Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Wednesday, March 28, 2012

Orang kata jangan cakap sangat kalau kita tak suka

Macam kawan aku, dia tak nak lelaki jambu.
Tapi yang jambulah yang dia dapat.

Macam cousin aku, dia kata dia hanya akan kawin bila umur dah 30.
Dia sebaya dengan aku.
Tapi masa umur 24, dia kahwin, dan sekarang dah ada dua orang anak.

Macam adik aku, dia kata dia takkan makan sushi.
Tapi bila aku beli, dia makan lagi banyak daripada aku.

Macam kucing aku, Jimmy, dulu dia tak layan pun aku.
Tapi lepas dia sakit, dia suka nak tidur dengan aku.
Okay, kucing tak pandai cakap yang dia tak suka.
Okay, okay.

Macam ada seorang kawan aku ni dulu, dia kata baju Jusco murah-murah, standard pakai kat rumah je.
Tapi ada je aku tengok dia keluar jalan-jalan atau dating dengan baju keluaran Jusco.

Macam kawan aku, dia kata tak nak girlfriend berpunggung besar,
Tapi yang punggung besarlah yang dia dapat
Walaupun kawan aku tu dia sendiri mempunyai reka bentuk tubuh yang ........
Okay, tak nak cakap.

Macam Datin, dia kata dia tak suka selendang, sebab kena belit-belit.
Tapi sekarang, waahhhh, pakai selendang pergi sekolah, okay.

Macam kawan aku, dia kata dia tak suka tengok cerita Melayu yang bodoh-bodoh,
Tapi dia tengok cerita yang Izara Aisyah berlakon tu.

Macam kawan aku, dia tak suka perempuan yang tidak menutup aurat.
Katanya perempuan yang baik dah tentu akan menutup aurat.
Tapi setiap malam minggu dia check-in hotel dengan perempuan rambut panjang beserta baju super ketat.

Macam senior aku, dia kata dia tak berkenan langsung tengok lelaki kurus kedengking.
Tapi dia kahwin dengan lelaki yang kurus kedengking.

Makanya.......
Aku nak tegaskan berkali-kali bahawa...

Aku takkan kahwin dengan Remy Ishak.
Aku takkan kahwin dengan Remy Ishak.
Aku takkan kahwin dengan Remy Ishak.


Gitu, boleh?

Tuesday, March 27, 2012

Konon dia tengok cerita action ja

Satu malam tu, aku dok promote drama Kasih Bumi kat kawan-kawan. Salah seorang kawan aku ni, lelaki. Antara sebab aku promote cerita tu kerana aku tau cerita tu akan jadi satu cerita yang berbeza dan realistik, serta tidak menginjek konsep syok sendiri dalam masyarakat. Plus, kombinasi Nabila Huda dan Bront Palarae kot. Okay, mainly because Nabila Huda is so my cup of tea.

Konsep konversasi blekberi mesenjer.

Aku : Wehh, tengokla Kasih Bumi kat TV9. Bukan drama bodoh pasal kawin-kawin paksa ka padiaaa.

Kawan : Cerita apa tu?

Aku : Pasal life, pasal friendship. Pasal family

Kawan : Sorry, aku tengok cerita action je. (Kalau tak silap aku dia siap letak ikon talk to the hand tu)

Aku : Ferrgghh, kekwat gila. Patutlah otak tak berkembang.


Hahaha. Keji kan ayat aku tu? 

Not that aku paksa dia suka apa yang aku suka sebenarnya. Tapi ayat last aku tu aku cakap sebegitu kerana dia sebenarnya dok tung tang tung tang cerita dia minat Izara Aisyah.

Puas la aku dok gugel, cerita action tembak-tembak mana hat Izara Aisyah tu berlakon.

Cuba gugel, jumpa dak?

Jumpa ka dak?


Monday, March 26, 2012

Suratan atau kebetulan. Todiaaaa!!!

Ada seorang kawan ni. Dah kahwin. 

Aku tak tau dia bahagia ke tidak. Sebab rumah tangganya macam eheemmmm sikit. Sebenarnya aku ada ramai kawan yang ada masalah rumah tangga ni, tapi aku cuma nak jadikan yang ni sebagai contoh. Supaya kita sama-sama berfikir.

Dia memang selalu mengadu pada aku masalah rumah tangganya. Aku tak ada masalah nak jadi pendengar dan pengomen sikit-sikit. 

Dia mengatakan kadang-kadang isterinya tidak menghormatinya. Kalau dia cakap apa-apa, tak dipedulikan. Isterinya lama-kelamaan banyak berdiam dan menjauhkan diri, buat-buat bizi dengan dunianya. Dia berasa sedih kerana tidak dipedulikan isterinya. Bila ditanya, isterinya cuma kata tiada apa-apa. Dan terus-terusan dingin terhadapnya.

