Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Thursday, October 20, 2011

Orang sebelah

Aku tak ingat cerita ni tahun bila, tapi masa tu I was still studying in IPBA dan bas ekspres memang transport utama untuk perjalanan KL-Kuantan atau Kuantan-KL.

Aku cuma akan naik bas yang ada single seat, dan dah tentu aku pilih single seat sebab aku tak suka duduk di sebelah orang yang aku tak kenal. Dont talk to strangers is my usual policy. Cool kan aku, muda-muda dah ada polisi?

Tapi ada sekali tu, aku tak ingat macam mana aku boleh terpaksa naik bas yang hanya ada double seat. Bila aku naik bas tu, aku dapati seat sebelah aku tu ada sorang mamat ni duduk. Umur mungkin baya-baya aku jugak. Gaya macam student. Muka ala-ala bijaksana sikit. Dan cara berpakaian yang normal dan simple tapi ada style. Hohh, kemain la kan scan mamat tu, padahal jeling sebelah mata je pun.

Bas tak gerak lagi, jadi aku pun pandang ke luar tingkap, saja la lambai-lambai kat mak aku yang berdiri kat luar bas. Aku malu sebenarnya nak lambai-lambai, memandangkan mamat tu yang duduk kat tepi tingkap, bukannya aku. Bila nak pandang tingkap, obviouly la akan tertengok dia sekali kan?

Bila dah habis galak-galak lambai kat mak, aku duduk belek-belek henpon. Tiba-tiba mak call.

Mak : Tegur-tegurla sikit orang sebelah tu, tanya nama dia.

Okay, mak tau aku tak suka duduk sebelah stranger, tapi aku tau ayat dia tu bukan nak perli aku. Aku tau mak dok usha mamat sebelah aku ni. Sebab dia macam, erm, ada rupa sikit. Yela, dia kiyut. Malas nak cakap, okay dah, bye.

Aku : Amende mak ni? Eeeiii...

Mak : *ketawa* Tanyala nama dia ke, apa ke.

Aku : Please lah, mak. Okay, dah. Bye.

Mak : *ketawa*

Kemudian bas pun bergerak, aku lambai lagi kat mak.

Aku belek henpon, hantar SMS kat mak.

"He's probably gay, Mak.

Mak tak reply dah mesej aku.

2 comments:

  1. "Dont talk to strangers is my usual policy. Cool kan aku, muda-muda dah ada polisi? " hahaha lawak la ayat ko nie...

    ReplyDelete
  2. Haha, tak lawak la. Tu ayat nak berlagak best je tu. Hee-hee!

    ReplyDelete

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.