Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Sunday, November 27, 2011

Siapa nyanyi lagu Sunday Morning tu? Maroon Five eh?

Apa yang berlaku pada hari Jumaat ialah, mendapat panggilan dari sekolah. Tak cool. Tapi cuba untuk cool.

Cuba mencari kedamaian dan berhasrat untuk test gitar kat Yamaha Wangsa Walk. Main dengan sangat perfect dan smooth. Tak habis satu lagu, tinggal beberapa line saja, brader tu panggil aku.

"Dik."

Sambil menunjukkan jam dia, konon dah time's up. I was like, waddehekkk kedekut sangat ni? Okay, another perosak untuk hari itu. Dah la panggil aku adik. Obviously aku lagi tua dari kau. Whatever.

Semalam. Henpon kena barred. Cuba mengepow henpon Dila untuk call abah dan mak. 

Komplikasi berlaku di rumah, which led to another komplikasi and on and on.

Kesabaran macam dah nak habis dah. Tapi aku relax je. A junior called and I offered myself to bawak dia pergi DBP to get the book she wanted. Not gonna stay at home dan dikelabui komplikasi yang diakibatkan syaitan tersebut. 

The thing is, mak and abah went through a lot because of you. And, yes, WE suffered a lot. Sebab kau. Lets just berharap we're not gonna bump into each other sebab aku rasa aku boleh end up jadi pembunuh, dan kau mati sia-sia. Aku suka je kalau kau mati dalam rumah tu, di tangan aku. Ha'ah, for the first time in my life, I hate someone so much and I hope he dies. Still cant believe I'm writing about you yang sangat tak deserve semua ini.

Beremosi dari Bulatan Pahang sampaila KL Sentral. Lepas tu aku try to compose myself. Kurang berjaya sebab mood terspoil membawak ke malam, and I couldn't sleep. Dan sangatla rasa nak merentasi lebuh raya untuk balik Kuantan dan-dan tu jugak. Which is apparently impossible la kan.

Hari ni. Zoull cant make it for PD and Kedah. Sebab demam teruk. Dialah satu-satunya harapan untuk menjadi entertainer dalam kereta sepanjang hari ni. Dan Dasuki juga frust sebab Zoull tak ada. 

Aku rasa nak mesej mak pagi-pagi ni, nak bertanya how is she doing, tapi tak jadi. Takut nanti aku beremosi lagi. Dah tua-tua ni memang aku makin sensitif.




Three days in a row, tapi aku masih berharap Tuhan semburkan sedikit keajaiban.




Saturday, November 26, 2011

Level dan Kesepadanan

Kawan : Kau dengan dia ke tu?

Aku : Kau ingat aku ni kembar siam dia ke? Dia tengah mandi.

Kawan : Kau rasa aku dengan dia sepadan tak?

Aku : Konsep sepadan macam mana yang kau nak ni?

Kawan : Ye la, sepadan ke aku dengan dia? (tak menjawab soalan langsung)

Aku : Secara luarannya, aku rasa tak ada masalah langsung. Sebab Tuhan cipta semua benda dalam dunia ni ada kesepadanan. Tengok macam magnet. Boleh ke kutub yang sama dipadankan dengan kutub yang sama? Tak boleh kan?

Kawan : Mana boleh. Itu gay.

Aku : Hati tu yang kena sepadan. Kalau hati tak sepadan, tak boleh.

Kawan : *diam*



Sebenarnya aku paham konsep sepadan apa yang dia cuba maksudkan, tapi aku malas nak layan. Sebab, kalau konsep yang dimaksudkan ialah siapa ada lebih banyak degree, siapa ada phd, siapa gaji lagi besar, siapa kerja lagi bagus, bapak siapa paling saudagar, bapak siapa pegang share terbesar, siapa ada Merce lebih banyak, siapa lagi vogue, siapa muka lagi Barbie doll, siapa pakai baju lagi stylo, siapa lulusan Harvard, siapa lulusan Politeknik, memang aku malas nak layan.

Aku tau dia rasa rendah diri. Aku tau sebab aku sentiasa berada dalam kasut seperti itu.

Tapi yelah, manusia memang suka buat klasifikasi dan level untuk orang lain, yang menyebabkan manusia-manusia low self-esteem macam kami ni rasa tak ada tempat untuk kami di dunia ni.