Aku cuba komen apa yang patut, tapi lama-kelamaan aku tidak dapat untuk mengelak daripada terfikir tentang hal yang satu itu. 

Kawan aku ni dulu sebelum kawin, dia banyak mainkan perasaan orang. Bila dia rasa dia bosan, dia tinggalkan girlfriend-girlfriendnya. Tinggalkan begitu sahaja ya, tanpa sebarang kata putus. Sampaikan perempuan-perempuan yang pernah jadi girlfriendnya itu akan tercari-cari dirinya. Perempuan mana tak sedih kalau ditinggalkan begitu sahaja? Melainkan perempuan tu pun tak suka dengan boyfriendnya lah kan.

And the thing is, kawan aku ni selalu bangga dengan apa yang dia buat tu. Dok bercerita tungtangtungtang dia relax ja tinggal perempuan-perempuan itu. Rasa bangga, mungkin. Dan bila orang tanya kenapa tinggal perempuan-perempuan itu, dia akan kata : 

"Perempuan tu tak bestlah." 

atau 

"Dia tu entah apa-apa lah." 

atau

"Ahh, boring lah perempuan macam tu."

atau 

"Pergi mampuslah perempuan macam tu. Bosan."

atau

"Alah, saja nak test market."

Dia akan cakap sambil ketawa-ketawa. 

Dan setelah dah kahwin pun dia masih bangga bercerita tentang perempuan-perempuan yang ditinggalkannya itu.

Dan sekarang bila dia selalu dok cerita pasal masalah rumah tangganya yang tiba-tiba menjadi tak best dan merisaukan itu, aku tau dia frust yang amat sangat. Sedih apatah lagi.

Ya, ini mungkin ujian dari Tuhan untuk dia. Tapi pernahkah anda mendengar bahawa ujian itu adakalanya disaluti balasan juga? 

Jadi, fahamkah anda akan isi tersirat yang cuba saya sampaikan di sini?

Ahhh, I think I'm too young to talk about this marriage thingy. Dont I?

Eh, eh, eh.


Thursday, March 22, 2012

Untuk ejen insurans

Ejen : Rugi kalau awak tak beli insurans saya ni. Ada macam-macam benefit blablabla yaddayaddayadda.

Saya : Tapi saya dah beli insurans lain dah.

Ejen : Eh, muka awak ni macam saya biasa tengok tau. Sekolah mana ya dulu?

Saya : Henry Gurney kat Batu Gajah.

Ejen : Errkk, sekolah tu?

Saya : Ha'ah, kenapa? *muka serius*

Ejen : Maaflah tanya, macam mana boleh terlepas ke sekolah tu?

Saya : Saya bunuh jiran saya.

Ejen : Kenapa bunuh dia?

Saya : Dia hari-hari datang rumah saya, paksa mak saya masuk insurans dia. Rimas kot. Saya cakap elok-elok, dia tak paham bahasa. Saya bunuh je lah dia.

 Ejen : *telanliur*

Wednesday, March 21, 2012

Ayam

Dah hantar adik aku pergi kolej, dia turun dari kereta, dia remind aku sekali lagi : 

"Jangan lupa beli ayam."

Rolling eyes.

Aku dah la tak reti pilih ayam. Aku nampak semua sama je. Tak paham bila orang kata ada ayam yang nampak tak fresh, nampak lebam blablabla yaddayaddayadda. Ayam dah mati kot, cemana nak fresh? Sebab selama ni pun bila tengok jenazah manusia yang dah dimandikan, walaupun baru lepas mandi, tetaplah ia kelihatan seperti jenazah. Okay, daaahhh, Fafa!

Aku pun pergi la Tunas Manja. Banyak gila ayam. Lama gila aku nak pilih, sampaikan masa dok alih-alih ayam tu, siap ada ayam yang jatuh lagi akibat kelicinan bertindan sesama mereka. Aku gelak je la kan. Padahal aku sendiri tak tau apa kriteria ayam yang aku nak tu. Pilih ayam sampai ke siku ada kesan darah ayam. Hahahahaha.

Last-last aku ambik yang paling bawah. Konon paling dekat dengan ais, dan konon diorang ni meniaga suka sorok yang fresh kat bawah-bawah. Ya, mentaliti aku sebodoh itu. Hahaha.

Pengajaran yang aku dapat ialah, nak pilih ayam pun susah. Sebab semua nampak sama, nampak okay je. Kalau nak pilih manusia, lagilah susah. Nampak ja semua sama, nampak baik, tapi yelah kan... Sila sudahkan sendiri ayat itu.

