Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Friday, December 9, 2011

Tidak ada kiamat untuk itu

Aku selalu saja mimpi tentang kiamat. Sekurang-kurangnya sebulan sekali. In a way, aku tau Tuhan nak insafkan aku. Sebab aku banyak dosa. Lebih-lebih lagi, setiap kali mimpi sebegitu, yang ada hanya aku dan mak. Mak pegang tangan aku. Selalunya begitu.

Tapi, ada sekali tu, aku mimpi kiamat juga. Bersama mak. Dunia memang sedang musnah ketika itu. Tunggu masa je. Aku peluk mak. Aku sedih. Tapi mak kata :

"Tak apa, nanti kita jumpa kat syurga."

"Tapi, tu maknanya lambat lagi. Sebab mak masuk syurga dulu. Saya mesti lama kat neraka."

Yang aku ingat, mak diam sambil pandang je aku. Sedih.

Masa tu, bila terjaga dari tidur, aku terus terfikir. Kenapa setiap kali mimpi kemusnahan dunia, mesti hanya ada aku dan mak? Dan berpegangan tangan. Mana pergi orang lain?

Aku akui, kali terakhir aku cakap pada mak yang aku sayangkan dia, adalah pada tahun 2004. Aku memang begitu. Berat dengan kata-kata.

Setiap tahun, bila 1 November menjelma, aku cuma rasa itu hanya tarikh biasa. Cuma terasa semakin tua. Tapi bagi aku, hari itu adalah hari untuk meraikan mak. Hari ulang tahun perjuangan mak menghantar aku ke dunia.

Setiap kali birthday mak pun, aku tak pernah nak cakap aku sayang dia. Paling hebat pun aku cuma cakap, "You're the greatest gift ever in my life".  Ya, tiada I love you di situ. Kalau ada hadiah pun, sekadar benda-benda tak seberapa saja.

2009, sesuatu yang tidak bagus berlaku pada minggu-minggu terakhir aku praktikum. Final year. Rupa-rupanya mak tunggu sampai aku habis setel semua observation dengan lecturer, baru mak nak berterus-terang. Bila mak called memberitahu apa yang sedang berlaku, seminggu aku asyik menangis. Masa tu tak ada seorang pun kawan aku yang tau. Cuma aku caught in action, diorang nampak aku menangis duduk depan almari. Mak cuma cakap :

"Awak janganlah menangis."
"Mak, kita dah lama hidup macam ni. Saya sedih. Sebab tu saya cakap saya tak nak kahwin. Sebab saya nak jaga mak."

"Awak jangan cakap macam tu..."


Sumpah, kalau diingatkan konversasi itu, sampai sekarang pun air mata menitik. Tapi mak macam tu je la. Polisi cool dan relax dia tu.

Sampai sekarang, setiap malam, bila mak tengah tidur, aku mengendap masuk bilik mak. Hanya untuk tengok mak tidur. Dalam wallet aku hanya ada gambar mak. Gambar masa dia belum kahwin. Kawan-kawan yang tengok gambar tu semua kata mak cantik. Mak putih, aku hitam.

Cumanya, aku rasa aku tau kenapa setiap kali mimpi kiamat, kenapa hanya ada aku dan mak. Sebab dalam dunia ni, aku tak ada apa-apa yang lebih membahagiakan, selain daripada mak. Mak satu-satunya cinta sejati aku.

Dan ya, kalau nak cakap pasal kasih sayang aku untuk mak, tidak akan ada kiamat untuk itu.

No comments:

Post a Comment

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.