Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Thursday, October 6, 2011

Aku suka, tapi kau persoalkan. Leceh la kau.

Kau pernah tak, berada dalam situasi yang mana orang mempersoalkan apa yang kau suka. Okay, ni bukan melibatkan benda yang tak baik la. Kalau kau Islam, tapi suka minum Carlsberg, layak jugaklah dipersoalkan. Kalau kau Islam, tapi hari-hari makan nasik lauk daging babi, patutla dipersoalkan. Kalau kau Islam, tapi suka buat tattoo kat seluruh badan dan bangga dengannya, layak jugaklah nak dipersoalkan.

Tapi ni aku nak cakap pasal kesukaan yang ada jenis manusia tertentu ni suka persoalkan. Aku bagi situasi eh.

Aku dari dulu suka lauk telur bungkus. Bila aku dah suka, aku memang akan makan lauk yang sama itu setiap hari, secara berterusan mungkin berbulan, mungkin bertahun.

Jadi kau boleh expect aku jenis manusia yang macam mana? Yang setia? Atau yang membosankan?

Makhluk 1 : Kau ni hari-hari makan telur bungkus. Tak bosan ke? Aku tak boleh blah la tengok kau makan benda yang sama hari-hari.

Nampak tak? Nampak tak di situ? Siap tak boleh blah lagi dengan apa yang aku suka makan. Bukan aku guna tekak dia pun. Bukan tumpang perut dia pun.

Aku : Eh, kau dengan girlfriend kau dah 5 tahun kan?

Makhluk 1 : Ha'ah, kenapa tiba-tiba masuk pasal girlfriend aku pulak ni?

Aku : Kau memang ada plan nak kahwin dengan dia la?

Makhluk 1 : Ya la. Kenapa?

Aku : Kau dah couple dengan dia 5 tahun, pastu kau nak kahwin dengan dia, ermm mungkin untuk sepanjang hayat la kan? Eeeee, kau tak bosan ke asyik dengan dia? At least aku, kalau makan telur bungkus ni hari-hari pun, mungkin aku boleh berhenti makan bila aku dah rasa puas, lepas tu, aku tukar makan benda lain pulak. Atau pun aku makan je la telur bungkus ni sampai bila-bila pun sebab aku memang jenis yang tak cepat bosan. Kalau nak tukar makanan lain pun, takde masalah. Tapi, macam kau, kalau kau kahwin dengan dia, kau akan stuck dengan dia selama-lamanya lah. Unless kau ada plan nak cerai dengan dia bila dah bosan.

Makhluk 1: Janganlah samakan telur bungkus kau dengan kahwin. Itu lain.

Aku : Tapi konsep suka tu sama. Macam aku, aku memang jenis yang kalau aku suka telur bungkus, tu je la lauknya berbulan-bulan. Boleh je nak tukar, tapi dah aku suka, aku makan je la yang tu. Sama macam kau, dah 5 tahun dengan girlfriend kau pun, still kau nak kahwin dengan dia. At least aku tak makan telur bungkus untuk jangka masa 5 tahun.

Makhluk 1 : Kau ni kaaannn. Ada jeee...

Aku : Jadi, jangan persoalkan apa yang orang suka. Nanti orang akan persoalkan apa yang kau suka pulak.

Makhluk 1 ; Okay, ye laa. Aku paham.

Tu je caranya. Dalam hidup ni, kita kena banyak pakai ilmu konsep dan metafora. Supaya orang yang banyak cakap ni terdiam memikir kejap.

Kita bukan nak bongkak, tapi nak fahamkan diorang je, jangan persoalkan apa yang orang lain suka, lainlah kalau kesukaan tu bercanggah dengan agama.

Tak gitu?

No comments:

Post a Comment

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.