Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Saturday, October 22, 2011

Suami, isteri, anak dan dot dot dot.

Dulu aku ada satu pemikiran di mana aku ingat setiap orang yang kahwin tu akan automatik dapat anak. Aku tak tau bahawa terdapat usaha yang perlu dilaksanakan untuk mencapai misi tersebut.

Yela, sebab masa tu mana nak ada sangat cerita orang belum kahwin dah dapat anak. Kalau ada pun, mungkir minor case dan tak lah mendapat liputan meluas macam sekarang.

Maka, aku mempunyai pemikiran orang kahwin automatik dapat anak tu sampai aku darjah enam kot. Naif kan aku masa tu? Sekarang? Mestilah semakin naif kan. *ikon sengih besar sikit*

Tapi tu cerita 14 tahun dulu. Budak-budak sekarang, darjah dua pun dah tahu nak buat eksperimen dengan kawan-kawan, berkaitan usaha mendapatkan anak.

Tapi, dua tiga menjak ni, bila aku nampak pasangan suami isteri dengan anak diorang kat mana-mana, aku mula memikirkan cemana diorang boleh dapat anak diorang tu.

Aku rasa aku sangat pervert.

Thursday, October 20, 2011

Orang sebelah

Aku tak ingat cerita ni tahun bila, tapi masa tu I was still studying in IPBA dan bas ekspres memang transport utama untuk perjalanan KL-Kuantan atau Kuantan-KL.

Aku cuma akan naik bas yang ada single seat, dan dah tentu aku pilih single seat sebab aku tak suka duduk di sebelah orang yang aku tak kenal. Dont talk to strangers is my usual policy. Cool kan aku, muda-muda dah ada polisi?

Tapi ada sekali tu, aku tak ingat macam mana aku boleh terpaksa naik bas yang hanya ada double seat. Bila aku naik bas tu, aku dapati seat sebelah aku tu ada sorang mamat ni duduk. Umur mungkin baya-baya aku jugak. Gaya macam student. Muka ala-ala bijaksana sikit. Dan cara berpakaian yang normal dan simple tapi ada style. Hohh, kemain la kan scan mamat tu, padahal jeling sebelah mata je pun.

Bas tak gerak lagi, jadi aku pun pandang ke luar tingkap, saja la lambai-lambai kat mak aku yang berdiri kat luar bas. Aku malu sebenarnya nak lambai-lambai, memandangkan mamat tu yang duduk kat tepi tingkap, bukannya aku. Bila nak pandang tingkap, obviouly la akan tertengok dia sekali kan?

Bila dah habis galak-galak lambai kat mak, aku duduk belek-belek henpon. Tiba-tiba mak call.

Mak : Tegur-tegurla sikit orang sebelah tu, tanya nama dia.

Okay, mak tau aku tak suka duduk sebelah stranger, tapi aku tau ayat dia tu bukan nak perli aku. Aku tau mak dok usha mamat sebelah aku ni. Sebab dia macam, erm, ada rupa sikit. Yela, dia kiyut. Malas nak cakap, okay dah, bye.

Aku : Amende mak ni? Eeeiii...

Mak : *ketawa* Tanyala nama dia ke, apa ke.

Aku : Please lah, mak. Okay, dah. Bye.

Mak : *ketawa*

Kemudian bas pun bergerak, aku lambai lagi kat mak.

Aku belek henpon, hantar SMS kat mak.

"He's probably gay, Mak.

Mak tak reply dah mesej aku.

Wednesday, October 19, 2011

Ramli Sarip kata bukan kerana nama

Secara jujurnya, dah tengah-tengah malam cenggini, aku nak bagitau yang aku sebenarnya tak suka dengan nama aku sendiri. Kalau mak ayah aku baca ni mesti diorang rasa offended. Tak tau bersyukur punya anak. Hee-hee.Tapi nak buat cemana, dah memang aku sendiri tak berapa gemar.

Okay, tak kisahlah orang nak kata aku ni sanggup reveal nama sendiri ke apa, to hell la kan. Harap-harap takde la sesiapa yang selama ni stalk blog aku dan bercadang trace aku kat jabatan pendaftaran berdasarkan nama penuh aku ni kan. (Ayat kena la perasan ada stalker, eh stalkersss sikit kan, walaupun tak kuasa langsung la kan orang nak stalk)

Shifa Sabarina.

