Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Wednesday, February 22, 2012

Skema jawapan untuk orang bujang. Eloklah dikongsi bersama.

Sekiranya anda sering diajukan soalan seperti, "Bila awak nak kahwinnya?" atau "Awak bila lagi?" atau soalan yang menjurus ke arah itu, bolehlah menggunakan pilihan jawapan di bawah. 

Satu

"Tu la, cadangnya bulan depan ni, tapi pasangan saya tu baru meninggal minggu lepas. Kanser perut, stage 4."

Sila kepilkan bersama senyuman yang tenang. Tak, jangan buat muka sedih, nanti terlalu palsu pula kelihatannya. Hanya senyum dengan tenang. 

Kalau pihak berkenaan berkata : "Tak apalah, dah tak ada jodoh, ajal dia. Tapi eloklah cari pengganti."

Maka anda dengan muka tenang, tanya balik kepada pihak itu : "Makcik/Pakcik, kalau laki/bini anda baru seminggu meninggal, apa perasaan anda kalau disuruh cari pengganti?"

Dua

"Saya cadang nak kahwin kat pejabat agama, sebab tak ada duit sangat nak kahwin. Buat yang wajib je. Cukuplah family kedua-dua belah pihak aje yang tau. Jamuan pun saya nak buat teh o panas dengan biskut je."

Tiga

"Siapa tak nak kahwin kan? Tapi kalau saya kahwin, takut jadi makruh perkahwinan tu sebab saya ni tak ada pekerjaan tetap buat masa ni. Gaji yang ada pun cukup untuk makan minum saya dan minyak motor je. Tu pun kadang-kadang nak jimat, saya naik LRT je tau. Macam mana nak tanggung isteri saya kan? Nanti memudaratkan isteri saya pulak. Nak-nak kalau tiba-tiba ada anak. Anak ni boleh wujud tiba-tiba je tau, tak boleh patah balik dah, haaa. Takkan nak suruh isteri saya tanggung saya pulak kan? Ish, makruh tu. Kalau makcik ada anak perempuan la kan, makcik nak ke lepaskan anak makcik pada lelaki yang tak mampu tanggung anak makcik?"

Yang ni boleh dikepilkan bersama kening yang diangkat-angkat.

Empat

"Semua perempuan/lelaki yang saya masuk meminang, semua reject saya, makcik. Semalam pun baru lepas kena reject. Ni balik kang saya nak try mandi air 78 jenis bunga bawah jambatan Tanjung Lumpur."

Lima

"Saya utamakan mak ayah dulu. Nak tolong mak ayah dulu. Kalau sibuk-sibuk kahwin, siapa nak jaga dan tolong mak ayah saya? Amboiihhh, hidup 27 tahun (jawab ikut kesesuaian umur anda), mak ayah yang jaga, pastu dan-dan nak kahwin? Kalau boleh buatlah apa yang patut dulu pada mak ayah. Kita kalau dah kahwin, pasangan kita tu belum tentu suka kalau kita tolong mak ayah kita."

Enam

"Bukan senang nak cari sekarang ni. Kalau orang dulu-dulu yelah, family tetapkan, family jodohkan. Tu yang main tadah je tu. Tak tau dunia akhir zaman ni kemain mencabar nak mencari tau. Lagipun rasanya belum jatuh hukum wajib atau harus lagi. Saya nak pergi Mekah dulu. Makcik/pakcik ni dah pergi Mekah belum?"

Tujuh

"Ya Allah, saya ni goreng telur pun tak reti, macam mana nak bagi suami saya makan nanti? Astaghfirullahal'aziiimmm, celanya diri saya kalau suami makan rasa tak kenyang atau sedap. Macam mana kalau suami tak redha, terus dia cari isteri lain? Macam mana? Na'uzubillaaahhh."

Lapan

Anda : Tak dakk duitlah.

Mereka : Laaa, susah apa, buat ajelah loan. Sekarang punya ramai orang kahwin buat personal loan.

Anda : Masa study, loan PTPTN, MARA. Duit kereta, pun loan. Bila dah kahwin, loan lagi. Agak-agak kalau tercerai sebelum loan setel, sentap tak?

Sembilan 

"Saya gay. Kat Malaysia tak boleh kahwin gay. Tengoklah nanti saya kahwin kat overseas kot."

Sepuluh

"Yang nak kahwin dengan saya semuanya yang saya tak berkenan. Tak boleh la nak kahwin dengan orang yang kita tak suka kan? Nanti tak adil untuk orang tu. Ini tidak adil, tidak adil baginya..."

Sebelas

"Sebenarnya dah jumpa yang berkenan di hati. Tapi yelah kan, dengar cerita, Tiz Zaqyah yang punya."






Terpulanglah pada kreativiti anda untuk mengedit jawapan. Kalau rasa mengarut, tak payahlah ikut skema jawapan ni. Belum jatuh hukum wajib pun nak kena ikut.



Thursday, February 16, 2012

Berita buruk dan berita baik

Berita baiknya ialah aku baru je menghasilkan sekuali nasi goreng.

Ya, untuk seorang manusia yang berusia 27 tahun dan ini merupakan nasi goreng pertama yang dihasilkan dalam hidup, dah tentu ini bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan.

