Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Tuesday, November 22, 2011

Antara rahsia Tuhan

Kita selalunya kecewa apabila orang yang kita harap dapat tolong kita, somehow dia tak dapat tolong atau dia memang mengelak untuk tolong kita. Sedangkan selalunya kitalah yang dia harapkan untuk tolong dia.


Tapi aku berpegang pada satu pegangan.

Tak semestinya orang yang kita tolong tu akan tolong kita apabila kita berada dalam kesusahan. Sebab Tuhan jadikan begitu banyak jenis manusia dalam dunia ni.

Kalau kita selalu tolong A, tapi tak semestinya A akan tolong kita juga. Mungkin Tuhan akan hantar B, C, D, E atau sampai Z sekalipun untuk tolong kita.

Itu konsep yang aku pegang. Sebab tu kita kalau boleh, bila nak tolong orang, kita jangan pilih orang. Kita tolong selagi mampu. Kita tolong walaupun kita tak kenal pun luar dalam orang tu macam mana.

Aku pernah terjumpa seorang pak cik, yang berada dalam kesusahan. Nak pergi ke tempat yang ditujunya, tapi jauh. Nak isi minyak kereta, tapi kena pergi dulu bank untuk keluarkan duit. ATM machine kat situ rosak.

Aku memang 50-50 masa tu. Kalau aku tumpangkan pak cik tu ke bank yang dia nak pergi, mana tau kalau dalam kereta dia acukan rifle atau M-16 kat aku. Haaa, cemana? Padahal tak berbaloi pun kalau dia nak rompak orang miskin macam aku ni kan.

Maka, sebaliknya, aku buat ajelah apa yang patut. Pak cik tu sangat berterima kasih dan dia mintak nombor telefon dan sebagainya supaya dia dapat balas balik pertolongan aku.

Aku cuma jawab :

"Macam ni lah, pak cik. Nanti kalau pak cik jumpa orang yang susah, pak cik tolong orang tu pulak."

Muka pak cik tu berkerut-kerut. And he was like, "Laa, macam tu ke? Terima kasih banyak-banyak, nak. Pak cik doakan supaya anak berjaya satu hari nanti."

Aku bukan nak cerita kebaikan aku, sebab aku rasa aku memang jenis manusia yang selalu buat dosa. Tapi aku nak orang tau rahsia yang tersirat dalam scene ni.

The thing is, kalau at the first place pak cik tu memang nak rompak atau tipu aku, aku harap dia boleh berfikir sendiri.

Tapi kalau pak cik tu memang bukan orang jahat dan tak berniat nak menipu aku, aku harap dia betul-betul doakan kejayaan aku.

Bukan senang untuk some random person to pray for us. Sedangkan kita sendiri pun jarang nak doakan diri sendiri.



1 comment:

  1. that's wat we call pay it forward..insyaAllah.. http://ainnaziha.blogspot.com/2011/06/day-2.html

    ReplyDelete

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.