Okay, aku suka nama aku tu sebenarnya. Ramai kot orang cakap nama aku sedap. (Sekali lagi kena la over sikit perasan tu). Tapi yang buat aku kurang gemarnya, bila ada dua nama cenggitu, berlakulah pertanyaan seperti di bawah :

Nak panggil Shifa ke Sabarina ni?


Saya panggil Shifa la ya?


Saya sukalah nama Sabarina ni. Saya panggil Sabarina la ya?


Pening, noks, mak pening! (Sambil pegang-pegang kepala, meronta-ronta, badan meringkuk atas lantai. Kata pesakit psikiatrik kan)

Kadang-kadang aku rasa susah nak jawab soalan-soalan cenggitu, padahal tak susah pun. Aku je yang bagi nampak susah. Hee-hee. Ikon sengih sikit. Okay, dah.

Kawan-kawan panggil Fafa. Cousins dan sedara-mara panggil Nana. Adik-adik panggil Long. Ada sedara-mara yang panggil Sabrina, sedangkan sepatutnya Sabarina. Okay, whatever shit lah kan.

Yang buat aku rasa tak rare ialah, nama adik aku pun ada Shifa kat depan. Problem. Bagi aku la.

Dulu aku selalu cakap kat kawan-kawan aku, aku kalau boleh nak nama aku seketul je. Dan simple. Kalau ada anak pun, aku nak kasi nama macam Didi, Zoey, Affia, Jojo. Cenggitu la. Tapi diorang kata nak bagi nama tu biarla ada makna sikit. Heehee, aku sengih je la kan. (Aku sebenarnya kalau dapat kahwin pun, aku tak nak anak)

Takpelah, bersyukur je lah dengan nama tu. Haha. Kalau try google pun, mesti jumpa yang aku pernah menang RM 2000 masa sekolah dulu. (Harusla nak selit jugakkan cerita kemenangan lama tu. Baru la publisiti sikit kan). Dan juga entry khas yang Dila buat tentang aku kat blog dia. Heehee.

Pasni kalau orang tanya nama aku, rasa nak jawab : "Hai, nama saya Azroy."

Sangat la feeling-feeling playboy kan. Haha. Takde identiti tetap langsung aku ni.

Okay, bye.

Monday, October 17, 2011

Apa ni, Fafa? Apa??

Aku rasa nak delete je sesetengah entry dalam blog ni.

Banyak sangat benda melankoli yang aku rasa macam, waddehekkk, Fafa?? Waddehekk yang kau tulis tu??

Ada jugak rasa nak muntah dan geli-geleman.

Tapi, some people out there ask me not to delete those entries. Sebab itu somehow the way I record what has happened in my life. Itu adalah bukti aku pernah hidup and went through the shitties.
  



Okay, puas aku adjust supaya gambar ni centre. Tapi tak boleh jugak. Nape entah.

Sunday, October 16, 2011

Saturday, October 15, 2011

Persamaan antara Tom Hansen dan Fafa

 Ya, in case sesiapa yang tak tau tu, ni Tom dalam 500 Days of Summer.


Yang ni? Pandai-pandai la teka kan.

Aku first time tengok movie ni masa aku sakit, which is few months ago. Ya, call me out-dated or whatever, I dont mind. Cerita dah bertahun-tahun, baru tahun ni aku tengok.

Sebenarnya lebih sakit bila menyedari character Tom tu terlalulah amat kelihatan seperti refleksi watak aku sendiri. And 80% of the story itself is like telling me : "Fafa, you're watching your very own life. (Due to current case.)

If you ever watched the movie, then you can tell how similar Tom's character with mine. And not to mention what happened to Tom.
 
Summer left, Tom quit his job.

Ha-ha-ha.

And yes, I quit too.

But I'm a happy person now. Happier, indeed.



Friday, October 14, 2011

Seragam Hitam


Okay, secara seriusnya, aku tak tau apa yang orang fikir bila nampak aku pakai cenggini.

