Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Wednesday, February 22, 2012

Skema jawapan untuk orang bujang. Eloklah dikongsi bersama.

Sekiranya anda sering diajukan soalan seperti, "Bila awak nak kahwinnya?" atau "Awak bila lagi?" atau soalan yang menjurus ke arah itu, bolehlah menggunakan pilihan jawapan di bawah. 

Satu

"Tu la, cadangnya bulan depan ni, tapi pasangan saya tu baru meninggal minggu lepas. Kanser perut, stage 4."

Sila kepilkan bersama senyuman yang tenang. Tak, jangan buat muka sedih, nanti terlalu palsu pula kelihatannya. Hanya senyum dengan tenang. 

Kalau pihak berkenaan berkata : "Tak apalah, dah tak ada jodoh, ajal dia. Tapi eloklah cari pengganti."

Maka anda dengan muka tenang, tanya balik kepada pihak itu : "Makcik/Pakcik, kalau laki/bini anda baru seminggu meninggal, apa perasaan anda kalau disuruh cari pengganti?"

Dua

"Saya cadang nak kahwin kat pejabat agama, sebab tak ada duit sangat nak kahwin. Buat yang wajib je. Cukuplah family kedua-dua belah pihak aje yang tau. Jamuan pun saya nak buat teh o panas dengan biskut je."

Tiga

"Siapa tak nak kahwin kan? Tapi kalau saya kahwin, takut jadi makruh perkahwinan tu sebab saya ni tak ada pekerjaan tetap buat masa ni. Gaji yang ada pun cukup untuk makan minum saya dan minyak motor je. Tu pun kadang-kadang nak jimat, saya naik LRT je tau. Macam mana nak tanggung isteri saya kan? Nanti memudaratkan isteri saya pulak. Nak-nak kalau tiba-tiba ada anak. Anak ni boleh wujud tiba-tiba je tau, tak boleh patah balik dah, haaa. Takkan nak suruh isteri saya tanggung saya pulak kan? Ish, makruh tu. Kalau makcik ada anak perempuan la kan, makcik nak ke lepaskan anak makcik pada lelaki yang tak mampu tanggung anak makcik?"

Yang ni boleh dikepilkan bersama kening yang diangkat-angkat.

Empat

"Semua perempuan/lelaki yang saya masuk meminang, semua reject saya, makcik. Semalam pun baru lepas kena reject. Ni balik kang saya nak try mandi air 78 jenis bunga bawah jambatan Tanjung Lumpur."

Lima

"Saya utamakan mak ayah dulu. Nak tolong mak ayah dulu. Kalau sibuk-sibuk kahwin, siapa nak jaga dan tolong mak ayah saya? Amboiihhh, hidup 27 tahun (jawab ikut kesesuaian umur anda), mak ayah yang jaga, pastu dan-dan nak kahwin? Kalau boleh buatlah apa yang patut dulu pada mak ayah. Kita kalau dah kahwin, pasangan kita tu belum tentu suka kalau kita tolong mak ayah kita."

Enam

"Bukan senang nak cari sekarang ni. Kalau orang dulu-dulu yelah, family tetapkan, family jodohkan. Tu yang main tadah je tu. Tak tau dunia akhir zaman ni kemain mencabar nak mencari tau. Lagipun rasanya belum jatuh hukum wajib atau harus lagi. Saya nak pergi Mekah dulu. Makcik/pakcik ni dah pergi Mekah belum?"

Tujuh

"Ya Allah, saya ni goreng telur pun tak reti, macam mana nak bagi suami saya makan nanti? Astaghfirullahal'aziiimmm, celanya diri saya kalau suami makan rasa tak kenyang atau sedap. Macam mana kalau suami tak redha, terus dia cari isteri lain? Macam mana? Na'uzubillaaahhh."

Lapan

Anda : Tak dakk duitlah.

Mereka : Laaa, susah apa, buat ajelah loan. Sekarang punya ramai orang kahwin buat personal loan.

Anda : Masa study, loan PTPTN, MARA. Duit kereta, pun loan. Bila dah kahwin, loan lagi. Agak-agak kalau tercerai sebelum loan setel, sentap tak?

Sembilan 

"Saya gay. Kat Malaysia tak boleh kahwin gay. Tengoklah nanti saya kahwin kat overseas kot."

Sepuluh

"Yang nak kahwin dengan saya semuanya yang saya tak berkenan. Tak boleh la nak kahwin dengan orang yang kita tak suka kan? Nanti tak adil untuk orang tu. Ini tidak adil, tidak adil baginya..."

Sebelas

"Sebenarnya dah jumpa yang berkenan di hati. Tapi yelah kan, dengar cerita, Tiz Zaqyah yang punya."






Terpulanglah pada kreativiti anda untuk mengedit jawapan. Kalau rasa mengarut, tak payahlah ikut skema jawapan ni. Belum jatuh hukum wajib pun nak kena ikut.



5 comments:

  1. hak nu.9 tuh, perghh..klu pkai yg tu sah2 tercabut telinga makcikpakcik mdngrnya..haha.

    ReplyDelete
  2. aku suka jwpn n0 9 ngan 11. terbaik, nnt kalau ada yg tanya aku nk jwb mcm tu. cuma aku kena tukar la jd abg remy kekeke^^

    ReplyDelete
  3. Shakk : Haha, kau boleh try. Sila, sila!

    SpitItOut : Haha, baru la rare sikit kan. Cara tercabut telinga diorang pun akan jadi rare!

    Aznee : Aihh, nombor 9 banyak dapat perhatian nampaknya. Haha.

    ReplyDelete
  4. haha...malas doh nk lyn soklan ni. lantak la dah dua tahun aku guna jwpn no. 1 tu pun...

    ReplyDelete

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.