Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Wednesday, April 11, 2012

Darjat, hati manusia dan doa.

Seorang kawan aku ni, aku pernah selitkan ceritanya dalam satu entri. Tentang cinta terhalangnya. Kerana darjat.

Ya, kerana perbezaan darjat. Taraf hidup.

Aku masih ingat bagaimana gundahnya hati mereka. Sama-sama dirundung kesedihan kerana family kawan aku ni terlalu amat susah sekali nak terima lelaki itu. Sehinggakan emaknya memberikan kata dua, siapa yang harus kawan aku ini pilih. Mak ayah atau lelaki itu. 

Ya, perit di situ.

Ketika itu saban hari aku menerima panggilan jauh daripadanya, menangis-nangis kehibaan. 

Dan lelaki itu pernah beberapa kali mengadu kepada aku, dia takkan sia-siakan kawan aku tu. Dia akan usaha untuk sama-sama redahkan semua itu. 

Ya, kalaulah aku mampu melakukan yang hebat-hebat, maka aku akan cuba buat sampai mereka berjodoh juga. Kalaulah, ya kalaulah....

Yang mampu aku buat ketika itu cuma bagi semangat. Bagi motivasi. Dan menyuruh mereka agar jangan sesekali berhenti berdoa. Kerana sesungguhnya doa mampu merubah apa sahaja.

Dan, semalam kawan aku ini memberitahu aku di mesej facebook, keluarganya dah boleh menerima boyfriendnya. Fasa seterusnya mungkin akan muncul bila-bila masa saja.

Aku senyum saja sambil membalas mesejnya.

Anak sungai lagikan berubah, ini kan pula hati manusia.

I'm the happiest friend alive, like seriously.

Aku harap Tuhan sambung lagi nyawa aku, sampai aku boleh tengok kau dan dia saling sama memandang, tersenyum sah. 

Itu doa aku, untuk kau, kawan.


1 comment:

  1. i may look cool..but deep n my heart i miss you buddy..... thanks a lot... =)

    ReplyDelete

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.