Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Thursday, November 24, 2011

Ye la, awok orang Pekan.

Okay, ayah aku orang Pekan. Dan dia memang bangga menjadi anak kelahiran Pekan. Aku tak rasa dia bangga atas sebab apa pun, tapi sebab aku rasa orang Pekan ni memang ada identiti tersendiri dan entahlah. Haha. 

Aku dan abah memang kontra. Apparently, cara pemikiran memang tak sama. Dalam pelbagai aspek. Lebih susah bila abah jenis cakap tak pernah nak kalah. Secara jujurnya, aku pun suka balik Pekan, walaupun arwah tokki dan tok dah tak ada. Tapi sedara-mara bersepah. Orang Pekan ni, pusing-pusing situ jugak. Mesti berkait, mesti sedara jugak. Dan aku sendiri sangat suka apabila berkumpul dengan sedara-mara, masa tu la dapat dengar stail diorang ni bercakap. Omputeh kata "accent". Bukan eksyen eh.

Tapi aku memang suka menyakat (lebih kepada perli sebenarnya) abah.

Situasi 1

Ada sekali tu, dalam kereta, tengah bercerita pasal Carrefour.

Aku : Bukan Kay-four la, Bahh. Its Ka-fu.

Abah : Kay-four. Dato Najib pun sebut Kay-four.

Aku : Ka-fu la. Orang Pekan memang suka sebut pelik-pelik.

Mak dengan Shakira dah gelak-gelak.


Situasi 2

Adik-adik lelaki aku kalau pakai baju melayu, mesti nak pakai stail Johor. Baju keluar, samping ke dalam.

Abah : Cuba pakai tu elok sikit. Selekeh awak tau dak? Orang Pekan tak pakai samping gitu gaya.

Aku : Ye laa, orang Pekan kan semat memanjang. Hari-hari ngadap Tuanku.


Situasi 3

Abah : Awak ni, cu makan ikan patin ni. Orang lain semua makan. Awak je tak makan. Orang Pekan kena makan ikan patin ni. Ikan keli tu boleh pulak awak makan.

Aku : Saya bukan orang Pekan. Saya Scottish.

Abah : Awak memang. Perasan omputeh sokmo.

Aku : Memangla. Sebab tu omputeh tak makan ikan patin.


Situasi 4

Bila hujung-hujung tahun, cuti sekolah, banyak kenduri kahwin.

Aku : Cuti-cuti ni tak ada orang kenduri kawin ke, Bahh?

Abah : Ada. Berlembang. Tapi ni musim-musim banjir nak hujan ni, tak tau le guana gaya.

Aku : Orang Pekan memang suka buat kenduri kawin time banjir.


Situasi 5

Tengah bercerita tentang anak-anak cousin abah.

Abah : Anak-anak arwah Daud tu memang lawo-lawo. Tak kira laki pempuan.

Aku : Memang la lawo. Orang Pekan kan. Orang Pekan kabor, gorjess. Eh, orang Pekan cakap omputeh dak?

Abah : Awak ingat orang Pekan tak reti cakap omputeh? Abah ni dulu sekolah English tau.

Aku : Ha'ah, tu yang jadi Kay-four tu.  



Teruk kan aku? Haha, the thing is, aku saje je. Nak menyakat dia. Kalau dia rasa kata-kata aku tu macam biadab, dah lama dah dia sound, sebab abah jenis yang garang dan cakap direct.

Tapi, ada satu benda yang aku suka pasal abah. Situasi ni selalu berlaku bila ada kenduri dan dia berjumpa sanak-sedara dia kat Pekan nuu.

Pak Cik 1 : Awok ni bila nak bermenantu nya?

Abah : Amboiihh, awok. Anak kawan tu lain sikit. Payoh. Dia kabor selagi tak kaya, tak boleh kawin. Dia nak kena ada kereta sebijik habis bayar, rumah sebijik, duit berlembang dalam akaun. Tu awok belum dengor dia kabor nak kawin dengan omputeh lagi tu.

Pak Cik 1 : Aihh, kemain anak awok. Dia bukannya lelaki, nak kena ngumpul duit banyak-banyak.

Abah : Dah memang pesen dia gitu gaya. Awok jangan bertanya ngat kat dia. Kang dia tanya balik awok ni dah naik haji ke dak. Pasal dia kabor orang Pekan ni sibuk suruh kumpul duit nak kawin, bukannya sibuk nak suruh kumpul duit naik haji. 

Pak Cik 1 : Amboiihh, anak awok. 

Abah : Padan gitu la anak kawan.



See? Dia tau nak back up aku bila kena masanya.

Heh-heh!


No comments:

Post a Comment

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.