Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Wednesday, October 19, 2011

Ramli Sarip kata bukan kerana nama

Secara jujurnya, dah tengah-tengah malam cenggini, aku nak bagitau yang aku sebenarnya tak suka dengan nama aku sendiri. Kalau mak ayah aku baca ni mesti diorang rasa offended. Tak tau bersyukur punya anak. Hee-hee.Tapi nak buat cemana, dah memang aku sendiri tak berapa gemar.

Okay, tak kisahlah orang nak kata aku ni sanggup reveal nama sendiri ke apa, to hell la kan. Harap-harap takde la sesiapa yang selama ni stalk blog aku dan bercadang trace aku kat jabatan pendaftaran berdasarkan nama penuh aku ni kan. (Ayat kena la perasan ada stalker, eh stalkersss sikit kan, walaupun tak kuasa langsung la kan orang nak stalk)

Shifa Sabarina.

Okay, aku suka nama aku tu sebenarnya. Ramai kot orang cakap nama aku sedap. (Sekali lagi kena la over sikit perasan tu). Tapi yang buat aku kurang gemarnya, bila ada dua nama cenggitu, berlakulah pertanyaan seperti di bawah :

Nak panggil Shifa ke Sabarina ni?


Saya panggil Shifa la ya?


Saya sukalah nama Sabarina ni. Saya panggil Sabarina la ya?


Pening, noks, mak pening! (Sambil pegang-pegang kepala, meronta-ronta, badan meringkuk atas lantai. Kata pesakit psikiatrik kan)

Kadang-kadang aku rasa susah nak jawab soalan-soalan cenggitu, padahal tak susah pun. Aku je yang bagi nampak susah. Hee-hee. Ikon sengih sikit. Okay, dah.

Kawan-kawan panggil Fafa. Cousins dan sedara-mara panggil Nana. Adik-adik panggil Long. Ada sedara-mara yang panggil Sabrina, sedangkan sepatutnya Sabarina. Okay, whatever shit lah kan.

Yang buat aku rasa tak rare ialah, nama adik aku pun ada Shifa kat depan. Problem. Bagi aku la.

Dulu aku selalu cakap kat kawan-kawan aku, aku kalau boleh nak nama aku seketul je. Dan simple. Kalau ada anak pun, aku nak kasi nama macam Didi, Zoey, Affia, Jojo. Cenggitu la. Tapi diorang kata nak bagi nama tu biarla ada makna sikit. Heehee, aku sengih je la kan. (Aku sebenarnya kalau dapat kahwin pun, aku tak nak anak)

Takpelah, bersyukur je lah dengan nama tu. Haha. Kalau try google pun, mesti jumpa yang aku pernah menang RM 2000 masa sekolah dulu. (Harusla nak selit jugakkan cerita kemenangan lama tu. Baru la publisiti sikit kan). Dan juga entry khas yang Dila buat tentang aku kat blog dia. Heehee.

Pasni kalau orang tanya nama aku, rasa nak jawab : "Hai, nama saya Azroy."

Sangat la feeling-feeling playboy kan. Haha. Takde identiti tetap langsung aku ni.

Okay, bye.

No comments:

Post a Comment

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.