Aku rasa kalau orang yang jadi bapak hayam pun ada kriteria anak hayam yang dia nak bisneskan. 

Tak gitu?


Tuesday, March 20, 2012

What happened back then?

2009.

Masa tu aku tak tau nak buat apa.

Memandangkan masa tu dah final year dan dah tentunya we'll be scattered pada tahun seterusnya, maka tiga malam berturut-turut aku buat istikharah.

Dan tiga malam berturut-turut itu, aku mimpi jumpa kau kat syurga.

Aku pening masa tu. And we stopped talking to each other without any reason. 

Tambah-tambah lagi bila sekarang aku fikir, of all four men I've involved with, you're the only one yang TIDAK melayan aku macam sampah.

Dan sekarang aku rasa aku dah dapat jawapannya.

Patutla aku tak boleh tidur seminggu dua ni.

Heh heh heh.


Wednesday, March 14, 2012

Polis dan tatabahasa.

CERITA 1

Few months ago, when I was working for Red Garage....

Ferrggghhh... Fafa cuba-cuba nak cakap omputeh.

Hahaha, okay, okay. Serius sikit.

Masa banglo kena pecah, boss kecik yang aku panggil Kak Jaja heret aku ke Balai Polis Dang Wangi di tengah-tengah malam, untuk buat report. Memandangkan IC dan license Kak Jaja ada pada ayah dia, pasal ayah dia buat pergi fotostat, maka kena lah guna nama aku untuk buat report.

Benda-benda yang hilang dicuri dari dalam banglo tu semuanya parts motor yang specifically untuk chopper macam Harley D, maka istilahnya pun dah tentulah dalam English. Dah la tak reti nak translate Melayu, memang agak masalah masa nak buat report tu. Kalau dah macam kick starter, fox, apa benda lagi tu, kau nak translate cemana kan?

Yang ambik report tu polis pempuan. Muda. Dia dah pening sebab banyak perkataan tak boleh translate Melayu. Yang hilang tu dah la terbahagi dua : Parts dan benda yang memang untuk custom. Pastu nak cakap banglo tu still under renovation dan maintenance, pun polis tu tak tau istilah Melayunya. Dia macam nak hangin dah. 

Aku pun jawab : "Cik taiplah banglo tu masih di bawah penyelenggaraan, belum beroperasi lagi."

Polis pempuan itu : "Ishh, pening otak saya. Awak ni English tau, bahasa Melayu tak tau, cemana ni??"

Dan, bila dia pusingkan skrin untuk kitorang check, aku mendapati dia salah eja motosikal. Ejaan yang betul ialah motosikal. Dia pergi taip "motorsikal". 

Aku : Cik, ni eja motosikal ni salah ni. Mana ada huruf R.

Tapi dia buat bodoh je. Malas nak layan la tu. 


CERITA 2

Accident dengan makcik yang langgar lampu merah, tapi dia konfiden ya ampun kata belah dia pun lampu hijau. Bila dua-dua buat report kat balai trafik Kuantan, dua-dua dok claimed hijau, maka aku diheret la ke bilik siasatan di tingkat atas. Nak kena interrogate kononnya.

Bila dah setel tung tang tung tang dengan Sarjan tu, dia suruh aku sign kat laporan siasatan tu dan tengok betul ke tidak apa yang dia taip sepanjang sesi siasatan tu. Ada satu part soal-jawab tu, polis tu taip "di kelapa simpang".  Aku pun tegur la kan.

Aku : Encik, ni encik taip "di kelapa simpang" ni, salah ni.

Sarjan : Alaa, tapi awak paham kan? Awak boleh baca kan?

Aku : Memangla saya boleh baca, tapi ni salah ni. 

Sarjan : Tapi kalau awak paham tu, maksudnya bolehlah tu.




Jadi, apa ertinya semua ini? 

Salahkan mak, sebab dari kecik dah trained aku dengan penggunaan tatabahasa dan kosa kata yang betul dalam kehidupan harian. Nak-nak kalau benda formal.


Tapi, bak kata dia ni dalam entry ni orang kita bila ditegur, tak kisahlah tentang apa-apa sekali pun, jawapannya mesti :

"Alahh, aku manalah tau, bukan ada pHd pun dalam bahasa Melayu."

"Manalah aku nak tau benda-benda tu."

"Alah, kira okay je lah tu. Bukan ada siapa nak check apa pun."



Jarang sekali bila ditegur, mendapat feedback sebegini :

"Ehh, ye ke? Selama ni aku tak tau pun. Banyak kot yang aku tak tau. Lagi apa lagi contohnya?"





Orang kata orang tamak selalu rugi.

Tapi aku rasa, orang sombong lagi rugi.