Aku rasa Tuhan je yang layak tentukan level kita .

Dah tu, semua orang nak jadi Tuhan?

Friday, November 25, 2011

Saya harap Siti Nurhaliza ada jawapan untuk soalan ini

Sebenarnya apa yang Siti Nurhaliza maksudkan dengan "Bukan Cinta Biasa"?

Because, somehow I think it sounds gay.

Ke aku salah?

Okay, bye.

Thursday, November 24, 2011

Ye la, awok orang Pekan.

Okay, ayah aku orang Pekan. Dan dia memang bangga menjadi anak kelahiran Pekan. Aku tak rasa dia bangga atas sebab apa pun, tapi sebab aku rasa orang Pekan ni memang ada identiti tersendiri dan entahlah. Haha. 

Aku dan abah memang kontra. Apparently, cara pemikiran memang tak sama. Dalam pelbagai aspek. Lebih susah bila abah jenis cakap tak pernah nak kalah. Secara jujurnya, aku pun suka balik Pekan, walaupun arwah tokki dan tok dah tak ada. Tapi sedara-mara bersepah. Orang Pekan ni, pusing-pusing situ jugak. Mesti berkait, mesti sedara jugak. Dan aku sendiri sangat suka apabila berkumpul dengan sedara-mara, masa tu la dapat dengar stail diorang ni bercakap. Omputeh kata "accent". Bukan eksyen eh.

Tapi aku memang suka menyakat (lebih kepada perli sebenarnya) abah.

Situasi 1

Ada sekali tu, dalam kereta, tengah bercerita pasal Carrefour.

Aku : Bukan Kay-four la, Bahh. Its Ka-fu.

Abah : Kay-four. Dato Najib pun sebut Kay-four.

Aku : Ka-fu la. Orang Pekan memang suka sebut pelik-pelik.

Mak dengan Shakira dah gelak-gelak.


Situasi 2

Adik-adik lelaki aku kalau pakai baju melayu, mesti nak pakai stail Johor. Baju keluar, samping ke dalam.

Abah : Cuba pakai tu elok sikit. Selekeh awak tau dak? Orang Pekan tak pakai samping gitu gaya.

Aku : Ye laa, orang Pekan kan semat memanjang. Hari-hari ngadap Tuanku.


Situasi 3

Abah : Awak ni, cu makan ikan patin ni. Orang lain semua makan. Awak je tak makan. Orang Pekan kena makan ikan patin ni. Ikan keli tu boleh pulak awak makan.

Aku : Saya bukan orang Pekan. Saya Scottish.

Abah : Awak memang. Perasan omputeh sokmo.

Aku : Memangla. Sebab tu omputeh tak makan ikan patin.


Situasi 4

Bila hujung-hujung tahun, cuti sekolah, banyak kenduri kahwin.

Aku : Cuti-cuti ni tak ada orang kenduri kawin ke, Bahh?

Abah : Ada. Berlembang. Tapi ni musim-musim banjir nak hujan ni, tak tau le guana gaya.

Aku : Orang Pekan memang suka buat kenduri kawin time banjir.


Situasi 5

Tengah bercerita tentang anak-anak cousin abah.

Abah : Anak-anak arwah Daud tu memang lawo-lawo. Tak kira laki pempuan.

Aku : Memang la lawo. Orang Pekan kan. Orang Pekan kabor, gorjess. Eh, orang Pekan cakap omputeh dak?

Abah : Awak ingat orang Pekan tak reti cakap omputeh? Abah ni dulu sekolah English tau.

Aku : Ha'ah, tu yang jadi Kay-four tu.  



Teruk kan aku? Haha, the thing is, aku saje je. Nak menyakat dia. Kalau dia rasa kata-kata aku tu macam biadab, dah lama dah dia sound, sebab abah jenis yang garang dan cakap direct.

Tapi, ada satu benda yang aku suka pasal abah. Situasi ni selalu berlaku bila ada kenduri dan dia berjumpa sanak-sedara dia kat Pekan nuu.

Pak Cik 1 : Awok ni bila nak bermenantu nya?

Abah : Amboiihh, awok. Anak kawan tu lain sikit. Payoh. Dia kabor selagi tak kaya, tak boleh kawin. Dia nak kena ada kereta sebijik habis bayar, rumah sebijik, duit berlembang dalam akaun. Tu awok belum dengor dia kabor nak kawin dengan omputeh lagi tu.