Tapi yelah kan, its never too late untuk memulakan sesuatu.

Macam kalau selama ni kau  tak pernah solat, belum terlambat untuk kau solat, selagi nyawa tak diambil Tuhan.

Macam kalau selama ni kau tak pernah tinggalkan minuman-minuman haram itu, belum terlambat untuk kau tinggalkan minuman-minuman itu, selagi nyawa tak diambil Tuhan.

Macam kalau selama ni kau selalu keluar masuk hotel dengan perempuan-perempuan, belum terlambat untuk kau tinggalkan perbuatan-perbuatan itu, selagi nyawa tak diambil Tuhan.

Macam kalau selama ni kau tak puasa, belum terlambat untuk kau bertaubat dan qada' semula puasa-puasa itu, selagi nyawa tak diambil Tuhan.

Macam kalau selama ni kau suka kutuk orang, belum terlambat untuk kau berhenti mengutuk orang dan muhasabah diri, selagi nyawa tak diambil Tuhan.

Macam kalau selama ni kau selalu paksa anak murid kau buat blow job dalam stor sukan, belum terlambat untuk kau mintak maaf pada anak murid kau dan bertaubat, selagi nyawa tak diambil Tuhan.

Macam kalau selama ni kau asyik sibuk nak kurus, sampaikan banyak makanan sedap dalam dunia ni kau tak makan, belum terlambat untuk kau makan makanan sedap itu, selagi nyawa tak diambil Tuhan.

Look who's talkiiiinnngggg....



Berita buruknya ialah aku semakin gemuk

Kesiaaaaaannnn.







*Eh, kenapa aku tak boleh nak komen kat blog aku ni eh? Tak dapat nak reply komen. Boring betul. 

Wednesday, February 15, 2012

Orang berbini dan orang bujang

Orang dah ada bini, bangun pagi je, breakfast dah terhidang.
Orang bujang macam aku ni, bangun pagi baru terhegeh-hegeh pikir nak makan apa.

Orang dah ada bini, tak sabar nak balik kerja, sebab ada orang tunggu kat rumah.
Orang bujang macam aku ni, balik kerja merayap tempat lain dulu, sebab kat rumah tak ada siapa tunggu pun.

Orang dah ada bini, balik kerja penat-penat, makanan dah terhidang. Badan lenguh ada bini urutkan.
Orang bujang macam aku ni, balik kerja kena cari makan sendiri. Badan lenguh pun tunggu je la lenguh tu hilang sendiri.

Orang dah ada bini, bini ironkan baju.
Orang bujang macam aku ni, kena la iron baju sendiri.

Orang dah ada bini, bini tolong lipatkan baju-bajan.
Orang bujang macam aku ni, longgok je la baju-bajan dalam bakul, tak berlipat.

Orang dah ada bini, bila demam, bini heret bawak pergi klinik.
Orang bujang macam aku ni, heret je la diri sendiri pergi klinik.

Orang dah ada bini, tengah-tengah malam lapar, bini masakkan.
Orang bujang macam aku ni, lapar tengah-tengah malam cenggini, makan megi je laaaaaa.

Pastu megi tumpah atas baju.

Masalahnya kalau dah diri tu perempuan, memang tak merasalah nak berbini bagai.

Kesiaaaannnnn.

Nasib kau la, Faaaa.

Monday, February 13, 2012

Yang haram tetap haram, Faa...

Dua tiga bulan yang lepas, aku ada isu dengan diri sendiri. Nak buat sesuatu, konon untuk kebaikan diri.

Tetapi mendapat tahu bahawa perbuatan itu salah di sisi agama.

Aku sedih.

Sedih sebab perbuatan itu haram dan aku tak boleh buat. Sebab aku nak sangat buat. Supaya aku dapat dielakkan daripada merasa kesakitan yang sama itu berulang kali. Sebab aku tau aku takkan berjaya dalam hal berkaitan itu. Orang kata tak pernah ada luck langsung.

Sampai sekarang, niat tu masih ada.
 
Tuhan, tolong ingatkan aku.

Wednesday, February 8, 2012

Lelaki miskin itu.

Lelaki dan perempuan itu suka masuk ke kedai menjual CD. Sama-sama suka dengar lagu.

Dua-dua berazam nak beli CD itu dan CD ini sekiranya mereka punya wang yang banyak.

Sepurnama berlalu. Si lelaki masih gigih bekerja.

Si lelaki bercita-cita untuk membeli salah satu CD lagu kesukaan si perempuan, dan menjadikannya sebagai hadiah kepada perempuan itu.

Tiba-tiba, pada suatu hari, lelaki itu mendapat tahu bahawa ada orang lain telah menghadiahkan CD idaman si perempuan.

Lelaki itu berasa sedih. Dan rendah diri pada masa yang sama. 

Dia miskin, tidak punya wang yang banyak untuk menghadiahkan CD semahal itu kepada si perempuan. Gaji pun belum masuk. 

Rasa rendah diri datang lagi. 

Kenapa bila lelaki itu sedang miskin, dan berusaha untuk mendapatkan sesuatu itu, tetapi ada hero lain yang datang memintasnya?



Takpelaaaaaaahhhhhh.