Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Monday, December 5, 2011

Keramat kasih sayang mak

Aku mesej mak tadi. Saja nakkan perhatian.


" Mak ada doa apa-apa ke untuk saya? Saya rasa hari ni lain macam je."

"Doa yang biasa je. Biar awak murah rezeki. Tu je."

"Nanti nak pergi interview lain pulak. Saya suka sikit tempat tu. Tak payah nak pakai semat-semat sangat."

"Okay, buat la. Mak doa je. Hari ni mak puasa 9 Muharam. Selalunya Allah makbul doa orang yang berpuasa. Esok lusa insyaAllah mak puasa jugak."




Aku? Terus bukak lagu Bonda - M. Nasir.

Lirik baris pertama pun dah mencengkam.

1 comment:

  1. btol la faaa...hanya doa seorang ibu dapt wat kita rasa lain dan tenang sangat2..

    ReplyDelete

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.