Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Thursday, April 19, 2012

Sekali-sekala cubalah belajar masuk dalam kasut orang lain...

Bertahun-tahun dahulu. Seorang kawan perempuan. Putus cinta.

Seperti cerita-cerita kecewa biasa, dia datang kepada aku. Bersama pakej air mata.

Kebetulan seorang kawan lain turut berada bersama aku.

Aku : Sabar weh. Tuhan tau apa Dia buat ni. Dia nak kau belajar dari situ. Aku tau kau sedih, aku tau susah, tapi lama-lama kau akan move on. Walaupun nak menunggu masa kau betul-betul move on tu, aku tau payah.

Si putus cinta : Aku tak boleh, Faaa... Aku tak boleh kalau dia tak ada. Selama ni dia ada dengan aku, tapi tiba-tiba tak ada, aku tak boleh, Faaa... Aku dah biasa ada dia, aku tak boleh, Faaaa...

Aku : Ya, aku tau susah. Tapi kau kena jugak lawan balik. Kau kena belajar survive bila dia tak ada. Aku tau kau surely akan teringat macam-macam nanti, tapi kau kena lawan balik. Perisai kena tebal, pedang kena tajam. Benda nak kena lawan perasaan ni lah benda paling susah, aku tau tu.

Si putus cinta : Aku sedih, Faaa... Kenapa jadi macam ni? Aku tak boleh, Faaa...

Kawan : Weh, sabarlah. Tak payah la nak ingat laki macam tu. Tak guna pun. Sebelum kau kenal dia pun, kau boleh je hidup. Ni tiba-tiba dia tak ada, dah kau tak boleh hidup? Tak pahamlah aku.

Si putus cinta masih berderai air mata. Hati aku ada gaya diperhangat masa tu.

Aku : Kawan, karang jom teman aku pergi Midvalley. Kita naik LRT sampai Sentral, lepas tu ambik komuter pergi sana.

Kawan : Eh, takkan nak naik LRT peak hour macam ni? Sesak gila. Lepas tu sampai Sentral tu, kau bukan tak tau komuter tu lembab gila sampainya. Dengan orang ramai lagi sesak dalam tu. Kita naik kereta aku je lah, senang. Tak payahlah kita nak kena jalan kaki sampai Kerinchi, nak kena berhimpit lagi dengan orang. Ish.

Aku : Laaa, dulu boleh je kita macam tu? Sebelum kau bawak kereta datang sini, kan kita selalu je buat macam tu? Kenapa pulak sekarang tak boleh?

Kawan : Alaa, kita naik je lah kereta. 

Aku : Sebab apa? Sebab kau dah biasa naik kereta pergi Midvalley kan sekarang? Dulu masa tak ada kereta?



Masa tu aku patut install bunyi cengkerik ja kan kan?



Hidup. Kena cuba-cuba masuk dalam kasut orang kadang-kadang. Bukan sebab nak tau cantik ke tak, padan ke tak dengan kaki kita.

Tapi nak tau kat dalam tu rasa dia macam mana.


Wednesday, April 18, 2012

Tidak sesenja usia. Waahhh, gitu kan.

Sebenarnya kalau nak cerita pasal salah paham orang apabila meneka umur aku, dah bosan dah nak cerita. Dikhuatiri pula boleh menimbulkan titik riak di situ.

Tak lawa takpa, asalkan nampak muda.

Eh eh eh.

Teringat pulak pasal kawan aku mempersoalkan gambar dalam IC aku.

Kawan : Eh, ni IC buat tahun bila ni? Kenapa muka kau lain?

Aku : Tahun 2004. Masa tu umur 19.

Kawan : Lain gila. Jauh beza dengan sekarang ni. 

Aku : Ya laaa, masa tu rambut panjang sikit.

Kawan : Bukan. Dalam gambar ni kau nampak macam tua. Macam dah 30 lebih umur. Jauh beza dengan sekarang.

Aku : Biasalah, aku berwajah hodoh dalam gambar. Tapi ya, aku pun tak suka gambar tu. Muka aku macam setan. Hahahahaha.

Kawan : Tak, bukan soal hodoh. Soalnya dalam gambar tu nampak tua.

Aku : La ni nampak muda kan kan?

Kawan : Ha'ah, kenapa eh jadi macam tu?

Aku : Kau pernah dengar tak orang kata, ada sesetengah orang ni, makin tua makin mengancam??

Kawan : Ada la jugak rasa nak muntah ni hooiiiiii !!!


Makanya...
Tak perlu kot nak explain banyak-banyak lagi.
Boring pulak I.

Eh eh eh.

Sebenarnya ada satu rahsia hat aku amalkan untuk awet muda ni. 
Nak tau ka? (Tanya macam la reader ada 78 ribu orang kan?)
Aku buleh ja nak bagitau.
Tapi sebelum tu, tolong aku sidai kain baju dulu, buleh?
Malaih gilaaa ni.


