau dia tak ada. Selama ni dia ada dengan aku, tapi tiba-tiba tak ada, aku tak boleh, Faaa... Aku dah biasa ada dia, aku tak boleh, Faaaa...

Aku : Ya, aku tau susah. Tapi kau kena jugak lawan balik. Kau kena belajar survive bila dia tak ada. Aku tau kau surely akan teringat macam-macam nanti, tapi kau kena lawan balik. Perisai kena tebal, pedang kena tajam. Benda nak kena lawan perasaan ni lah benda paling susah, aku tau tu.

Si putus cinta : Aku sedih, Faaa... Kenapa jadi macam ni? Aku tak boleh, Faaa...

Kawan : Weh, sabarlah. Tak payah la nak ingat laki macam tu. Tak guna pun. Sebelum kau kenal dia pun, kau boleh je hidup. Ni tiba-tiba dia tak ada, dah kau tak boleh hidup? Tak pahamlah aku.

Si putus cinta masih berderai air mata. Hati aku ada gaya diperhangat masa tu.

Aku : Kawan, karang jom teman aku pergi Midvalley. Kita naik LRT sampai Sentral, lepas tu ambik komuter pergi sana.

Kawan : Eh, takkan nak naik LRT peak hour macam ni? Sesak gila. Lepas tu sampai Sentral tu, kau bukan tak tau komuter tu lembab gila sampainya. Dengan orang ramai lagi sesak dalam tu. Kita naik kereta aku je lah, senang. Tak payahlah kita nak kena jalan kaki sampai Kerinchi, nak kena berhimpit lagi dengan orang. Ish.

Aku : Laaa, dulu boleh je kita macam tu? Sebelum kau bawak kereta datang sini, kan kita selalu je buat macam tu? Kenapa pulak sekarang tak boleh?

Kawan : Alaa, kita naik je lah kereta. 

Aku : Sebab apa? Sebab kau dah biasa naik kereta pergi Midvalley kan sekarang? Dulu masa tak ada kereta?



Masa tu aku patut install bunyi cengkerik ja kan kan?



Hidup. Kena cuba-cuba masuk dalam kasut orang kadang-kadang. Bukan sebab nak tau cantik ke tak, padan ke tak dengan kaki kita.

Tapi nak tau kat dalam tu rasa dia macam mana.


3 comments:

  1. bukankah naik kete tu mudah, bukankah single itu mudah...jalan mesti ke depan, bukan ke belakang

    ReplyDelete
  2. Persoalannya, kenapa ada gear reverse dalam kereta? Sebab benda tu perlu untuk seketika. Sampai masa straight ja la. Tapi benda tu wujud, sebab apa? Sebab memang ada keperluan kan? Kena reverse jugak kadang-kadang. Tengok belakang mana yang perlu. Normal ja ada orang hat terlanggar kereta orang masa reverse kan?

    Kita tak buleh senang-senang nak kata apa yang orang harungi tu mudah.

    Kita kalau lalui apa dia lalui pun, belum tentu buleh okay.

    ReplyDelete
  3. aku pun slalu ingatkan org pasal masuk2 kasut org ni...tp kadang2, tuan punya kasut pun tak dapat nampak dunia luar sbb asyik dengan kasutnya saja..masa tu la kita mesti ingatkan tuan kasut, dia patut berkata begitu (aku tak boleh hidup tanpa dia) bila dia bermaksudkan Allah...sbb manusia cuma tidak dapat hidup tanpa Allah..bukan manusia lain..dulu pun aku ada kawan sedih2 macam ni, n i told her exactly that "u should watch what ure saying--boleh jadi syirik", even tho thats not what she wanted to hear...

    ReplyDelete

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.