Sebab aku rasa macam orang nak pergi funeral je gayanya.

=.=

Thursday, October 6, 2011

Aku suka, tapi kau persoalkan. Leceh la kau.

Kau pernah tak, berada dalam situasi yang mana orang mempersoalkan apa yang kau suka. Okay, ni bukan melibatkan benda yang tak baik la. Kalau kau Islam, tapi suka minum Carlsberg, layak jugaklah dipersoalkan. Kalau kau Islam, tapi hari-hari makan nasik lauk daging babi, patutla dipersoalkan. Kalau kau Islam, tapi suka buat tattoo kat seluruh badan dan bangga dengannya, layak jugaklah nak dipersoalkan.

Tapi ni aku nak cakap pasal kesukaan yang ada jenis manusia tertentu ni suka persoalkan. Aku bagi situasi eh.

Aku dari dulu suka lauk telur bungkus. Bila aku dah suka, aku memang akan makan lauk yang sama itu setiap hari, secara berterusan mungkin berbulan, mungkin bertahun.

Jadi kau boleh expect aku jenis manusia yang macam mana? Yang setia? Atau yang membosankan?

Makhluk 1 : Kau ni hari-hari makan telur bungkus. Tak bosan ke? Aku tak boleh blah la tengok kau makan benda yang sama hari-hari.

Nampak tak? Nampak tak di situ? Siap tak boleh blah lagi dengan apa yang aku suka makan. Bukan aku guna tekak dia pun. Bukan tumpang perut dia pun.

Aku : Eh, kau dengan girlfriend kau dah 5 tahun kan?

Makhluk 1 : Ha'ah, kenapa tiba-tiba masuk pasal girlfriend aku pulak ni?

Aku : Kau memang ada plan nak kahwin dengan dia la?

Makhluk 1 : Ya la. Kenapa?

Aku : Kau dah couple dengan dia 5 tahun, pastu kau nak kahwin dengan dia, ermm mungkin untuk sepanjang hayat la kan? Eeeee, kau tak bosan ke asyik dengan dia? At least aku, kalau makan telur bungkus ni hari-hari pun, mungkin aku boleh berhenti makan bila aku dah rasa puas, lepas tu, aku tukar makan benda lain pulak. Atau pun aku makan je la telur bungkus ni sampai bila-bila pun sebab aku memang jenis yang tak cepat bosan. Kalau nak tukar makanan lain pun, takde masalah. Tapi, macam kau, kalau kau kahwin dengan dia, kau akan stuck dengan dia selama-lamanya lah. Unless kau ada plan nak cerai dengan dia bila dah bosan.

Makhluk 1: Janganlah samakan telur bungkus kau dengan kahwin. Itu lain.

Aku : Tapi konsep suka tu sama. Macam aku, aku memang jenis yang kalau aku suka telur bungkus, tu je la lauknya berbulan-bulan. Boleh je nak tukar, tapi dah aku suka, aku makan je la yang tu. Sama macam kau, dah 5 tahun dengan girlfriend kau pun, still kau nak kahwin dengan dia. At least aku tak makan telur bungkus untuk jangka masa 5 tahun.

Makhluk 1 : Kau ni kaaannn. Ada jeee...

Aku : Jadi, jangan persoalkan apa yang orang suka. Nanti orang akan persoalkan apa yang kau suka pulak.

Makhluk 1 ; Okay, ye laa. Aku paham.

Tu je caranya. Dalam hidup ni, kita kena banyak pakai ilmu konsep dan metafora. Supaya orang yang banyak cakap ni terdiam memikir kejap.

Kita bukan nak bongkak, tapi nak fahamkan diorang je, jangan persoalkan apa yang orang lain suka, lainlah kalau kesukaan tu bercanggah dengan agama.

Tak gitu?

Tuesday, October 4, 2011

Lambakan Cerita.

Serius, aku ada banyak benda nak cerita. Especially apa yang berlaku di FINAS. Which is beyond awesome.

Tapi aku tak tau mana nak mula. Sebab di luar FINAS tu pun, banyak benda berlaku selama seminggu aku kat KL tu.

I met great people there.