Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Wednesday, December 28, 2011

Masyarakat kalau dah mintak diskaun...

Faizal Tahir baru menyanyi satu lagu. Dia buat opening untuk konsert malam tu.

Tiket VVIP dan biasa masih ada. 


Masyarakat : Dik, dah start ke?

Aku : Baru je. Start lambat sikit tadi. Ni Faizal Tahir baru nyanyi satu lagu. Dia buat opening.

Masyarakat : Haaa, kalau dah start, takkan tak ada diskaun? Separuh harga ke?

Aku : Tak ada. Baru je start ni. *konon senyum mesra*

Masyarakat : Takkan tak ada kot, dik. Kena lah diskaun, sebab kitorang datang beli tiket masa konsert dah start.

Aku : *konon senyum mesra lagi* Sorry, bang. Memang tak boleh. Lagipun Faizal Tahir baru je buat opening. Satu lagu je pun. Wings dengan XPDC belum pun lagi perform.

Masyarakat : Alaaa, dik... Okaylah, bagi tiket biasa tu.





Cuba pergi KFC, order set dinner plate dan bayar. Ada tiga ketul ayam kan? Cuba makan seketul je. Pastu pergi balik kat kaunter, cuba mintak diskaun atas alasan kau makan seketul je ayam tu. Cuba merayu berkali-kali.

Cuba buat. Boleh tak? Dapat tak?

Tahukah anda, sistem tetap sistem? Sistem telah ditentukan seperti itu. Seperti yang perlu direkodkan.

Tahukan anda tentang itu? Tahukah?

Dulu masa sekolah menengah tak ambik Perdagangan eh? Ambik Science stream yang hebat tu eh? Ke memang tak pernah ambik sebarang stream?




Pfffrrrttttttt.


Wednesday, December 21, 2011

Satu point untuk satu perhatian

Last aku mesej mak, it was Sunday, telling her I got the job. Ni dah masuk Rabu pun.

Sebenarnya aku tak tau nak mesej apa dengan mak, tu yang tak mesej beberapa hari tu. Tapi tadi aku dapat satu point.

"Mak, sorry, dah tidur ke? If you're reading this message, please wake me up for Subuh esok. Esok masuk kerja pagi." 

Aku memang bukan morning person. Tapi kalau keadaan mendesak, aku boleh je terbangun kalau setakat dah set alarm henpon ni haa. Dari zaman kat maktab, memang bangun pagi. Masa kerja dulu pun sama. Dan aku tau, minggu ni mak memang busy dengan meeting mark paper tu.

Tapi, yelah kan. Pernah dengar orang kata nakkan perhatian? 

Itu la yang aku tengah buat tu.

*sengihlebar*


Monday, December 19, 2011

Perasaan berbini baru

Lain tau perasaan bila baru dapat kerja ni.

Dia macam bila kau berbini baru tau.

Semangat tu warna-warni macam pelangi sikit.

Memangla gaji tak banyak macam kerja dulu. 

Tapi apalah gunanya gaji banyak kalau hati tak senang? Apalah yang boleh disenangkan dalam hidup ni, kalau hati sendiri langsung tak senang?

Aku mesej mak tadi :

"Mak, just to let you know, Kak Jaja BBM saya tadi, mintak datang untuk training santai-santai. I got the job!"
Tak sampai beberapa saat, henpon berbunyi. 

Tidak ada yang lebih mempelangikan hati, selain daripada melihat nama mak appear kat skrin henpon sebagai pemanggil. Apatah lagi, mendengar suaranya.


Friday, December 16, 2011

Takkan lari gunung dikejar??

Secara terus-terangnya, ni peribahasa Melayu yang paling aku tak suka. Dari dulu.

Please la.

Gunung tu memang takkan lari dikejar. Malah, kalau kau berlari setempat selama 378 hari sekalipun, memang gunung tu takkan lari. Sebab gunung tu memang ada kat situ. Bertapak dan berakar di situ.

Tapi, kalau kau tak pergi berusaha untuk tawan gunung tu, untuk daki gunung tu dan sampai ke puncak, dah tentu orang lain akan pergi daki dan tawan dulu gunung tu sebelum kau.

Macam Ben Nevis tu. Kalau kau berlari setempat kat Malaysia ni pun, dia takkan lari punya. Dia memang ada je kat Scotland tu haa. 

Tapi, kalau kau nak tawan dia, kau kena usaha la. Ambik flight pergi sana, buat apa yang patut.

