Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Wednesday, September 14, 2011

Kalau dah marah.

Ha'ah, aku mengaku aku kalau marah, boleh sampai bertahun-tahun. Walaupun aku buat-buat tak marah.

Marah. Bukan dendam. Beza tu.

Aku marah, tapi aku tak doakan benda-benda tak baik.

Aku tak doakan mereka mati eksiden.

Aku tak doakan orang yang mereka sayang tinggalkan mereka macam tu aje.

Aku tak doakan rumah mereka terbakar.

Aku tak doakan anak mereka cacat.

Cuma, aku mengaku, aku ada doa kalau satu hari mereka ditimpa apa-apa, biarlah orang pertama yang mereka ingat ialah aku. Biar mereka tertanya-tanya, adakah semua tu balasan atas perbuatan mereka. Biarlah mereka mula rasa bersalah.

Tapi aku tak nak bertanggungjawab atas rasa bersalah mereka tu.

Itu hak mereka. Bukan aku.

Kan?

Hak aku? Just to enjoy my life.



No comments:

Post a Comment

Jangan komen guna caps lock atau terlalu banyak tanda seru. Gua ade sakit jantung. Hehehe.