Monday, April 16, 2012

Yang nak aku dengar

Yang selalu aku dengar :

Mangkuk : Nak buat apa beli barang kat Petaling Street tu? Tak ori, okay. Kalau tak mampu, buatlah cara tak mampu. Nak buat apa pakai yang fake?

Pinggan : Bila pakai barang ada brand ni, I rasa lebih berkeyakinan.

Sudu : Entahlah, I rasa semacam je kalau pakai barang fake ni. Rasa macam orang tengok dan orang tau barang tu fake.


2009.

Lalu di kawasan Petaling Street, bersama seorang kawan Chinese, lelaki. 

Aku : Ah Wah, what do you think of people who shops here?

Ah Wah : I dont have any problem with that. Kita ada hak sebagai pembeli untuk beli barang yang kita nak. Pergi matilah dengan orang lain. Mat Salleh pun shopping kat sini.




Ya, itu jawapan yang aku nak dengar.

Okay, masing-masing ada pendapat masing-masing. Kemampuan masing-masing. Terpulanglah.

Kutu rayau macam aku? Beli barang bundle ja lah. RM 10 ja dapat empat helai sweater hat aku suka tau.



Anyways, mangkuk, pinggan dan sudu yang kat atas tu semua Melayu. Eh, aku tak racist tau. 

Saturday, April 14, 2012

Nanti mak aku marah

Konsep konversasi blekberi mesenjer.

Kawan : Send gambar dia satu, please?

Aku : Aku mana ada gambaq dia
         Lagipun tak elok simpan gambaq pompuan dalam henpon
         Nanti mak aku marah
         Nanti mak aku saspek aku gay
         Gambaq laki takpa
         *ikon sengih lebar*

Kawan : Bodo la kau ni, gila!
       

Wednesday, April 11, 2012

Darjat, hati manusia dan doa.

Seorang kawan aku ni, aku pernah selitkan ceritanya dalam satu entri. Tentang cinta terhalangnya. Kerana darjat.

Ya, kerana perbezaan darjat. Taraf hidup.

Aku masih ingat bagaimana gundahnya hati mereka. Sama-sama dirundung kesedihan kerana family kawan aku ni terlalu amat susah sekali nak terima lelaki itu. Sehinggakan emaknya memberikan kata dua, siapa yang harus kawan aku ini pilih. Mak ayah atau lelaki itu. 

Ya, perit di situ.

Ketika itu saban hari aku menerima panggilan jauh daripadanya, menangis-nangis kehibaan. 

Dan lelaki itu pernah beberapa kali mengadu kepada aku, dia takkan sia-siakan kawan aku tu. Dia akan usaha untuk sama-sama redahkan semua itu. 

Ya, kalaulah aku mampu melakukan yang hebat-hebat, maka aku akan cuba buat sampai mereka berjodoh juga. Kalaulah, ya kalaulah....

Yang mampu aku buat ketika itu cuma bagi semangat. Bagi motivasi. Dan menyuruh mereka agar jangan sesekali berhenti berdoa. Kerana sesungguhnya doa mampu merubah apa sahaja.

Dan, semalam kawan aku ini memberitahu aku di mesej facebook, keluarganya dah boleh menerima boyfriendnya. Fasa seterusnya mungkin akan muncul bila-bila masa saja.

Aku senyum saja sambil membalas mesejnya.

Anak sungai lagikan berubah, ini kan pula hati manusia.

I'm the happiest friend alive, like seriously.

Aku harap Tuhan sambung lagi nyawa aku, sampai aku boleh tengok kau dan dia saling sama memandang, tersenyum sah. 

Itu doa aku, untuk kau, kawan.


Sunday, April 8, 2012

Kalau aku pun nak janda kot. Eh eh eh.

Pernah dengar lelaki muda kahwin dengan janda yang 4-5 tahun lagi tua daripada dia? Beserta pakej anak beberapa orang?

Pernah dengar apa pandangan masyarakat tentang itu?

Pedih, perit dan tak sedap didengar, bukan? Nak-nak kalau janda tu ada anak.

Masyarakat selalunya mempunyai tiga persepsi utama. Mari kita bentangkan. Ferrgghh, ayat nak bunyi macam Dato' Fafa Kamsah je kan?

1) Mesti janda tu kaya kan? Banyak duit, tu yang lelaki muda tu suka. Senang hidup dia. 

2) Isshh, tu mesti lelaki tu dah terkena sihir janda tu kan? Laki tu dah la handsome, muda, blablabla.

3) Dah sama-sama terdesak la tu. Yang sorang nak rasa ada suami semula. Yang sorang tu sebab takdak pempuan nak kat dia. Kan kan?


Adakah anda tergolong dalam tiga golongan di atas? Baik mengaku cepat! Dan-dan tak nak mengaku kan?

Hahahahahaha.