Ini tak, dok guna konsep "takkan lari gunung dikejar" tu.

Tuhan sendiri kata Dia takkan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu mengubahnya sendiri.




Macam kes oversized sweater yang aku nak kat Topman tu. Kalau aku berusaha drive kereta dan park di stesen Setiawangsa, naik tren dari Setiawangsa menuju ke KLCC sekali pun, kemudiannya berjuang dan berpedang mati-matian sehingga luka parah dengan customer lain agar tiada sesiapa berjaya menawan sweater tersebut sebelum aku menawannya pun, memang tak berguna. 

Tak berguna selagi takde wang sejumlah RM 173 di dalam wallet.

Pffffrrrttttt.


Wednesday, December 14, 2011

Susah benorr jaga bini orang ni...

Konsep konversasi blekberi mesenjer. 


Kawan : Kau pakaikan dia cool fever tak?

Aku : Tak. Kejap.

Kawan : Pakaikan la.

Aku : Badan dia tak panas. Tapi aku suruh dia bangun mandi.

Kawan : Kau mandikan. Lemah badan dia nak bangun mandi ni. Please eh?

Aku : Kau la datang sini, mandikan dia. Aku mandikan tak jalan. *ikon sengih lebar*

Kawan : Mandikan. Mandi air panas sikit, baru sedap. Tak boleh la, aku kerja ni. Kalau ada duit tol, aku datang je sana.

Aku : *ikon sengih lebar, mata bentuk love dan berspek hitam*

Kawan : Mandikan, okay. Please... Ingat dah okay demam dia.

Aku : Dia tengah mandi. Tapi bukan aku mandikan. Dia mandi sendiri. Sebab aku terlalu ego untuk mandikan dia. Aku tak suka tunjuk kasih sayang aku. *ikon sengih lebar*

Kawan : Cett. Belikan cool fever, okay.

Aku : Okay, tapi aku yang nak pakai. Sebab cuaca panas, walaupun hari hujan. *ikon sengih lebar*

Kawan : Bagi la dia pakai, ngok. Kau sihat je kan.

Aku : Aku tak sihat jugak. Kulit jari terkupik semalam. Pedih.

Kawan : Kesiannya. *ikon not interested* Nak tau dia je okay ke tak. Kau okay ke tak, tak mau ambik tau. (Boleh ke cakap macam tu?) Hahaha, aku gurau je wehh.

Aku : Kau cakap cenggitu, aku doakan kau kena rogol dengan pondan balik kerja nanti. *ikon kepala syaitan*

Kawan : Uh, sedap mak. Pondan pun jadi la, daripada takde langsung.

Aku : Pfffrrrtttt.


Aku lapar. Terdorong untuk membeli makanan di gerai kat simpang nu. Si demam tak nak makanan, cuma mintak dibelikan milo paket dan roti.

Aku pulang dengan riangnya, demi memenuhi tuntutan nafsu terhadap makanan. Baru nak bukak polisterin nasi goreng kampung dan telur bungkus, henpon berbunyi, ada mesej BBM masuk.

Kawan : Beli roti dengan milo je? Apa laaa... Air bali la mak oiii...



Aku baca doa makan, dan terus makan sambil ketawa.


Sunday, December 11, 2011

Siri rindu

Suatu malam, dalam kereta, mencari kedai makan.

Ticham : Mak Long, adik nak beli CD game.

Aku : Alaa, Mak Long takde duit la. Duit Mak Long cukup untuk kita makan kat mamak tu je. Kan Mama tak masak, jadi kita kena makan luar.

Ticham : Alaa, beli CD game la. Tak payah makan pun takpe.

Aku : Tapi, Mak Long lapar gila ni. Mak Long nak makan tosey.

Ticham : Okayla, kita beli satu je CD. Kalau tak, adik tak nak tunjuk jalan.

Aku :   -.-"

Iskandar bukak wallet aku, belek duit.

Iskandar : Ha'ah la, adik. Duit Mak Long ada sikit je. Kesian Mak Long.

Aku : *sengihlebar*

Ticham : Alaaa, kita beli satu je. Satuuuu je. Kalau tak, adik tak nak tunjuk jalan pergi kedai makan!




2006, Kak Biah disahkan menghidap kanser. Hospital, chemotherapy and all. Asal weekend je aku ulang alik maktab - Bukit Sentosa, untuk jaga diorang. That was the least yang aku boleh buat, sedangkan Kak Biah dan Abang Bidi banyak tolong aku masa aku study. Dan Azie pun datang dari Kuantan untuk jaga diorang.

