Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Saturday, November 26, 2011

Level dan Kesepadanan

Kawan : Kau dengan dia ke tu?

Aku : Kau ingat aku ni kembar siam dia ke? Dia tengah mandi.

Kawan : Kau rasa aku dengan dia sepadan tak?

Aku : Konsep sepadan macam mana yang kau nak ni?

Kawan : Ye la, sepadan ke aku dengan dia? (tak menjawab soalan langsung)

Aku : Secara luarannya, aku rasa tak ada masalah langsung. Sebab Tuhan cipta semua benda dalam dunia ni ada kesepadanan. Tengok macam magnet. Boleh ke kutub yang sama dipadankan dengan kutub yang sama? Tak boleh kan?

Kawan : Mana boleh. Itu gay.

Aku : Hati tu yang kena sepadan. Kalau hati tak sepadan, tak boleh.

Kawan : *diam*



Sebenarnya aku paham konsep sepadan apa yang dia cuba maksudkan, tapi aku malas nak layan. Sebab, kalau konsep yang dimaksudkan ialah siapa ada lebih banyak degree, siapa ada phd, siapa gaji lagi besar, siapa kerja lagi bagus, bapak siapa paling saudagar, bapak siapa pegang share terbesar, siapa ada Merce lebih banyak, siapa lagi vogue, siapa muka lagi Barbie doll, siapa pakai baju lagi stylo, siapa lulusan Harvard, siapa lulusan Politeknik, memang aku malas nak layan.

Aku tau dia rasa rendah diri. Aku tau sebab aku sentiasa berada dalam kasut seperti itu.

Tapi yelah, manusia memang suka buat klasifikasi dan level untuk orang lain, yang menyebabkan manusia-manusia low self-esteem macam kami ni rasa tak ada tempat untuk kami di dunia ni.

Aku rasa Tuhan je yang layak tentukan level kita .

Dah tu, semua orang nak jadi Tuhan?

2 comments:

  1. kirim salam kat kawan ko tuh ek;)

    ReplyDelete
  2. Russ : Tak payah kirim salam. BBM je. Okay, byeee.

    ReplyDelete

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.