Tapi, tolonglah. Kita ni Tuhan cipta pelbagai. Kesukaan, keinginan dan kemampuan yang berbeza. 

Tak boleh ke kalau kita fikir macam ni :

1) Wow, baik gila laki tu! Sudi kawin dengan janda tu. Kita dalam Islam pun digalakkan mengahwini janda untuk melindungi mereka kan?

2) Eh, bertuahnya lelaki tu dapat kawin dengan janda yang lagi tua daripada dia. Janda ni selalunya pengalaman hidup dia banyak. Dia tau nak uruskan hidup dengan lebih baik. Anak-anak dan mak mentua pun  tentu lebih terurus di tangan dia.

3) Mesti ada sesuatu yang best dan cool tentang janda tu. Kalau tak, takkanlah lelaki tu suka, kan? Orang kalau dah jumpa teman sejiwa, takkan nak lepas macam tu ja?


Ada? Ada terpikir macam tu? 

Okay, kita ambik topik sipi-sipi sikit. Dulu aku teringat masa Aidid Marcello kahwin dengan Norzie Pa'wan Chek. Lima tahun beza tuu. Cuma, Norzie tu bukan janda. Tapi, mesti ada sesuatu tentang dia kan, yang buat Aidid suka? Kita mana tau, kita bukan Aidid Marcello. Kita tak tau apa yang ada dalam hati dia. Hati orang, kita takkan pernah tau.

Kalau aku pun, ada janda kiyut ajak kawin dan aku suka, aku on ja. Nak-nak kalau pandai masak lontong, tomyam, mee kari, spaghetti carbonara, buat karipap, pandai buat milo ais sedap.

Eh eh eh.

Pernah dengar orang kata jodoh? 

Macam tu lah cerita dia...


Friday, April 6, 2012

Gabung Art II di Kuantan, Pahang



- Booth jualan
- Pameran lukisan
- Garage sale
- Art Talk ( 3 pm - 7hb April, 11 am - 8 April )
- Persembahan Kumpulan Tunas Budaya Pahang ( 11.45 pm - 7 April )
- Persembahan seni tradisional Kumpulan Anak Kayan ( 11.50 pm - 7 April)
- Persembahan Capuera (2.30 pm - 7 April )
- Demonstrasi graffiti art dan street art (4 pm - 7 April )
- Live band ( 4 pm dan juga 9.30 pm - 7 April)
- Pertandingan melukis dan mewarna  ( 4 pm - 7 April )

Okay, event ni tiga hari. Bermula hari ni, 6hb hinggalah 8hb April 2012. Jumaat, Sabtu, Ahad. Aktiviti agak banyak pada hari Sabtu.

Lokasinya ialah MSC belakang Capital Mall (dulu panggil East Coast Mall). MSC tu yang area Jalenas apa kebenda semua tu. Orang Kontan kalau tak tau ni, sila pindah dok Brunei. Hahaha, okay gurau.

Aku terlibat dengan pameran lukisan. Boleh beli jika berminat. Rate harga painting aku adalah dari RM 50 - RM 80. Boleh dirunding gitu kan.

Yang lain painting student Art and Design Kolej cosmopoint Kuantan.

Mekaseh banyak-banyak kepada penasihat event, iaitu lecturer diorang yang invite aku untuk sama-sama join exhibition.

Like seriously, event cenggini jarang berlaku kat Kuantan. Maka, orang Kuantan, please la datang. Sesiapa yang kebetulan ada kat Kuantan pada tarikh tersebut juga silalah datang. 



Kalau anda rasa selama ni anda buta seni, sampai bila nak jadi buta seni kan? Anda mampu mengubahnya.

Ayat macam nak buat iklan berhenti hisap ganja ja kan?

Okay, see you there!


Sunday, April 1, 2012

Puisi dari kawan

Aku pokok kelapa 
Yang melambai-lambai
Menggeleng-geleng
Sampai suatu ketika
Aku rebah di sisi pantai


Seluruh jasad aku
Ditelan pantai
Lalu bersemadilah riwayat aku


Cuma laut dan pantai yang saksikan
Pemergianku


Semasa aku hidup
Aku menjatuhkan pohonku ke pantai
Namun
Pohonku tak sampai


Aku cuma mampu temankan kisah-kisah pantai dan ombak
Sedangkan aku ada tugas
Mengejarkan sinar matahari untuk hidup


Pantai akhirnya diam
Menghilang
Ditutupi laut...









Aku harap satu hari nanti kau jumpa pantai yang takkan diam
Yang akan temankan kau
Hari demi hari
Zaman berganti zaman
Walau ketika Izrail mendatangi
Walau sehingga Israfil meniup sangkakalanya
Sehingga di Jannah


Tapi untuk kepentingan duniawi, aku harap pantai kau tu pandai masak
Maka boleh la aku menumpang makan sekali-sekala
Heh heh heh...