Iskandar : Mama, mama kuat kan? Mama kan budak baik. Mama kena kuat, barulah mama boleh baik.


Mata siapa tak berkaca dengar seorang budak berumur 5 tahun cakap cenggitu kepada maknya yang tengah berjuang memerangi kanser?




Sini dengan Bukit Sentosa tak jauh dah kot, tapi buat masa ni Mak Long tak boleh nak pergi sana. Mak Long tak prepare lagi skrip untuk explain kat Mama kenapa Mak Long berhenti kerja. Mak Long nak kena bersoal-jawab dengan banyak pihak ni. Haha!

Plus, Mak Long semekin sekarang. Nak beli biskut untuk buat buah tangan pun takde duit. Hahaha. Nanti Mak Long kaya, kita boleh beli Buzz Lightyear dengan Woody banyak-banyak. Abang boleh beli komik yang abang suka tu. Nak pow Mak Long banyak-banyak pun takpe, Mak Long rela. Haha!



Semua tau aku tak ngam dengan budak-budak. Budak-budak pun tak suka aku kot.

Tapi hanya budak berdua ni je la yang aku boleh ngam.



Mak Long rindu. Like seriously.

Friday, December 9, 2011

Tidak ada kiamat untuk itu

Aku selalu saja mimpi tentang kiamat. Sekurang-kurangnya sebulan sekali. In a way, aku tau Tuhan nak insafkan aku. Sebab aku banyak dosa. Lebih-lebih lagi, setiap kali mimpi sebegitu, yang ada hanya aku dan mak. Mak pegang tangan aku. Selalunya begitu.

Tapi, ada sekali tu, aku mimpi kiamat juga. Bersama mak. Dunia memang sedang musnah ketika itu. Tunggu masa je. Aku peluk mak. Aku sedih. Tapi mak kata :

"Tak apa, nanti kita jumpa kat syurga."

"Tapi, tu maknanya lambat lagi. Sebab mak masuk syurga dulu. Saya mesti lama kat neraka."

Yang aku ingat, mak diam sambil pandang je aku. Sedih.

Masa tu, bila terjaga dari tidur, aku terus terfikir. Kenapa setiap kali mimpi kemusnahan dunia, mesti hanya ada aku dan mak? Dan berpegangan tangan. Mana pergi orang lain?

Aku akui, kali terakhir aku cakap pada mak yang aku sayangkan dia, adalah pada tahun 2004. Aku memang begitu. Berat dengan kata-kata.

Setiap tahun, bila 1 November menjelma, aku cuma rasa itu hanya tarikh biasa. Cuma terasa semakin tua. Tapi bagi aku, hari itu adalah hari untuk meraikan mak. Hari ulang tahun perjuangan mak menghantar aku ke dunia.

Setiap kali birthday mak pun, aku tak pernah nak cakap aku sayang dia. Paling hebat pun aku cuma cakap, "You're the greatest gift ever in my life".  Ya, tiada I love you di situ. Kalau ada hadiah pun, sekadar benda-benda tak seberapa saja.

2009, sesuatu yang tidak bagus berlaku pada minggu-minggu terakhir aku praktikum. Final year. Rupa-rupanya mak tunggu sampai aku habis setel semua observation dengan lecturer, baru mak nak berterus-terang. Bila mak called memberitahu apa yang sedang berlaku, seminggu aku asyik menangis. Masa tu tak ada seorang pun kawan aku yang tau. Cuma aku caught in action, diorang nampak aku menangis duduk depan almari. Mak cuma cakap :

"Awak janganlah menangis."
"Mak, kita dah lama hidup macam ni. Saya sedih. Sebab tu saya cakap saya tak nak kahwin. Sebab saya nak jaga mak."

"Awak jangan cakap macam tu..."


Sumpah, kalau diingatkan konversasi itu, sampai sekarang pun air mata menitik. Tapi mak macam tu je la. Polisi cool dan relax dia tu.

Sampai sekarang, setiap malam, bila mak tengah tidur, aku mengendap masuk bilik mak. Hanya untuk tengok mak tidur. Dalam wallet aku hanya ada gambar mak. Gambar masa dia belum kahwin. Kawan-kawan yang tengok gambar tu semua kata mak cantik. Mak putih, aku hitam.

