Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Saturday, October 22, 2011

Suami, isteri, anak dan dot dot dot.

Dulu aku ada satu pemikiran di mana aku ingat setiap orang yang kahwin tu akan automatik dapat anak. Aku tak tau bahawa terdapat usaha yang perlu dilaksanakan untuk mencapai misi tersebut.

Yela, sebab masa tu mana nak ada sangat cerita orang belum kahwin dah dapat anak. Kalau ada pun, mungkir minor case dan tak lah mendapat liputan meluas macam sekarang.

Maka, aku mempunyai pemikiran orang kahwin automatik dapat anak tu sampai aku darjah enam kot. Naif kan aku masa tu? Sekarang? Mestilah semakin naif kan. *ikon sengih besar sikit*

Tapi tu cerita 14 tahun dulu. Budak-budak sekarang, darjah dua pun dah tahu nak buat eksperimen dengan kawan-kawan, berkaitan usaha mendapatkan anak.

Tapi, dua tiga menjak ni, bila aku nampak pasangan suami isteri dengan anak diorang kat mana-mana, aku mula memikirkan cemana diorang boleh dapat anak diorang tu.

Aku rasa aku sangat pervert.

1 comment:

  1. Uncle Google has the answer to almost everything. Just ask.

    But don't ask about alam barzakh. Aku rasa takda jwpn yg pasti ttg itu.

    ReplyDelete

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.