Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Tuesday, November 8, 2011

Doa Mak

Aku mesej mak pagi tadi, setelah mak MMS gambar Jodi dan Jimmy selepas mak bagi diorang makan.


"Mak, doa-doakan la sinopsis saya tu diterima, dan layak buat drama atau filem. Dan boleh menghasilkan wang yang agak lumayan. Bolehla saya tolong mak abah sikit-sikit. Doa-doa la supaya saya tak kena tipu dengan orang production house tu. Saya nak buat solat hajat, tapi saya period."

Terus mesej masuk kat henpon aku.

"Dah... Mak memang dah doakan pun."




Ayat sesimple itu memang buat aku kesat air mata guna lengan baju.

No comments:

Post a Comment

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.