Cumanya, aku rasa aku tau kenapa setiap kali mimpi kiamat, kenapa hanya ada aku dan mak. Sebab dalam dunia ni, aku tak ada apa-apa yang lebih membahagiakan, selain daripada mak. Mak satu-satunya cinta sejati aku.

Dan ya, kalau nak cakap pasal kasih sayang aku untuk mak, tidak akan ada kiamat untuk itu.

Muka gangster, tapi...

(Entri ni terhasil akibat proses tidur yang gagal. Nasib la kan kalau rasa tak worth untuk dibaca.)

  • bawak kereta auto
  • bahasa bunga-bunga
  • suka dengar lagu-lagu slow
  • cepat sedih tengok kucing tepi jalan
  • tiga kali menanggung rasa heart broken (Hati yang baik memang selalu dihancurkan. Okay, bye.)
  • setiap malam menjadi kaunselor masalah cinta dan rumah tangga rakan-rakan
  • terharu nak mampus bila kawan-kawan BBM dan whatsapp hanya untuk bertanya dah makan ke belum, tengah buat apa, kat mana tu (Tapi jangan harap la nak ekspreskan perasaan tu kan, konon-konon play it cool)
  • setiap malam tidur pakai knit sweater merah sebab rindu arwah tok
  • mata berkaca setiap kali bukak wallet tengok gambar mak
  • sebenarnya cucu idaman setiap nenek. (Percayalah, walaupun aku tak bagus handle budak-budak, tapi aku suka layan orang tua.)
  • bila marah, sedih, dan frust, simpan dalam hati (Okay, ni tipu. Padahal membebel kat twitter sepuluh kali sekejap)
  • bila rasa gembira, sanggup tak makan seharian, hanya berbaring dan tersenyum sepanjang hari, kononnya menikmati kegembiraan tersebut (Anda boleh mula muntah satu saat dari sekarang)
  • cepat rasa bersalah
  • takut dengan benda-benda panas sebab trauma accident. (Kalau dah sampai kaki cacat, siapa tak trauma?)
  • simpan hasrat nak buat filem sedih mengalahkan Ombak Rindu  

Percayalah, apa-apa saja yang anda nampak dari luar, belum tentu memberikan cerita sebenar. Hati orang kita tak tau. Melainkan kita explore sendiri. 


Tiba-tiba saya rasa diri saya sangat awesome. Hasil daripada memiliki sokongan kawan-kawan yang awesome, I guess.


Tuesday, December 6, 2011

Kita kalau naik tren...

Kalau naik tren, tak kiralah KTM ke, Putra ke, Star ke, Monorail ke, ERL ke...

  1. Tak boleh bawak masuk haiwan
  2. Tak boleh makan minum
  3. Tak boleh smoke

Tapi boleh pulak bercakap sesama sendiri macam kawan tu jaraknya beza tiga gerabak.

Boleh pulak bergelak ketawa macam dalam tren tu hanya ada kau dan kawan-kawan kau yang seolah-olah sedang buat reunion.



Memang la tren tu bukan library, nak kena diam sepanjang masa.

Memang la tak ada tulis kat situ suruh kau diam.

Tapi takkan la tak ada courtesy langsung?




Kalau cenggitu, kalau aku naik tren dan rasa penat, dan rasa nak berbaring-baring depan kau, boleh?

Tak ada pulak tulis "Jangan baring di dalam tren ini."

Ke cemana?


Monday, December 5, 2011

Keramat kasih sayang mak

Aku mesej mak tadi. Saja nakkan perhatian.


" Mak ada doa apa-apa ke untuk saya? Saya rasa hari ni lain macam je."

"Doa yang biasa je. Biar awak murah rezeki. Tu je."

"Nanti nak pergi interview lain pulak. Saya suka sikit tempat tu. Tak payah nak pakai semat-semat sangat."

"Okay, buat la. Mak doa je. Hari ni mak puasa 9 Muharam. Selalunya Allah makbul doa orang yang berpuasa. Esok lusa insyaAllah mak puasa jugak."




Aku? Terus bukak lagu Bonda - M. Nasir.

Lirik baris pertama pun dah mencengkam.

Saturday, December 3, 2011

Persamaan antara Haji Talib (bukan nama sebenar) dan Fafa

Tadi ada kenduri kahwin di rumah Haji Talib. Aku malas, sebab aku jarang suka lauk kenduri sebenarnya, tapi dikerah oleh mak. Padahal rumah dia beberapa meter je dari rumah aku.

Anak dia yang kahwin ni senior setahun dengan aku masa sekolah dulu.