Pak Cik 1 : Aihh, kemain anak awok. Dia bukannya lelaki, nak kena ngumpul duit banyak-banyak.

Abah : Dah memang pesen dia gitu gaya. Awok jangan bertanya ngat kat dia. Kang dia tanya balik awok ni dah naik haji ke dak. Pasal dia kabor orang Pekan ni sibuk suruh kumpul duit nak kawin, bukannya sibuk nak suruh kumpul duit naik haji. 

Pak Cik 1 : Amboiihh, anak awok. 

Abah : Padan gitu la anak kawan.



See? Dia tau nak back up aku bila kena masanya.

Heh-heh!


Wednesday, November 23, 2011

Hati orang susah nak dikekang

Kawan 1 : Aku paling suka tengok lelaki pakai baju melayu lengkap bersamping bersongkok.

Kawan 2 : Ferrgghh, tapi kalau yang pakai semat berkot bertie, lagi aku cair.

Kawan 3 : Eh, tapi aku suka tau tengok lelaki yang pakai cap.

Kawan 4 : Wehh, nak-nak yang pakai long sleeves yang V-neck. Fuhhh.

Kawan 2 : Kau, Faa? Kau suka yang cemana?

Aku         : Aku suka tengok perempuan pakai denim hot pants.

Mereka beramai-ramai : ???


Kadang-kadang statement yang ambiguous memang boleh buat kita dikecam seperti ahli sihir yang patut dibakar.

Nasiblah. Manusia memang ramai yang judgemental.

Tuesday, November 22, 2011

Antara rahsia Tuhan

Kita selalunya kecewa apabila orang yang kita harap dapat tolong kita, somehow dia tak dapat tolong atau dia memang mengelak untuk tolong kita. Sedangkan selalunya kitalah yang dia harapkan untuk tolong dia.


Tapi aku berpegang pada satu pegangan.

Tak semestinya orang yang kita tolong tu akan tolong kita apabila kita berada dalam kesusahan. Sebab Tuhan jadikan begitu banyak jenis manusia dalam dunia ni.

Kalau kita selalu tolong A, tapi tak semestinya A akan tolong kita juga. Mungkin Tuhan akan hantar B, C, D, E atau sampai Z sekalipun untuk tolong kita.

Itu konsep yang aku pegang. Sebab tu kita kalau boleh, bila nak tolong orang, kita jangan pilih orang. Kita tolong selagi mampu. Kita tolong walaupun kita tak kenal pun luar dalam orang tu macam mana.

Aku pernah terjumpa seorang pak cik, yang berada dalam kesusahan. Nak pergi ke tempat yang ditujunya, tapi jauh. Nak isi minyak kereta, tapi kena pergi dulu bank untuk keluarkan duit. ATM machine kat situ rosak.

Aku memang 50-50 masa tu. Kalau aku tumpangkan pak cik tu ke bank yang dia nak pergi, mana tau kalau dalam kereta dia acukan rifle atau M-16 kat aku. Haaa, cemana? Padahal tak berbaloi pun kalau dia nak rompak orang miskin macam aku ni kan.

Maka, sebaliknya, aku buat ajelah apa yang patut. Pak cik tu sangat berterima kasih dan dia mintak nombor telefon dan sebagainya supaya dia dapat balas balik pertolongan aku.

Aku cuma jawab :

"Macam ni lah, pak cik. Nanti kalau pak cik jumpa orang yang susah, pak cik tolong orang tu pulak."

Muka pak cik tu berkerut-kerut. And he was like, "Laa, macam tu ke? Terima kasih banyak-banyak, nak. Pak cik doakan supaya anak berjaya satu hari nanti."

Aku bukan nak cerita kebaikan aku, sebab aku rasa aku memang jenis manusia yang selalu buat dosa. Tapi aku nak orang tau rahsia yang tersirat dalam scene ni.

The thing is, kalau at the first place pak cik tu memang nak rompak atau tipu aku, aku harap dia boleh berfikir sendiri.

Tapi kalau pak cik tu memang bukan orang jahat dan tak berniat nak menipu aku, aku harap dia betul-betul doakan kejayaan aku.

