Please sangat tawwwww...

Please sangat tawwwww...

Wednesday, September 21, 2011

Hadiah daripada Tuhan.

Macam yang aku kata, raya tahun ni raya paling bermakna dalam hidup aku.
 
Dan juga September yang hectic.

A few days to go for FINAS.

=D

Saturday, September 17, 2011

Mari menyakat.

Misali nya aku bangun awal-awal, padahal melepak semalam sampai pukul 3.

Pagi-pagi cenggini elok menyakat Soleh kat whatsapp.

Semalam dia kemain konon tak boleh lepak lebih dari pukul 12, sebab hari ni nak kerja. Macam budak hostel je bunyinya. Rusniza sound, "Bangla pun tau cuti."

Dan-dan bila sampai kat lokasi, nampak muka Soleh. Haha.

Pastu pagi-pagi cenggini seronok la aku menyakat dia kan.

Okay, sangat entah apa-apa entri aku di pagi hari begini.

Friday, September 16, 2011

=D

Officer FINAS called tadi. I'm excited. One week to go. 

Kemain cakap omputeh.

Wednesday, September 14, 2011

Kalau dah marah.

Ha'ah, aku mengaku aku kalau marah, boleh sampai bertahun-tahun. Walaupun aku buat-buat tak marah.

Marah. Bukan dendam. Beza tu.

Aku marah, tapi aku tak doakan benda-benda tak baik.

Aku tak doakan mereka mati eksiden.

Aku tak doakan orang yang mereka sayang tinggalkan mereka macam tu aje.

Aku tak doakan rumah mereka terbakar.

Aku tak doakan anak mereka cacat.

Cuma, aku mengaku, aku ada doa kalau satu hari mereka ditimpa apa-apa, biarlah orang pertama yang mereka ingat ialah aku. Biar mereka tertanya-tanya, adakah semua tu balasan atas perbuatan mereka. Biarlah mereka mula rasa bersalah.

Tapi aku tak nak bertanggungjawab atas rasa bersalah mereka tu.

Itu hak mereka. Bukan aku.

Kan?

Hak aku? Just to enjoy my life.



Monday, September 12, 2011

Mahal dan murah.

Masa tu mereka buka isu hadiah paling mahal yang pernah diberikan kepada orang yang disayang. Dalam konteks boyfriend atau girlfriend. Aku diam je mendengar.

Antara jawapan mereka :

  • Jam
  • Baju / seluar / kasut
  • Cincin
  • Perfume
  • Bag / handbag
  • Handphone

Kawan 1 : Kau? Apa hadiah yang boleh kata mahal, yang kau pernah bagi?

Aku senyum sebelum menjawab:

"Hati dan perasaan aku."

Kawan 2 : Errkk... Habis tu, apa yang berlaku sekarang?

Aku : Dia ada hadiah yang lebih mahal. Nak buat macam mana.




Bila pikir-pikir balik jawapan aku tu, aku sendiri rasa geli-geleman. Hahaha!

Friday, September 9, 2011

Nasiblah...

Memandangkan aku dah tak makan nasi sejak 2009, sebelum bulan puasa hari tu aku membuat keputusan untuk makan nasi semula. Aku dah bosan orang asyik kata aku kurus, maka tahun ni aku nak dengar saudara-mara cakap aku dah gemuk menjelang raya.

Bermula 1 Ramadhan, aku sebat nasi. Tak main-main punya sebat.

Diikuti dengan makanan-makanan lain yang menyelerakan.





Malangnya, tak berhasil.

=.=

Tuesday, September 6, 2011

Sebalang.

Aku sekarang kalau dengar lagu "Jar of Hearts ", aku senyum je.