Aku : Mak, cuba teka apa persamaan antara saya dan Haji Talib?

Mak : Apa?

Aku : Hehe. Selalu kalau saya pergi appointment doktor, mesti nampak dia. Tapi dia pakai baju hijau. Patient kat wad situ tu. Dia kadang-kadang je masuk wad kan?

Mak : Ehmm. *muka malas nak layan*

Aku : Tapi saya takde la pergi supermarket dan acukan pistol kat cashier. Ke saya pernah buat cenggitu?

Mak : Awak kalau sakit, meringkuk atas katil, tak pun atas lantai. Tak sedarkan diri berhari-hari, tak kacau orang. Tapi tu yang mak susah hati.

Aku : *diam*





Rasa sedih nak balik KL esok. Aku nak bagitau mak yang walaupun aku sekarang jobless, wallet berhabuk, akaun bank kontang, bakal dikecam masyarakat kerana berhenti kerja, emosi kurang stabil, tapi aku tetap okay. Sebab dia. Tapi tak boleh nak bagitau. Sebab macam ada tembok.

Bak kata seorang kawan, kita ni alive and kicking sebab mak. Yes, indeed.


Situasi (Bukan lagu Bunkface eh)

Dalam kereta, lagu favourite terpasang.

Situasi 1

Kawan 1 : Kau takde lagu lain ke?

Aku : Bukak la FM tu.


Situasi 2

Kawan 2 : Lagu apa yang kau pasang ni? Tak pernah dengar pun.

Aku : Takpe la. Tutup la CD tu, on FM.


Situasi 3

Kawan 3 : Lagu kau ni macam lagu menunggu kematian je. Sedih je.

Aku : Aku kan sentimental.


Situasi4

Kawan 4 : Lagu ni banyak version kan?

Aku : *sengih* Ha'ah, tapi yang dalam CD ni semua yang dia perform live, dia compile kan jadi satu CD.

Kawan 4 : Ohh, ya ke? Patut la.

Aku : Ada yang Casa Nova Sessions, Gospel Collection, All Night Session, New York Session. Kita boleh differentiate tau, sebab dia kan memang best gila bila perform live.

Kawan 4 : Ha'ah, betul. Ni latest album ke? Ke album yang dulu tu?

Aku : Yang dulu tu la. Yang sleeve cover putih tu. 2009. Rasanya takde yang latest lagi. Tak sure la.

Kawan 4 : Bila dengar suara dia pun macam rasa lega je kan?

Aku : Yes, abso-freaking-lutely. Style dia strum gitar pun mana sama dengan orang lain. Kreatif gila. Lepas tu dia boleh create lirik sesuka hati on the spot, berdasarkan situasi audience dia masa tu kan? Turun naik key pun dia boleh adjust dan-dan tu jugak.

Kawan 4 : Betuuulll. He's very good. Got different style though.

Aku : Yang ni paling best. Love for A Child. Tentang anak yang parents dia bercerai. How he feels about it, celebrate Christmas asing-asing, enjoying two birthday cakes. He-he. And there's this song about animals tau.

Kawan 4 : Woww, he's very cool.

Aku : *senyum* Indeed. The Smiths tau?

Kawan 4 :Tau-tau. Yang 80's tu kan? Tapi susah nak jumpa CD diorang.

Aku : Kan? Ada je download kat 4shared, tapi lagi best kalau dapat beli CD diorang.







Kadang-kadang orang tak memahami minat kita. Tapi once kita dah jumpa manusia-manusia yang sama minat dengan kita, we can talk about that particular stuff all night long. 

 Nasib la kan. Aku memang tak up to date sikit dengan lagu-lagu baru.

Ada siapa-siapa suka lagu SM Salim nyanyi? I'm a fan, anyway.


Thursday, December 1, 2011

Saya hitam, saya cool je.

Masa kita berduit dan berharta, semua orang harapkan kita. Masa tu la semua orang tanya bila nak lepak sekali, bila nak belanja makan, tak nak jumpa ke, kau dah tak ingat kawan ke, jom tengok wayang nak, tolong bayarkan bil boleh, nanti jangan lupa buat itu ini, gaji kau banyak jomla belanja aku, blablabla, tungtangtungtang.

Tapi, bila kita tak ada apa-apa? Bila kita tak berduit dan berharta, memang ramai nak bagi pressure. Itu yang muncul. Yang tak muncul? Terus pasang perisai halimunan.

Yang bagi motivasi dan sokongan? Boleh kira satu tangan je.