Bukan senang untuk some random person to pray for us. Sedangkan kita sendiri pun jarang nak doakan diri sendiri.



Friday, November 18, 2011

Malaysian tak ready lagi untuk cerita cenggini

Dari awal aku tau aku tak ada harapan nak menang. Yang datang tu semuanya hebat. I'm just nobody.

But the weird part is bila a few people came to me and told me how they love my story. And some of them kata cerita cenggini belum pernah dibuat orang. And they hoped I'd win.

I was so nervous like hell nervous, but surprisingly for the first time in my life, I think I did it quite well.

But, of course, I didn't win.

Yang jadi juri tu pun orang stesen tv. Dont get me wrong. Not that I put the blame on them.

Malaysian tak ready lagi untuk cerita cenggini.

Tapi diorang ready untuk cerita-cerita yang ada nude scene. Cerita-cerita yang menghala ke arah itu, of course they're ready for that.


Aku senyum je sepanjang balik tu, mengenangkan how sweet those people I dont know, to have the thought of me winning the competition. It made me think, is my idea that good? I dont know.

Yang aku tau, balik tu aku mandi-mandi, dinner kat NZ Wangsa Maju, sambil menyaksikan kemeriahan umat manusia menonton dan kemudiannya meraikan kemenangan pasukan bola sepak Malaysia.

Dan-dan tu aku teringat, cerita "Hati Malaya" adalah satu-satunya filem yang buat aku menangis dalam panggung. Tapi persoalannya, berapa ramai yang tengok cerita tu?

Aku pun bukan kaki filem patriotik, tapi sebenarnya bila rakyat Malaysia ni ready untuk sesuatu yang deep dan berbeza?

Monday, November 14, 2011

Kucing bertanduk

Faqeh : Kau potong rambut ke, Fa?

Safuan : Fafa mana pernah potong rambut. Rambut dia memang sentiasa macam tu.

Aku : *buat-buat kunyah burger sambil rolling eyes*



Dan-dan tebayang rambut Rozita Che Wan.

Tunggu la sampai semua kucing dalam dunia ni bertanduk, baru aku dapat rambut cenggitu.

Najis?

You threw shits on my face. You went away just like that.

You pretend it never happened. And you think things are back to normal?

Bad news, it isn't. Lets just wait for karma to throw shits on your face.

Sunday, November 13, 2011

Labuhnya, pendeknya...

Lepas interview semalam, aku lepak dengan Safuan kat Times. Masa nak keluar semula daripada jualan gudang ke apa tu, ada sepasang couple remaja ni.

Diorang tengah belek skirt labuh kembang-kembang. Mungkin si girlfriend tu cadang nak beli.

Aku rasa mungkin si girlfriend tu cakap skirt tu labuh sangat, sebab si boyfriend sengih-sengih cakap :

"Labuhnya? Pendeknya awak."

Aku dan Safuan tak dengar apa perbualan selanjutnya sebab kitorang cepat-cepat berjalan keluar, sebab nak gelak.


Friday, November 11, 2011

Perbezaan hujan

Hujan KL takkan sama dengan hujan Kuantan.

Ni memang ayat homesiiiiiccckkk!!

Wednesday, November 9, 2011

Pagi tidak bersamaan dengan breakfast

Sebab bangun-bangun pagi je aku buat resume.


KL memang berhabuk. Hari-hari aku selesema.

Tuesday, November 8, 2011

Doa Mak

Aku mesej mak pagi tadi, setelah mak MMS gambar Jodi dan Jimmy selepas mak bagi diorang makan.


"Mak, doa-doakan la sinopsis saya tu diterima, dan layak buat drama atau filem. Dan boleh menghasilkan wang yang agak lumayan. Bolehla saya tolong mak abah sikit-sikit. Doa-doa la supaya saya tak kena tipu dengan orang production house tu. Saya nak buat solat hajat, tapi saya period."

Terus mesej masuk kat henpon aku.

"Dah... Mak memang dah doakan pun."




Ayat sesimple itu memang buat aku kesat air mata guna lengan baju.

Friday, November 4, 2011

Blerghhhh...

Aku sekarang berada di cyber cafe. Ini sesuatu yang sangat jarang berlaku.

Dan aku tak boleh blah dengan apa yang sedang berlaku.

Jadi, aku nak keluar dari sini.

Okay, bye.